Showing posts with label Child Development. Show all posts
Showing posts with label Child Development. Show all posts

Friday, July 18, 2008

Motor Skill Development ..Kampung vs Bandar.

Hari ni rasa nak menulis tentang motor skill development pada anak-anak tadika. Sebelum menjadi guru tadika aku pun tak aware bahawa motor skill ni boleh dibentuk dan perlu dilatih, and I believe many parents out there juga tidak mempunyai pendidikan formal tentang motor skill development. Tentu ramai yang mempunyai persepsi bahawa kemahiran ini akan datang sendiri as children grows.

As kindy teacher, kami pun lebih kerap ditanya " Adakah anak saya pandai membaca" berbanding "Adakah anak saya pandai melompat, menulis atau menggunting". Motor Skill termasuk kemahiran gross dan fine motorskill. Tahukah anda.. bagi anak-anak berumur 4-6 tahun menulis, melukis atau mewarna adalah satu tugasan yang amat menyeksakan, menjemukan and to certain extent traumatic...

Masa balik kampung minggu lepas, aku observe bagaimana anak-anak saudaraku begitu bebas bermain dan explore things in natural ways. Very, very interesting, how every games turn out to be a good training to prepare the children for pre school. Walaupun secara logiknya mungkin kita tidak nampak kebaikan bila anak-anak bermain pasir, sebenarnya sand play memang telah diiktiraf as one of the best method untuk fine motor skill development. Bezanya di kampung, pasir free, kat bandar kami kena export pasir dan itupun terhad, dapat beli one pool sahaja. So parents, kalau tak nak beli pasir kat rumah, rajin-rajinlah bawa anak anda ke pantai.


One of the most important skill to develop in pre school children is coordination between hand-eyes. Again, aku seronok tengok anak-anak saudaraku yang masih kecil-kecil pun dah mula bermain lastik. Lastik is again very good for hand-eyes coordination. Lastik yang merupakan salah satu warisan tradisi Malaysia ini selain mencungkil kreativiti kerana mostly diperbuat dari bahan terpakai juga sangat mesra alam. So parents (Especially Ayah- ajaklah anak lelaki buat lastik..). Di bandar la ni jarang yang main lastik, so koordinasi tangan-mata kita boleh try cara lain seperti hockey..

Kanak-kanak berumur 4-6 tahun memang sangat aktif secara fizikal. Kalau tak physically and mentally fit, eloklah jangan jadi guru tadika...:-) Semua objek boleh menjadi permainan yang sangat menyeronokkan bagi mereka. As adult, kita selalu melihat sesuatu dari perspektif kita, contohnya last week anak-anak al-fatih main dengan buku library sampai bersepah dan ada yang koyak. kalau ikutkan panas hati memang rasa nak punish sebab memang dah jelas salah, tapi as teacher kena cool down dulu dan tanya ...rupanya mereka ni tengah buat dramatic play....mereka imitate teacher and students role. So adalah yg jadi teacher, ada yg jadi students. Kononnya tengah belajar membaca but being kids, ter'overdo' lah tu...

Soalan Ujian : Kalau mak bapak nampak anak-anak main bola durian macam adik kat bawah tu, lepas tu terluka kaki, menangis...agaknya apa reaksi pertama ibu bapa ? Marah anak atau marah durian atau marah ayahnya sebab tak jaga anak elok-elok ?


So morale of the story : Tugas orang dewasa adalah mendidik dan membimbing pada setiap waktu. Let the kids exlore and enjoy their childhood...Just make sure you are there to love them, to assist them and educate them in a correct manner. Walllahualam.

Monday, July 7, 2008

Ajarkanlah Anak-Anakmu Solat....

Rasulullah telah mengajarkan kita : Ajarkanlah anak-anakmu solat apabila umurnya tujuh tahun dan pukul lah mereka jika tidak solat apabila umurnya 10 tahun...(hingga akhir hadith)

Anak-anak Al-Fatih mula diperkenalkan kepada solat seawal umur mereka 4-6 tahun lagi. Fitrah anak-anak pada peringkat umur begini macam spongue, they will absorb almost everything yang adults ajar, tunjuk dan pamerkan. Penekanan yang diberikan ialah menjawab 5W and 1 H (Why, What, When, Who, Where and How). Bukan sahaja mereka diajarkan solat tetapi mereka juga digalakkan solat berjamaah.

Kami gunakan peluang sewaktu trip/visit, untuk mendedahkan anak-anak tentang tayamum, Solat Jamak dan Qasar yang merupakan "HADIAH" dari Allah kepada seluruh umat Islam.

Alangkah sejuknya hati seorang ibu dan ayah melihat anak-anak solat dan mengangkat tangan membacakan doa 'Ya Allah, kasihanilah dan sayangilah kedua Ibu bapa kami Ya Allah..sebagaimana mereka telah menyayangi kami sejak kami masih kecil..."

But then, kids being kids...it's very fitrah kalau mereka ada masanya culas dalam solat mereka...

Khusus untuk diriku, semua pendidik and to all the parents out there, anak-anak adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah kelak. Jangan jemu mengajarkan anak-anakmu solat, ajar dan bimbinglah dengan kasih sayang dan contoh tauladan. Muga mereka nanti menjadi pewaris agama, insya-Allah.