Showing posts with label Al Fatih program. Show all posts
Showing posts with label Al Fatih program. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Al Fatih Family Day 2...PD Sunset Dinner

Lepas check in, dan sesi hibernate dalam bilik masing masing, usai solat Asar acara Family Day hari pertama pun diteruskan. Destinasi seterusnya ialah Medan Ikan Bakar, Kg Telok, Pasir Panjang. Subhana-Allah tempat tu memang menakjubkan. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi itu ada tanda tanda bagi manusia yang berfikir. Kalau yang tak teruja tengok scenery macam ni kena check qalbu mungkin kena buat alignment...

Pemandangan dari restoran tempat kami duduk....

Tak puas hati tengok dari jauh, meh datang dekat sikit...


Sambil menunggu makanan yang di'order' sampai...kami menikmat keheningan senja ciptaan Allah...

Dah sampai pun..baca doa irfan!...


Mr Crab black pepper...memang letak depan teacher nor...

Burpp....Alhamdulillah...

Alhamdulillah, rezeki makanan dan nikmat kesihatan dari Allah untuk kami. kalau tak sihat, hidang makanan apapun depan mata tak lalu makan. Personal opinion - Sedap, especially nasi lemak, black pepper crab dan sotong goreng tepung.

Tempat cantik, makanan sedap tapi sayang kemudahan asas sangat mengecewakan. Hanya ada satu wakaf kecil untuk di share solat lelaki dan perempuan, tempat ambil wudhu' terbuka pula tu. Tandas lansung tak boleh digunakan. So kalau ada sesiapa nak cuba tempat ni, plan masa baik baik supaya tak bertembung waktu solat atau masa emergency nak ke bilik air...

Monday, June 14, 2010

Ustaz Hasrizal aka Saifulislam.com@Al-Fatih

Alhamdulillah, hari Ahad tanggal 9hb May yang lalu, ayah dan bunda anak anak Al-Fatih begitu bertuah menerima kunjungan blogger yang cukup dikenali iaitu Ustaz Hasrizal Jamil. Bukan sahaja Ustaz Hasrizal dikenali melalui blognya Saifulislam.com tapi beliau juga seorang penulis buku yang cukup prolifik dan terkenal dengan gelaran murabi cinta..

Ustaz Hasrizal Jamil

Antara buku buku ustaz yang best seller ....Aku Terima Nikahnya, Rindu Bau Pohon Tin dan Murrabi Cinta.

Ibu Ibu dan Bapa Bapak yang sedang konsentrasi ...

Kaum Ibu lebih senang di luar ....udaranya nyaman..

Lepas kudapan semua pakat letak kerusi kat luar dan bersila mengadap ustaz, lebih santai dan tak formal katanya...

Sesi perkongsian begitu berkesan, sesuai dgn tajuknya "Seni mendidik anak secara praktikal dan kontemporari", ustaz berkongsi rasa dan ilmu sebagai bapa yang bertatih mendidik anak yang sebaya dengan majoriti ibu bapa al Fatih...

Walaupun sesi rasmi dah habis, ramai yang beratur nak jumpa ustaz untuk soalan yang lebih peribadi dan minta tandatangan...

Semuga majlis perkongsian ilmu ni bermunafaat dalam melahirkan mukmin yang berkualiti, insyaAllah.

Belajar dari acara makan makan....

Last month banyak betul undangan untuk acara makan makan, mula mula jemputan lunch di rumah angah, memang payah nak tolak, walaupun simple je menu (gulai lemak udang dgn nanas, keli goreng, ayam kicap, ulam ulam dgn sambal belacan) tapi makan sampai tak perasan siapa lalu belakang....

Sejujurnya aku mengkagumi angah dan suami kerana cukup rajin menjamu sahabat handai dan jiran jiran makan di rumah mereka. Kesederhanaan hidup keluarga ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka bersedekah melalui apa jua cara waima mengundang makan.

Bila ditanya apa occasion jemputan lunch kali ni, angah beritahu' saja..ada rezeki lebih nak share dgn jiran jiran" . SubhanAllah, banyak yang perlu kupelajari dari mereka... inilah orang kecil yang berjiwa besar. Dan aku amat yakin inilah punca keberkatan hidup mereka.


Yummy.....gulai lemak masakan orang N9 ...who can ressist ?

jemput makan semua...

Lepas program dgn ustaz Hasrizal, bawak staff pegi makan ayam goreng sebagai menghargai penat lelah mereka mengangkat dan menyusun kerusi. kadang kadang 'upah' yang sekecil ini jika mampu menggembirakan orang lain, apalah sangat jika diukur dgn nilai RM yang dikeluarkan.



see...how happy adik adikku menjamu selera...Alhamdulillah.
Add Image

Saturday, June 12, 2010

Selamat Pengantin Baru Along dan isteri

Along yang ku kenal telah 5 tahun bersama al Fatih. Sejak Al Fatih ditubuhkan hingga kini along dengan penuh dedikasi mengambil dan menghantar anak anak dalam proses menimba ilmu. Besar sungguh jasa along, terima kasih dan khas buat pengantin baru doa dari kami;

"Semuga Allah memberkatimu dan keatasmu dan menghimpunkan kamu berdua dalam kebaikan"

Raja Sehari sedang di arak ke singgahsana..

Staff Al Fatih berbesar hati mengangkat hadiah untuk along...
Upah angkat hadiah......


Principal Iman and kidzs turut meraikan pengantin...

Silat pengantin....so cute..

Jumpa ustaz Hamidun sekeluarga yang bertema maroon sedondon...

Thursday, June 10, 2010

Al Fatih Family Day 2010@ PD....1

Alhamdulillah, setelah beberapa kali tertangguh akhirnya diizinkan jua untuk ahli keluarga Al- Fatih ber'Family Day' di Port Dickson. Sesuai dengan temanya untuk memantapkap ukhuwwah. Hari pertama tiba setelah bersarapan secara potluck,kami cari port yang baik ditepi pantai untuk acara game ukhuwwah. Alhamdulillah sebab kami tinggal di Avillion Admiral Cove yang ada private beach so tempat tu just nice.. tepi pantai tapi privacy...

Peluang berukhuwwah sesama rakan seperjuangan begini sungguh bermakna. Kalau biasanya havoc bermain dgn anak anak tadika & taska, kali ni teacher teacher dan pengasuh havoc bergame sesama sendiri. Game bukan sebarang game, semua game punya maksud yang tersirat, so jom tengok some of the games..

Game ukhuwwah 1...Jom Masak!'Chef sdg meneliti resepi'

'Bahan bahan' yang telah sedia menunggu arahan...

Game Ukhuwwah 2 ..."Berapa nilai anda ?"


Game ukhuwwah 3 ...'trust your colleague'...



Game 4...'test your ukhuwwah'


Circle time ....Rationalization

Sunday, May 9, 2010

Seafood Steamboat Buffet @ Tupai-Tupai Restaurant Cafe @ BBB

Ini keraian 'belated', untuk memberi kredit kepada semua yang telah bertungkus lumus menjayakan IHTIFAL 2009. Akhirnya berjaya juga mencari tarikh yang semua dapat hadir. Mencari kelainan dalam menu, akhirnya takdir menentukan kami semua singgah di Tupai Tupai Bangi yg menurut 'towkey'nya baru seminggu beroperasi.

Selain seafood dan berbagai fishball, seronok memilih sayur sayuran segar yang agak lain dari yang biasa di makan


Selain steamboat, bagi 'perut jawa' ada juga menu yang semi heavy - nasi goreng, mee goreng, bubur nasi, etc



And penutup, special...ice cream tapai.....

Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin

Selamat meneruskan pencarian Lailatul Qadr, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin. Mari kita sama sama berhari raya menurut sunnah Rasulullah s.a.w