Monday, June 14, 2010

Ustaz Hasrizal aka Saifulislam.com@Al-Fatih

Alhamdulillah, hari Ahad tanggal 9hb May yang lalu, ayah dan bunda anak anak Al-Fatih begitu bertuah menerima kunjungan blogger yang cukup dikenali iaitu Ustaz Hasrizal Jamil. Bukan sahaja Ustaz Hasrizal dikenali melalui blognya Saifulislam.com tapi beliau juga seorang penulis buku yang cukup prolifik dan terkenal dengan gelaran murabi cinta..

Ustaz Hasrizal Jamil

Antara buku buku ustaz yang best seller ....Aku Terima Nikahnya, Rindu Bau Pohon Tin dan Murrabi Cinta.

Ibu Ibu dan Bapa Bapak yang sedang konsentrasi ...

Kaum Ibu lebih senang di luar ....udaranya nyaman..

Lepas kudapan semua pakat letak kerusi kat luar dan bersila mengadap ustaz, lebih santai dan tak formal katanya...

Sesi perkongsian begitu berkesan, sesuai dgn tajuknya "Seni mendidik anak secara praktikal dan kontemporari", ustaz berkongsi rasa dan ilmu sebagai bapa yang bertatih mendidik anak yang sebaya dengan majoriti ibu bapa al Fatih...

Walaupun sesi rasmi dah habis, ramai yang beratur nak jumpa ustaz untuk soalan yang lebih peribadi dan minta tandatangan...

Semuga majlis perkongsian ilmu ni bermunafaat dalam melahirkan mukmin yang berkualiti, insyaAllah.

No comments: