Monday, June 14, 2010

Belajar dari acara makan makan....

Last month banyak betul undangan untuk acara makan makan, mula mula jemputan lunch di rumah angah, memang payah nak tolak, walaupun simple je menu (gulai lemak udang dgn nanas, keli goreng, ayam kicap, ulam ulam dgn sambal belacan) tapi makan sampai tak perasan siapa lalu belakang....

Sejujurnya aku mengkagumi angah dan suami kerana cukup rajin menjamu sahabat handai dan jiran jiran makan di rumah mereka. Kesederhanaan hidup keluarga ini tidak pernah menjadi penghalang untuk mereka bersedekah melalui apa jua cara waima mengundang makan.

Bila ditanya apa occasion jemputan lunch kali ni, angah beritahu' saja..ada rezeki lebih nak share dgn jiran jiran" . SubhanAllah, banyak yang perlu kupelajari dari mereka... inilah orang kecil yang berjiwa besar. Dan aku amat yakin inilah punca keberkatan hidup mereka.


Yummy.....gulai lemak masakan orang N9 ...who can ressist ?

jemput makan semua...

Lepas program dgn ustaz Hasrizal, bawak staff pegi makan ayam goreng sebagai menghargai penat lelah mereka mengangkat dan menyusun kerusi. kadang kadang 'upah' yang sekecil ini jika mampu menggembirakan orang lain, apalah sangat jika diukur dgn nilai RM yang dikeluarkan.



see...how happy adik adikku menjamu selera...Alhamdulillah.
Add Image

No comments: