Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Wednesday, May 14, 2008
Menghafaz Al_Qur'an cara Jibrail
Menjadi pendidik yang mampu melahirkan anak-anak didik yang solih lagi mosleh adalah AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang amat berat. Proses menimba ilmu dan peningkatan iman dan amal sentiasa diberi perhatian. Alhamdulillah, petang tadi sekali lagi pengurusan dan staff Al-Fatih dapat bersama-sama dalam taman-taman syurga yang dijanjikan Allah akan dinaungi oleh para malaikat. Hari ni mak usrah kami beri assignment yang kami rasa teruja sangat-sangat nak buat iaitu 'Al-Qur'an race'. Apa itu al-Qu'ran race ?
iaitu menghafaz Al-Qur'an cara Jibrail. Setiap kami akan cuba menghafaz 10 surah Al-Qur'an dalam masa 6 bulan? macamana ?
1. Baca dan HAFAZ tiga baris ayat al-Qur'an dalam sehari
2. Baca sebelum dan selepas Solat
3. Baca sebagai Surah dalam Solat. Mulakan dengan 3 baris dan setiap hari tambah lagi 3 baris hingga tamat surah.
So insya-Allah kami akan mulakan dengan Surah Yasin. So jom kita buat sama-sama...
Tuesday, May 13, 2008
Sports Day...adegan yg TAK INGIN kita lihat...
Mengurus emosi anak-anak seawal umur 3 -4 tahun bukan kerja mudah, terutamanya apabila mereka 'dipaksa' bangun awal pagi pada hari cuti dan kemudian 'dijemur' di tengah panas.....it takes a lot of 'sabar' and 'understanding'.....so if any of my friends out there bercadang nak tukar career sebagai kindy teacher....bolehlah start belajar psychology sekarang.....
Memang mencabar nak pastikan emosi anak-anak stabil sepanjang almost 4 jam sukan berlansung. especially with the presence of parents, lagilah anak-anak akan ni akan menunjukkan belang sebenar mereka so teacher-teacher hari tu pun kenalah potray wajah sebenar mereka..habislah keluar semua skill dan pendekatan, aim cuma satu anak-anak kena turut serta and enjoy the day...
Dua wajah berbeza....yang berjihad untuk menang dan yang syahid di medan sukan.....:-)) yang ironicnya kedua-dua insiden ini melibatkan red team....
Memang mencabar nak pastikan emosi anak-anak stabil sepanjang almost 4 jam sukan berlansung. especially with the presence of parents, lagilah anak-anak akan ni akan menunjukkan belang sebenar mereka so teacher-teacher hari tu pun kenalah potray wajah sebenar mereka..habislah keluar semua skill dan pendekatan, aim cuma satu anak-anak kena turut serta and enjoy the day...
Dua wajah berbeza....yang berjihad untuk menang dan yang syahid di medan sukan.....:-)) yang ironicnya kedua-dua insiden ini melibatkan red team....
Sports Day...adegan yang INGIN kita lihat...
Children are very appreciative, that you can be sure of, insya-Allah...look at how excited these children are ....ada yang begitu teruja dapat medal sampai pergi sekolah pun pakai....ada juga yang parents beritahu, "teacher.....(nama dirahsiakan) punyalah seronok dapat medal, gantung kat leher 24 jam, pergi mandi pun nak bawak...mana yang dapat botol air at least for the first week lepas sports day memang jenuh teacher kena ingatkan suruh tulis nama sebab semua bawak botol air yg sama....:-)
Tu belum lagi tengok betapa riuhnya acara membahagikan hamper yang dimenangi. well...i guess itulah kebahgiaan dan kepuasan seorang guru tadika, children just don't lies...apa yang terpancar di wajah itulah yang tersirat di lubuk hati mereka. Minggu pertama selepas sports day memang penat dan memenatkan, namun keletihan dan kegelisahan kerana muka yang 'sunburn' rasa berbaloi bila berkongsi kegembiraan dan cerita-cerita kenangan indah sports day bersama anak-anak ini.
Al-Fatih Sports Day..10th May 2008
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Yang Maha Esa kerana dengan rahmat dan izin-Nya Al-Fatih Sports Day dapat dilansungkan dalam cuaca yang sangat baik.
Dengan kasih-sayang-Nya jua sepanjang acara ini berlansung, terpancar ukhuwwah yang tinggi di kalangan ibu-bapa yang hadir, tersebar jalur keceriaan mengundang senyum dan tawa yang menembusi setiap ruang Bandar Seri Putra di mana acara ini berlansung.
Bukan mudah menganjurkan sukan anak-anak pra sekolah, dengan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi dari semua guru-guru dan bantuan dari ibu bapa dan sukarelawan (tanpa mengenepikan sokongan padu daripada keluarga kami yang tersayang, special thank you to my dearest suami yang begitu memahami) alhamdulillah acara dapat berjalan dengan lancar.
So please enjoy the slide...nanti akan menyusul adegan adegan menarik yang tak ingin kita lihat.....
Dengan kasih-sayang-Nya jua sepanjang acara ini berlansung, terpancar ukhuwwah yang tinggi di kalangan ibu-bapa yang hadir, tersebar jalur keceriaan mengundang senyum dan tawa yang menembusi setiap ruang Bandar Seri Putra di mana acara ini berlansung.
Bukan mudah menganjurkan sukan anak-anak pra sekolah, dengan komitmen dan semangat berpasukan yang tinggi dari semua guru-guru dan bantuan dari ibu bapa dan sukarelawan (tanpa mengenepikan sokongan padu daripada keluarga kami yang tersayang, special thank you to my dearest suami yang begitu memahami) alhamdulillah acara dapat berjalan dengan lancar.
So please enjoy the slide...nanti akan menyusul adegan adegan menarik yang tak ingin kita lihat.....
Wednesday, May 7, 2008
Lensa Musafir Lebuhraya
Entah dah berapa puluh ribu telah aku belanjakan kepada PLUS dan Petronas, dua syarikat gergasi di tanah air. Kalau tak mahu bayar, 'semua pemandu kenderaan boleh lalu jalan lama yang tidak ada TOL, tidak ada paksaan untuk melalui lebuh-raya yang telah disediakan oleh PLUS' (dengan pinjaman dari kerajaan juga kan...). Nak tak nak, perjalanan di lebuhraya sedikit sebanyak memberikan beberapa manfaat kepada aku yang kini telah hampir menjangkau umur setengah abad ini.
Sebenarnya aku telah mula bermusafir di lebuhraya Utara-Selatan sejak tahun 1989 lagi, apabila aku diminta berpindah ke UTM Sekudai, Johor sedangkan keluargaku pada masa itu tinggal di KL. Setiap tengah hari Khamis, aku akan memulakan perjalanan dari Sekudai ke Batu Pahat, makan nasi Beriani di tepi sungai, melalui Parit Sulong dan terus ke Pagoh. Ketika itu, L/R hanya siap setakat Pagoh sahaja. Esoknya (Jumaat), pagi Jumaat akau biasanya bertolak jam 10.00 pagi dan singgah di masjid Pagoh untuk solat Jumaat. Selepas solat, aku teruskan perjalanan ke Sekudai. Itulah rutin aku dari tahun 1989 hingga 1992. Di sepanjang tempoh tersebut, kadang-kadang aku juga membawa penumpang yang berulang alik dari UTM Skudai ke KL dan kadang-kadang menurunkan penumpang di tepi lebuhraya sahaja yang akan menuruni lereng lebuhraya ke jalan lama (di Melaka)..
Kini sejak 1994, aku masih menyusuri lebuhraya setiap minggu hingga kini...sudah hampir 20 tahun.. Apakah pengalaman dan pengajaran yang diperolehi ???
1. dapat meluangkan sedikit masa berfikir tentang kehidupan duniawi.
2. muhasabah diri;
3. melihat keindahan alam ciptaan yang Maha Agung;
4. tak guna memandu laju kalau saman RM300 tak sanggup nak bayar;
5. melihat gelagat dan karenah manusia - orang berkereta besar dan kecil;
6. melihat dan mengambil iktibar dari pemandu negara jiran 'melepaskan geram';
7. selaju mana kita memandu sekali pun, Allah jua yang menentukan sama ada kita sampai cepat atau lambat...
Begitulah serba ringkas catatn yang dapat dicoretkan buat tatapan semua. Gambar di sudut kiri diambil sementara menunggu Maghrib di R&R Seremban semasa dlm perjalanan dari JB ke BSPutra petang tadi...
Puluhan gambar telah diambil di sepanjang lebuhraya terutama apabila mentari melabuhkan tirainya untuk menyambut kedatangan malam... Semoga, hari esok masih ada ...
Ir AF Kassim/BSP
Sunday, May 4, 2008
Sepetang or Semalam ..di Putrajaya
Hari ni berjalan sakan, solat Asar dan Maghrib di surau Alamanda, Putrajaya. Alhamdulillah penuh sesak every solat time...sambil menunggu teacher yan 'shopping' novel di MPH, aku duduk di bench yg disediakan sambil melihat-melihat gelagat pengunjung Alamanda. Sesak nafas bila tengok couple-couple muda yang menjolok mata baik dari segi pakaian dan kelakuan. Entah bila aku akan mendapat kekuatan untuk melakukan Nahi Munkar. Setakat ini hanya mampu melihat dengan kebencian di dalam hati (selemah-lemah iman..)
Lepas solat maghrib, kami bertolak ke Masjid Putrajaya, saja nak menikmati keindahan malam di Putrajaya. Walaupun dah almost 4 tahun menetap di BSP (Bangi), baru kini berkesempatan melihat hasil 'peninggalan' Tun Mahathir... sekali lagi rasa 'berdosa' sebab masa tengah jalan-jalan, azan Isya' berkumandang, pengunjung yang bersidai tak berganjak w/pun laungan "MARILAH MENGERJAKAN SOLAT" ...sangat jelas kedengaran dari sistem PA yg pastinya menelan belanja yang amat mahal.
Rasa bersalah itu menggamit aku dan yan untuk beredar meninggalkan kawasan itu segera...oppss, just nak share salah satu gambar menarik yg dapat dirakam. Ilustrasi Karikatur menunjukkan Pak Lah dan TG Hj Nik Aziz berganding bahu, why not, hati manusia Allah yang pegang, siapa kita nak menghakimi orang lain.
Semalam adalah Sejarah, Hari ini Pasti, Esok...InsyAllah
Permata (Untuk Isteri Ku)
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang
Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikanKerana kau isteriku
(untuk suamiku .. jazakallah khair for the song ...)
Subscribe to:
Posts (Atom)






