Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Monday, July 20, 2009
Cempedak Goreng
Saturday, July 18, 2009
Ekstival KUIS - Tahniah Teacher Nadia
Hari ini meluangkan masa ke Ekstival (Ekspo dan Festival) KUIS 12. Kehadiran kami selain untuk meninjau-ninjau ekspo yang diadakan adalah bertujuan untuk meraikan Teacher Nadia . yang grad hari ini.
Satu perkara yang paling ketara dalam mana-mana pesta graduasi masa kini ialah trend memberi hadiah bunga atau patung-patung berbagai jenis kepada graduan, trend ini begitu berleluasa sehingga rasa 'janggal' pulak kalau melihat graduan yang berlegar -legar tanpa membawa jambangan bunga atau hadiah.
Bila kami 'survey' di kedai kedai cenderamata yang menguasai majoriti gerai-gerai di Ekstival tu harganya boleh tahan juga, rata rata harganya antara RM 35 - 100++. Patung kecil yang kami belikan teacher Nadia tupun cost us RM15.. tulah yang paling murah, sorry ye Nad tu je mampu kami beli, lagipun rasanya baik kami hadiahkan Nad benda lain yang lebih berfaedah.
And to our surprise, kami terjumpa dengan pasangan usahawan muda (x-teacher Al-Fatih ~Mariani dan suaminya Hisham) yang buka booth produk HPA. Seronok melihat pasangan muda menceburkan diri dalam perniagaan produk muslim, terutamanya ketika dunia Islam amat memerlukan alternatif kepada produk-produk yang selama ini telah menguasai dunia. Jom kita beralih kepada produk muslim, jangan sampai sesen pun duit anda mengalir kepada Zionis terkutuk itu...Boycott Product Israel! Boycott Product Zionis!
Satu perkara yang paling ketara dalam mana-mana pesta graduasi masa kini ialah trend memberi hadiah bunga atau patung-patung berbagai jenis kepada graduan, trend ini begitu berleluasa sehingga rasa 'janggal' pulak kalau melihat graduan yang berlegar -legar tanpa membawa jambangan bunga atau hadiah.Bila kami 'survey' di kedai kedai cenderamata yang menguasai majoriti gerai-gerai di Ekstival tu harganya boleh tahan juga, rata rata harganya antara RM 35 - 100++. Patung kecil yang kami belikan teacher Nadia tupun cost us RM15.. tulah yang paling murah, sorry ye Nad tu je mampu kami beli, lagipun rasanya baik kami hadiahkan Nad benda lain yang lebih berfaedah.
And to our surprise, kami terjumpa dengan pasangan usahawan muda (x-teacher Al-Fatih ~Mariani dan suaminya Hisham) yang buka booth produk HPA. Seronok melihat pasangan muda menceburkan diri dalam perniagaan produk muslim, terutamanya ketika dunia Islam amat memerlukan alternatif kepada produk-produk yang selama ini telah menguasai dunia. Jom kita beralih kepada produk muslim, jangan sampai sesen pun duit anda mengalir kepada Zionis terkutuk itu...Boycott Product Israel! Boycott Product Zionis!
Friday, July 17, 2009
Get Well soon Irdina and Ainus Syifa'...
Pagi ni kami sempat ziarah Irdina Abdullah Omar Wahbi di rumahnya. Irdina baru discharged dari hospital kerana demam denggi berdarah, Alhamdulillah, Irdina is recovering well. As for Ainus Syifa', masih di hospital. Last week teman-teman al-Fatih dah buat solat hajat dan mendoakan kesembuhan untuk Irdina dan Ainus Syifa' dan berharap keduanya dapat kembali ke sekolah semula soon because we miss u....
Palestin... Anak-anak Al-Fatih Bersamamu.
Thursday, July 16, 2009
Sunday, July 12, 2009
Majlis Merisik, Meminang dan Bertunang
Sudah Lama langsatnya condong
barulah kini batangnya rebah
Sudah lama niat dikandung
Baru kini diizinkan Allah
Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati
Sudah lama niat dikandung
Baru kini diizinkan Allah
Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api
Berapa tinggi Gunung Ledang
Tinggi lagi harapan hati
Semuga pertunangan yang mendapat restu dari keluarga kedua belah pihak ini mendapat restu dan keberkatan Illahi, insya-Allah . Untuk Ajun dan Aida, cari dan galilah sebanyak banyaknya ilmu untuk membina mahligai kasih yang diredhai Allah.
Antara hadiah iringan dari keluarga belah perempuan yang menarik perhatian semua tetamu ialah sepinggan cili merah dan hijau...dalam hati tertanya-tanya juga apa simboliknya ? adakah kerana bakal pengantin perempuan orang Negeri Sembilan yang terkenal dengan resepi masak lomak cili api...? bukankah biasanya hadiah dari pihak perempuan banyak manisan ?ish ish banyaknya soalan.Friday, July 10, 2009
Al Fatih Kids Mencari Harta Karun...
Hari ni anak anak al-Fatih beraktiviti luar lagi. 9 kumpulan bersaing untuk mencari harta karun. Tapi tunggu dulu! kenalah dapatkan peta harta karun untuk tahu di mana peti peti harta disimpan. Jom kita tengok macamana aksi anak anak bersaing untuk mendapatkan harta.
Cabaran pertama anak-anak kena buatkan crown dari daun-daun dan ranting untuk ketua kumpulan dan crown tak boleh ditanggalkan hinggalah ke akhir game. Tugasan ini bertujuan menguji kreativiti anak-anak, alhamdulillah, semua kumpulan berjaya membuat crown untk ketua mereka.
Cabaran untuk dapatkan keratan peta kedua kena habiskan lemonade..bukan sikit, satu pitcher besar...dan bukan sikit-sikit punya masam, memang teacher Iza tak bubuh gula lansung...tapi anak anak Al Fatih memang adventurers dan tahan lasak, dengan muka yang berkerut kerut akhirnya semua kumpulan berjaya menghabiskan lemonade.
Suspense juga anak-anak bila diminta meneka apa yang ada dalam dalam bekas tertutup dengan memasukkan tangan . Ini ialah ujian kemahiran sensory. Ramai juga yang teka katak dan kura-kura yang disentuh sebagai batu, etc.
Anak-anak juga enjoy sungguh bila diberi tugasan menumbuk bahan bahan yang diberi hingga lumat. Bagi ibu ibu di rumah, latihlah anak-anak perempuan ke dapur. Biarkan mereka berjinak-jinak dengan lesung, lagi kuat anak-anak angkat lesung tu lagi kuat otot dan muscle tangan mereka, insya-Allah lagi cepat motor skill mereka berfungsi.
Bagi teacher-teacher objectives yang paling penting yang hendak dicapai dan dinilai ialah leadership, problem solving dan kerjasama. Alhamdulillah kalau diukur dari awal semester, nampak anak-anak makin matang bekerja secara berkumpulan. Seronok betul melihat anak-anak menyanyi sepanjang membuat tugasan secara berkumpulan yang diberikan, nak tahu lagu apa yang anak-anak nyanyi ?
Wonderpets wonderpets kami datang...
Membantu haiwan yang dalam kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah...
Cabaran pertama anak-anak kena buatkan crown dari daun-daun dan ranting untuk ketua kumpulan dan crown tak boleh ditanggalkan hinggalah ke akhir game. Tugasan ini bertujuan menguji kreativiti anak-anak, alhamdulillah, semua kumpulan berjaya membuat crown untk ketua mereka.
Cabaran untuk dapatkan keratan peta kedua kena habiskan lemonade..bukan sikit, satu pitcher besar...dan bukan sikit-sikit punya masam, memang teacher Iza tak bubuh gula lansung...tapi anak anak Al Fatih memang adventurers dan tahan lasak, dengan muka yang berkerut kerut akhirnya semua kumpulan berjaya menghabiskan lemonade.
Suspense juga anak-anak bila diminta meneka apa yang ada dalam dalam bekas tertutup dengan memasukkan tangan . Ini ialah ujian kemahiran sensory. Ramai juga yang teka katak dan kura-kura yang disentuh sebagai batu, etc.Anak-anak juga enjoy sungguh bila diberi tugasan menumbuk bahan bahan yang diberi hingga lumat. Bagi ibu ibu di rumah, latihlah anak-anak perempuan ke dapur. Biarkan mereka berjinak-jinak dengan lesung, lagi kuat anak-anak angkat lesung tu lagi kuat otot dan muscle tangan mereka, insya-Allah lagi cepat motor skill mereka berfungsi.
Bagi teacher-teacher objectives yang paling penting yang hendak dicapai dan dinilai ialah leadership, problem solving dan kerjasama. Alhamdulillah kalau diukur dari awal semester, nampak anak-anak makin matang bekerja secara berkumpulan. Seronok betul melihat anak-anak menyanyi sepanjang membuat tugasan secara berkumpulan yang diberikan, nak tahu lagu apa yang anak-anak nyanyi ?Wonderpets wonderpets kami datang...
Membantu haiwan yang dalam kesusahan
kami tak besar dan kami tak kuat
Bila bekerjasama semua jadi mudah...
Subscribe to:
Posts (Atom)