Wednesday, April 7, 2010

Generasi yang Kita impikan

Menurut satu riwayat, perisitiwa ini berlaku di zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab r.a.

Dua orang anak muda datang mengadap Khalifah Umar bin al-Khattab r.a. di majlisnya. Kedua-duanya memimpin seorang lelaki yang tidak dikenali dari sebuah kampung yang jauh. Setelah lelaki itu di hadapkan kepada Umar, belaiu berkata:
- Apa maksud semua ini?
Kedua-dua pemuda itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, lelaki ini telah membunuh ayah kami!
Sayyidina Umar mengajukan soalannya kepada lelaki itu:
- Benarkah kamu telah membunuh ayah mereka?
Dengan tegas lelaki itu menjawab:
- Ya! Saya telah membunuhnya!
Umar bertanya lagi:
- Bagaimana kamu membunuhnya?
- Dia telah memasuki tanah saya dengan untanya. Saya menegahnya tetapi tidak menghiraukan tegahan saya. Lalu saya baling seketul batu ke arahnya. Batu itu terkena kepalanya, diapun mati.
Lantas Umar menjatuhkan hukuman :
- Qisas!

Hukuman bunuh balas! Tidak perlu dipersoal dan diberdebatkan. Umar tidak bertanya tentang keluarga lelaki ini, adakah dia daripada qabilah yang mulia, atau dia berasal daripada keluarga yang perkasa? Umar juga tidak bertanya tentang status atau kedudukannya di dalam masyarakat. Semua itu tidak penting bagi Umar r.a. Dia tidak memihak kepada sesiapapun dalam melaksanakan agama Allah dan tidak bermuka-muka dengan sesiapapun sekiranya boleh menjejaskan Syariat Allah. Seandainya anaknya sendiri membunuh, tetap akan dikenakan hukuman qisas.

Setelah hukuman yang tegas dijatuhkan, lelaki itu bersuara:
- Wahai Amirul Mukminin! Saya memohon kepadamu dengan Nama Tuhan, yang dengan-Nya berdiri langit dan bumi, agar membenarkan saya pulang satu malam untuk bertemu dengan isteri dan anak-anak saya di desa yang jauh. Saya akan memberitahu mereka bahawa tuan telah menjatuhi hukuman bunuh ke atas saya. Selepas itu saya akan kembali mengadap tuan. Demi Allah, tidak ada siapa yang melindungi mereka kecuali Allah, kemudian saya.

Umar bertanya lelaki itu:
- Siapa yang akan menjamin kamu pulang ke desa kemudian datang semula mengadap saya?

Semua yang ada diam membisu. Tidak ada siapapun di kalangan mereka yang mengenalinya. Mereka tidak tahu siapa namanya, di mana khemahnya, di mana rumah kediamannya, apa qabilahnya dan di mana kampungnya? Bagaimana mereka akan menjaminnya? Jaminan bukan dengan membayar ganti rugi 10 dinar, atau sekeping tanah, atau seekor unta! Tetapi jaminan untuk diserahkan tengkuk agar disembelih dengan pedang!

Dan siapa yang berani menentang Umar dalam melaksanakan Syariat Allah? Siapa yang berani masuk campur meminta lelaki itu dibebaskan atau diberi keizinan untuk pulang tanpa sebarang jaminan?

Sahabat terus menyepi. Umar kebingungan, tersepit antara dua kemungkinan. Jika dia terus melaksanakankan hukum Allah dengan membunuh lelaki yang mengaku membunuh ini, anak-anak yang tinggal mungkin akan mati kelaparan. Jika dia membiarkan lelaki ini pulang tanpa penjamin, kemungkinan dia lari, maka sia-sialah darah yang telah ditumpahkannya tanpa mendapat pembelaan.

Sahabat masih membisu. Umar r.a. menundukkan kepalanya mencari jalan penyelesaian. Kemudian dia berpaling kepada dua orang pemuda yang mengheret lelaki itu:
- Sudikakah kamu memaafkan dia?
- Tidak! Orang yang telah membunuh ayah kami, mesti dibunuh wahai Amirul Mukminin!
Jawab dua orang anak muda itu dengan tegas.

Umar bertanya semua yang hadir:
- Siapa yang sanggup menjamin lelaki ini, wahai sekelian manusia?

Maka bangkitlah Abu Dzar al-Ghifari dengan ubannya, zuhudnya dan kejujurannya seraya berkata:
- Wahai Amirul Mukminin, sayalah penjaminnya!

Umar mencari kepastian:
- Dia telah membunuh!

Abu Dzar menjawab dengan penuh yakin akan keputusannya:
- Walaupun dia telah membunuh!

Umar bertanya lagi:
- Adakah kamu mengenalinya?
- Tidak! Saya tidak pernah mengenalinya.
- Apa yang menyebabkan kamu sanggup menjaminnya?
- Aku melihat pada wajahnya tanda-tanda orang beriman. Maka aku tahu bahawa dia tidak akan berdusta. Dan dia akan datang kembali insya Allah.

Umar mengingatkan:
- Wahai Abu Dzar, adakah kamu sangka, jika dia lewat lebih daripada tiga hari aku akan melapaskan kamu begitu saja?

Abu Dzar menjawab dengan tenang:
- Allahlah Penolong wahai Amirul Mukminin…

Dengan itu, Umar memberi masa tiga hari tiga malam kepada lelaki itu untuk menyiapkan dirinya, mengucapkan selamat tinggal kepada ahli keluarganya dan membuat persiapan yang perlu untuk mereka hadapi selepas kematiannya. Selepas tiga hari, dia hendaklah datang kembali untuk dilaksanakan hukuman bunuh balas kerana dia telah membunuh.

Genap tiga hari, ketika muslimin diseru untuk menunaikan solat Asar, dua orang pemuda yang telah kehilangan ayah itu datang, ramai manusia berkumpul, Abu Dzar pastinya ada bersama. Selesai solat, Umar menoleh kepada Abu Dzar lalu bertanya:
- Mana lelaki itu?

Abu Dzar menjawab:
- Saya tidak tahu wahai Amirul Mukminin.

Dia mendongak ke arah matahari. Nampak seolah-olah matahari itu bergerak lebih laju daripada biasa. Semua sahabat diam membatu, resah menunggu sesuatu yang tidak diketahui akan berlaku melainkan Allah.

Dan beberapa detik sebelum matahari berlabuh, terhurailah segala kekusutan, terjawablah segala persoalan. Lelaki yang dinanti-nantikan itu muncul mengadap khalifah yang adil. Melihat lelaki itu, Umar bertakbir dan kaum muslimin ikut takbir bersama-sama. Umar berkata:
- Wahai lelaki, jika kamu mendiamkan diri di kampungmu, kami tidak akan dapat menjejakimu dan tidak tahupun di mana tempat tinggalmu!

Lelaki itu menjawab:
- Wahai Amirul Mukminin, demi Allah! Saya tidak mempunyai apa-apa tanggungjawab terhadap tuan. Tetapi tanggungjawab saya adalah terhadap Dia yang mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi. Inilah saya wahai Amirul Mukminin. Saya tinggalkan anak-anak saya seperti anak burung, tiada air, tiada pokok di desaku. Namun saya datang untuk dibunuh. Saya takut jika saya tidak datang nanti akan dikatakan bahawa kesetiaan pada janji telah tiada lagi di kalangan manusia.

Maka Umar bertanya kepada Abu Dzar r.a.:
- Kenapa kamu menjaminnya wahai Abu Dzar?
- Aku takut nanti akan dikatakan tiada lagi kebaikan di kalangan manusia.

Umar r.a. bangkit dan bertanya kedua-dua pemuda:
- Apa yang kamu lihat wahai orang muda?

Kedua-dua menjawab serentak sambil menangis:
- Kami maafkan dia wahai Amirul Mukminin kerana kejujurannya. Kami juga takut nanti orang akan berkata tiada lagi kemaafan di kalangan manusia!

Kata-kata dua anak muda itu disambut dengan takbir oleh Umar sedang air mata bercucuran membasahi janggutnya.

‏جزاكما الله خيراً wahai pemuda di atas kemaafanmu

وجزاك الله خيراً wahai Abu Dzar kerana melepaskan lelaki itu dari kesulitannya

وجزاك الله خيراً wahai lelaki kerana kejujuranmu dan kesetiaanmu pada janji

وجزاك الله خيراً wahai Amirul Mukminin kerana keadilanmu dan sifat kasihan belasmu.

Seorang ahli Hadis mengulas: Sesungguhnya kebahagiaan iman dan Islam telah terkubur bersama kain kafan Umar!

Sumber asal dari sini

Biarkan wajah wajah itu yang berbicara......










Tuesday, March 23, 2010

Al Fatih Outdoor Camp 2010

Just before mid sem school break yg baru lepas ni, anak anak Al Fatih berpeluang ber'outdoor camp' sambil menikmati keindahan alam di Agrotek Garden Resort Hulu Langat.

Tema kali ni ialah THANK YOU ALLAH FOR THE EARTH. Anak anak perlu dididik untuk mengenal ciptaan Allah dan mensykuri nikmatNya.

Outdoor Camp kalau tak ada trekking tak seronoklah kan ?Walau dalam usia seawal 4-6 tahun, anak anak al Fatih memang telah didedahkan dengan ilmu membaca peta ala ala treasure hunt.

Alhamdulillah anak anak begitu berdisiplin dan mematuhi peraturan

Macam profesional kan ?

Acara meredah sungai yang paling ditunggu tunggu.

Antara obstacle yang perlu dilalui sebelum melepasi checkpoint...

Anak anak dan air memang macam irama dan lagu...tak dapat dipisahkan...


Wahai anak anakku...Solat itu tiang agama....ke manapun kau hadapkan wajahmu di situ kau akan melihat Tuhanmu, carilah Tuhanmu pada kejadian dan ciptaanNya yang maha sempurna.

Doa itu senjata mukmin...

Lunch yang begitu menyelerakan setelah penat bermain air....

Kalau tengok memek muka ...rasanya adik izzah cerita pengalaman kena gigit pacat masa di sungai tadi...

And finally...time for group photo and to say goodbye to Agrotek...we'll come again insya-Allah...


Wednesday, February 17, 2010

Takziah dan Tazkeerah

Dalam hujan gerimis pagi ni, aku memandu ke Felda Pasoh (Negeri Sembilan) menyempurnakan hak menziarahi keluarga teacher Yan dan Chef Kak Ina yang kehilangan adik bungsu mereka dalam kemalangan maut di Lebuhraya PD Seremban maghrib semalam. Baru sahaja sabtu lepas keluarga ini diuji dengan kematian Wan(nenek) mereka juga di PD.

Takziah untuk seisi keluarga. Kematian ialah tazkeerah buat yang mahu mengambil peringatan.


Which one is You ?

The pessimist complains about the wind

The optimist expects it to change

The leader adjust the sails

greatest day in our life would be when we take total responsibility for our attitudes.

That's the day we truly gow up

Monday, February 15, 2010

Sunday, January 31, 2010

Jalan Menuju Allah ....

Selama ini hanya dapat mengikuti tulisan ustaz Hasrizal Jamil melalui blognya , Alhamdulillah, malam tadi dapat mengikuti secara live penyampaiannya dalam forum perdana di Masjid Al- Hasanah, Bandar Baru Bangi.

Tajuknya "Jalan Menuju Allah" is very basic yet so relevant ...

Setiap hari samada secara sedar atau tidak, sekurang kurangnya 14 kali kita memohon dengan sepenuh hati "Ya Allah tunjukki aku jalan yang lurus"...

Begitu penting dan gentingnya memohon ditunjukki jalan yang lurus. Berdoa, hukum asalnya adalah sunat, tetapi doa memohon ditunjukki jalan yang lurus adalah WAJIB.

Mari muhasabah diri, adakah telah kita selarikan doa ini dengan tindakan dan cara hidup kita dan keluarga kita.

1. Selesai solat Isyak dan berdoa "Ya Allah tunjukki aku jalan yang lurus" maka kita pun ke ruang tamu dan menekan remote TV yg sedang menyiarkan live 'Anugerah Juara Lagu' . Kita pun panggil anak anak utk menonton bersama.

2. Janji dgn isteri lepas solat Asar kita pergi shopping. Dalam solat Asar kita pun berdoa bersungguh sungguh "Ya Allah tunjukki aku jalan yang lurus". Sewaktu nak keluar, isteri yg berumur 29 thn memakai baju t-shirt bersaiz yang sesuai utk anak umur 9 thn, suami hanya pandang tanpa kata dan terus keluar untuk hidupkan enjin kereta.

Contoh yg diberi ustaz terasa betul betul terkena pd batang hidung sendiri, memang sukar menahan godaan TV (w/pun yg ada di rumah hanya TV buruk yg terhad channel yg boleh ditengok), agaknya bagaimana Ibu Bapa bekerja yg melanggan astro mengawal cerita yg boleh & tak boleh ditonton anak anak.

Isu tentang kecelaruan emosi dan ruh anak anak yang tak terisi memang akan sentiasa dekat di hati. Berkongsi pengalaman bersama anak anak remaja dgn Ustaz Hasrizal membuat aku berfikir bagaimana memantapkan pendidikan anak anak Al Fatih.

Aku bersetuju bila ustaz menyatakan kenapa anak anak muda tidak datang ke masjid mendengar ceramah ialah kerana mereka tidak faham apa yang dibincangkan para ustaz dan daie. Bahasa mereka sudah tidak sama dengan kita. Nilai yang mereka anuti sudah jauh berbeza dengan nilai yang kita pegang selama ini.

Dulu, sewaktu zaman aku membesar, janji syurga dengan sungai yang mengalir di dalamnya sounds so attractive. Kenapa ? Kerana zaman itu rata ratanya hidup susah, nak minum air susu bukan senang.

Dunia kini, anak anak hidup dalam kemewahan yang tak terjangkau fikiran. Sebut apa nak, semua akan cuba ditunaikan olah Ibu Bapa. Mungkin dalam bahasa kasarnya boleh dikatakan hidup mereka umpama 'syurga dunia'.

Sungguh menjadi Ibu Bapa, pendidik dan Daie di zaman kini menjadi jauh lebih mencabar dan menuntut kebijaksanaan yang tinggi.