Tuesday, October 28, 2008

Tahniah Johari (Ngah) dan Ros...




Sabtu tanggal 25 Syawal lepas, dalam kesibukan bergotong rooyong memasak di rumah A.Saat sempat juga meluangkan masa ziarah Ngah (Johari) dan isterinya Ros di Bandar Putra Kulai, Ngah baru menerima kelahiran anak kedua (baby girl). Tahniah Ngah dan Ros, kelahiran yang ditunggu-tunggu sebab anak sulung Ngah, Qistina dah sekolah darjah 1. Baby yang diberi nama Qaisara ialah CICIT mak yang paling terkini dan secara automatik CUCUku yang terlatest....

Sejak Ngah pindah ke Bandar Putra, ini first time maksu singgah ke rumahnya. Rasa macam masuk ke rumah yang dalam magazine Anjung Seni... Dari luar dah nampak betapa tuan rumah telah menghias rumah teres setingkat nya dengan cara yang unik dan kreatif. Rasa nyaman betul tengok ikan ikan kap berwarna warni berenang dalam kolam kecil depan rumah.

Sayangnya maksu tak dapat stay lama untuk menikmati landscape kat rumah Ngah. Teringat ikan pari dan ayam yang belum dibersihkan kat depan rumah Abang Saat. Lain kali kena datang lagi bawak Paksu pulak...

Sunday, October 26, 2008

Perhimpunan Syawal warga PT 3/5..

Tanggal 24 Syawal yang lalu sekali lagi warga PT 3/5 berpadu tenaga menganjurkan perhimpunan Syawal 1429H. Setiap keluarga diberi peranan untuk menyediakan jamuan secara potluck. Selepas Isyak hampir seluruh keluarga yang mendiami 3/5 mula berbondong-bondong keluar untuk berhimpun di rumah Izad yang bertindak sebgai tuan rumah kali ini.

Selepas semua tetamu dan juadah makanan mengambil tempat masing-masing majlis pun dimulakan oleh tuan rumah yang mengalu-alukan kehadiran semua ahli keluarga 3/5 ke majlis 'shortcut' syawal yang kini sudah menjadi trend penduduk taman perumahan. Al-maklumlah 'kesibukan' bekerja membataskan peluang untuk berziarah dari rumah ke rumah, so perhimpunan Syawal sebegini merupakan shortcut yang cukup praktikal untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaafan sesama kita.

Selepas doa pembukaan dibacakan oleh Ir Ahmad Fuaad maka tanpa membuang masa acara makan-makan pun dimulakan dengan lafaz Bismillah..

Bagi kaum hawa PT 3/5 acara-acara bersama macam ni memang ditunggu-ditunggu. Banyak cerita-cerita menarik yang nak dikongsikan. Paling tidak pun bertukar khabar...

Menjelang 12 tengah malam, tetamu pun mula beransur-ansur pulang, selepas menolong tuan rumah mengemaskan baki-baki makanan yang tinggal. kami pun minta diri. Alhamdulillah berakhirlah majlis perhimpunan Syawal 1429H. Semuga Allah akan memperkukuhkan tautan hati ini. Ameen.

Wednesday, October 22, 2008

Catatan Aidilfitri 1429H ; Ziarah Raya 2...

Menyambung catatan ziarah Aidilfitri yang terhenti seketika;

Pagi 3 Syawal tu aku dan suami merancang untuk meneruskan ziarah raya ke rumah kak Sarah di Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat. Sebelum bertolak ke rumah Kak Sarah, kami singgah beraya di rumah Bang Man sebab suami belum pernah beraya ke rumah Bang Man. Walaupun dari rumah dah bersarapan nasi goreng dan cucur bilis sampai rumah Bang Man, Lynn offer pulak makan nasi lemak bungkus daun pisang..tak sampai hati nak tolak, jamah juga sikit...

Trip ziarah kali ni akan disertai oleh keluarga Abang Sanip, so kami stop sekejap di Taman Manis sambil menunggu Kak Nem dan anak-anak daranya bersiap. Ziarah kali ni ada tambahan dua menantu Abang Sanip, Tun dan Eja. Welcome to the club Tun dan Eja! Sekali lagi kami dipelawa breakfast tapi terpaksa ditolak sebab dah tak ada ruang nak isi... lebih kurang jam 10:30 pagi kami pun bertolak dari Taman Manis dan tiba di rumah Kak Sarah lebih kurang jam 11:40.

Balik kampung macam ni sebenarnya penting dalam proses memperkukuhkan persaudaraaan. Sepupu-sepupu yang dah ramai kadang-kadang tak kenal sesama sendiri, apatah lagi bila masing-masing dah berkeluarga dan sibuk dengan urusan sendiri. Kalau dapat jumpa setahun sekali pun paling tidak masih ingat muka hingga ke tahun berikutnya.

Balik kampung juga biasanya yang paling seronok adalah budak-budak. Masa nilah cucu-cucu Abang Sanip yang duduk di Kota Damansara berpeluang mengenal suasana kampung yang masih belum tercemar. Dalam baru berkenalan tu sempat juga anak-anak dara Kak Nem kenen sepupu diaorang untuk belanja ais krim. Seronok Pakcik Pakistan yang jual aiskrim tu sebab tiba-tiba laku pulak ais krim dia. Rezeki Syawal...

Adab bertandang ke rumah Kak Sarah ni memang tak sah kalau tak makan nasi, bila tahu kami nak datang, Kak Sarah terus kerah anak menantu yang ada di rumah untuk masak apa yang ada. Dalam Kak Sarah kata "..tak ada lauk" tu kami berpeluh-peluh menyuap nasi putih dengan ayam masak kicap, sambal belacan, ulam raja, ikan masin dan sayur bening.

Lepas hubby and the guys balik dari Solat Jumaat, kami pun pamitan untuk bertolak balik. Sebelum balik tu kami singgah pulak ke rumah Abang Chot@Roslin di Felda Layang-Layang, Simpang Renggam. Sebab anak-anak Abang Sanip memang dah biasa sangat dengan Cik Chot dan Cik Kam, semua pakat serbu ke dapur mencari kuih makmur Cik Kam. Kak Alis as usual terus sinsing lengan tolong Cik Kam goreng mee dan buat sambal tumis udang.

Masing-masing puji sambal tumis Cik Kam sedap, sampai licin mangkuk diaorang kerjakan. Tapi tabik kat along Zamri sebab berjaya menahan godaan untuk makan. Dari rumah Wak Sarah tadi dia tolak nasi, sampai rumah Cik Chot pun jamah kuih makmur je. Paksu pun mula-mula tolak juga tapi bila tengok maksu makan mee goreng dengan sayur kacang, Paksu pun tak tahan suruh ambikkan sepinggan..hehe. Takpelah yang lain dah wakil makankan bagi pihak along. Lepas habis mee goreng dan kuih Cik Kam kami kerjakan, kami pun minta diri untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing. Alhamdulillah berjaya juga kami menghabiskan dua rumah hari ni.

Monday, October 20, 2008

Baryani Kesyukuran

Sebagai pengguna tetap lebuhraya suamiku sentiasa berhadapan dengan bahaya yang tidak mungkin terjangkakan. Sebagai isteri, setiap saat melepaskan pemergian suami aku hanya mampu memanjatkan doa dan mengharapkan perlindungan Allah ke atas dirinya. Setiapkali suami bermusafir dan aku tidak mampu menemaninya, hati tidak akan tenteram sehingga tahu yang suami telah selamat sampai ke destiansi yang dituju.

Hari ini sekali lagi hati bergetar bila suami beritahu tentang kemalangan yang nyaris ditempuhi dalam permusafiran kembali dari JB awal Subuh tadi. Sesungguhnya ini menginsafkan ku betapa setiap yang kita "milikki" (anak-anak, suami dan harta) tidak lebih hanyalah pinjaman semata-mata. Setiap waktu kita hanya mampu menyediakan dan memberi yang terbaik untuk yang kita kasihi. Supaya apabila sampai waktu untuk mengucapkan selamat tinggal tiada rasa sesalan atau terkilan yang menggunung di nurani yang paling dalam.

Alhamdulillah, sebagi tanda kesyukuran kerana suami selamat sewaktu permusafirannya, petang ni aku berniat nak buat nasi brayani special untuk suami. Kebetulan Dek Dah pun ada di rumah so bolehlah membantuku di dapur. Benarlah seperti bidalan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..walaupun pertama kali masak nasi baryani dan kekurangan beberapa bahan asas, Alhamdulillah ...menjadi!

Untuk menyerikan lagi nasi baryani ialah ayam masak merah, dalca dan pencuk sayur. Insya-Allah next time boleh buat baryani gam pulak. So malam tu kami tiga beranak menjamu selera dengan Nasi Baryani Seri Putra.

Sunday, October 19, 2008

Open House Abang Salleh

Berdiri (dari kiri):Farah Shahida dan Nurul Nazirah
Duduk (dari kiri): Abang Salleh, Mohd Haikal Helmi dan Kak Samidah

Sabtu 18 Syawal; ada jemputan open house di palong, Negeri Sembilan, rumah Abang Salleh. Walaupun kepenatan sebab baru balik dari bawa anak-anak Al-Fatih beraya ke 9 rumah di sebelah paginya, ku gagahkan jua memandu demi memenuhi hak saudara. Bertolak dari BSP jam 3:30 petang sebab perjalanan ke Palong mengambil masa lebih kurang 2 jam, kiranya sempat lagilah sampai in time. Abang Salleh kata open house start jam 3 ptg.

Alhamdulillah, memandu bersendirian memberi peluang untuk ku menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan. Walaupun hujan lebat sebaik melepasi jambatan besi Batu Kikir, aku selamat sampai ke rumah Abang Saleh jam 5:30 petang. Masih ramai tetamu sedang menikmati juadah air tangan Kak Midah sendiri. Laksa Johor dan Nasi dagang merupakan menu utama disamping lemang, rendang, puding cocktail dan kuih-kuih raya.

Malam tu sebaik sahaja tetamu terakhir beredar kira-kira jam 9 malam, apalagi kami anak beranak menyingsing lenganlah membuat kerja-kerja mengemas dan membersih. Mujurlah anak-anak dara Abang Salleh balik jadi berhempas pulas lah kami di dapur. Teman macam biasa ambik tender cuci pinggan mangkuk. Yang paling penat tentulah tuan rumah, kak Midah yang sampai migrain kepenatan. Malam tu semuanya tidur lena keletihan. Kalau ada bom pun harus tak sedar...

Tak habis malam tu, esok pagi sambung lagi mengemas. Akhirnya lunch kami makan nasi dengan sayur bening dan ikan kering je, sebab masing-masing dah tak larat nak masak. Pukul 4 ptg aku bertolak balik ke BSP bersama Nurul Nazirah anak ke-2 abang Salleh yang duduk di asrama puteri SMK Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Selepas menghantar Nazirah, aku pun meneruskan perjalanan dan sampai di BSP sekitar jam 6:30 ptg.

Friday, October 17, 2008

Al-Fatih Kids Kenduri....

Dah lama teacher nor tak belanja anak-anak makan, so hari ni teacher nor pakat-pakat dengan chef kak ina minta kak ina masakkan nasi minyak, ayam masak merah dan acar untuk anak-anak. Seronok dan puas hati betul tengok anak-anak menjamu selera. Ayam masak merah tu memang sengaja dimasak tak pedas supaya budak-budak boleh makan. Bila siap makan kak ina tengok periuk ...almost licin...teacher-teacher pun dapat jamah sorang sikit je...sebab tak tahan bau nasi minyak tu memang mengancam...

Selain nasi minyak, ada kuih karipap pusing dan buah tembikai dan orange (yg disponsor teacher aida dan teacher zai). Teacher Mar pulak sponsor air syrup lychee...anak-anak excited tengok air special daripada biasa. Sebab kendurinya bersempena syawal, sehari sebelum tu pesan dengan anak-anak supaya masing-masing bawa potluck kuih raya, maklumlah fitrah anak-anak ni memang taat.....tu dia bila dah dikumpulkan...penuh meja dengan kuih- kuih pelbagai jenis dan rupa.. lepas makan nasi minyak masing-masing menjamu selera pulak dengan kuih-kuih raya.

Alhamdulillah, memang berbaloi melayan anak-anak al-Fatih makan, tengok diaorang berselera makan pun kita rasa kenyang dah...insya-Allah nanti ada peluang kita buat kenduri lagi ya.

Thursday, October 16, 2008

Petanque di Kuale....

Waktu hubby sibuk dengan sessi 'catching up old time' dengan his "Silverian friends'...(hehe Perakian lah tu!) aku pun sibuk juga ...sibuk bertaaruf dengan Kak Wan dan Najwa (anak buah yang tinggal bersama kak Wan). Agaknya naluri kindy teacher ni dah sebati dalam diri..so kalau jumpa anak-anak umur tadika ni memang mudah jadi kawan baik.

Dari satu topik ke satu topik yang dibualkan dengan kak Wan, sehinggalah terkeluar al-kisah Kak Wan kata dia bawa Najwa main Petanque...huh! PETANQUE ?...errr...kome pernah dengar ke apa dia Petanque ni ? Waktu dalam perjalanan ke rumah Cikgu Shahrir tadi adalah aku nampak papan tanda ni di tepi jalan tapi bila tanya hubby, dia pun tak tahu....so aku pun tak lah berniat nak pursue perkara tu..

Rupanya game ni memang popular di Kuala Kangsar, no wonder aku nampak signboard gelanggang petanque kat tepi-tepi jalan. Camna aku boleh tak tahu ek ? bila buat goggle search rupanya Petanque ni berasal dari Egypt dan Turkey tapi dipopularkan oleh golongan aristokrat French. Sebab tu sebutannya pun ala French. Sebut petanque (as if Perak...) The best part is sukan Petanque ini dah jadi salah satu acara pun dalam Olympic Beijing 2008 yang lepas...

Menurut Kak Wan, Cikgu Shahrir antara orang kuat yang mempopularkan sukan Petanque di Malaysia. Dah banyak negeri yang dijelajahnya untuk buat road tour memperkenalkan Petanque ni di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kak Wan dengan murah hatinya menunjukkan game Petanque yang dah didownload dlm PC, tapi sebab first time...susah juga nak memahami rule of the game. Si Najwa pun bukan main seronok nak mempamerkan kepakarannya membaling bola petanque. Nasib baik makcik pakai baju kurung comel-comel hari tu tau Najwa, kalau tak teringin jugak makcik nak join Najwa baling bola besi tu...

Bagi yang berminat nak tahu lebih terperinci bolehlah surf kat inernet , kalau nak mencuba apa kata terus je drive ke Kuala Kangsar..tak jauh mana pun. Alhamdulillah dapat ilmu baru, kalau ada rezeki ke Kuale lagi lepas ni bolehlah mencuba skill di gelanggang Petanque...

Jejak Sahabat...Cikgu Shahrir

Alam persekolahan memang penuh dengan memori indah dan nostalgia yang akan sentiasa menggamit kenangan . Nostalgia dan memori inilah yang telah mendorong suami ku untuk mencuri masa dari kesibukan kerja, meredah hujan lebat dan perjalanan sejauh hampir 330 km ke Taiping untuk menghadiri jamuan ulangtahun Ex-Edwardian dan sekaligus bertemu dengan kawan persekolahan yang telah sekian lama tidak ditemui.

Dalam perjalanan, suami beritahu kami akan singgah 'sebentar' di Kuala Kangsar untuk bertemu sahabat lamanya yang telah 32 tahun tidak ditemui. Sahabat yang dimaksudkan, Cikgu Shahrir tinggal di kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Walaupun baru pertama kali bersua, Cikgu Shahrir dan isterinya Kak Wan begitu ramah menyambut dan meladeni kehadiran kami membuat kami merasa seperti telah lama berkenalan.

Kediaman Cikgu Shahrir dan Kak Wan memang sangat mendamaikan. Rumah papan yang berkonsepkan chalet nampak begitu unik. Menurut Kak Wan papan yang digunakan untuk membuat rumah didatangkan khas dari Terengganu. Alhamdulillah, walaupun kehadiran kami tanpa dirancang, keberkatan syawal mengizinkan ukhuwwah yang dijalinkan begitu terasa 'chemistry' nya..

Dalam kerancakan bertanya khabar setelah sekian lama terpisah, Cikgu Shahrir sempat menunjukkan padaku pokok Tin yang ditanam di belakang rumahnya. Ini merupakan pengalaman yang begitu mengujakan bagiku kerana inilah pertama kali aku melihat pokok Tin, selama ini cuma makan buah Tin kering yang selalu dibawa sebagai ole-ole oleh mereka yang pulang dari Mekah. Kesian tengok aku yang begitu teruja dan sibuk mengekorinya pergi mengutip buah Tin yang masak, Cikgu Shahrir offer nak downloadkan gambar-gambar buah tin untukku. Terima kasih atas ihsan Cikgu Shahrir dapatlah gambar-gambar dan informasi di bawah dikongsikan dengan blogger seantero dunia.

Sambil bersembang-sembang, kami dihidangkan dengan buah Tin 'fresh' yang dipetik dari pokok belakang rumah. Selepas dikupas kulitnya, terserlah isinya yang berwarna kemerah jambuan dan rasanya yang manis dan harum.

Tak cukup dengan menjamah buah segar, bila tahu yang suami memang dah jadi pembeli dan pemakan setia ubat high blood, Cikgu Shahrir tak lokek berkongsi rahsia minuman herba yang diamalkan oleh keluarganya. Menurut beliau, minuman herba Tin terdiri dari daun Tin yang dicampur dengan daun betik (Pesan Cikgu Shahrir : pastikan daun yang dipilih adalah daun yg gugur sendiri ..JANGAN dipetik). Kedua-dua daun ini dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk teh. Kemudian bancuh dengan air panas dan ditapis lalu diminum airnya.

Sempatlah kak Wan 'brew'kan minuman resepi keluarga untuk suamiku. Sebelum balik Cikgu Shahrir dan kak Wan juga bekalkan beberapa helai daun tin untuk kami kisar sendiri. Terima Kasih yang tak terhingga kepada keduanya, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan Cikgu dan Kak Wan . Insya-Allah balik kampung weekend ni nanti akan ku carikan daun betik untuk dikisar bersama daun tin yang dah kering cantiknya di dapur kami. Bidalan Melayu ada menyatakan "Pemberian yang datang dari Hati akan jatuh ke Hati jua". kalau Cikgu Shahrir baca tulisan ni kirim salam sayang untuk Kak Wan dan Najwa.

Wednesday, October 15, 2008

Semuga Kak Akilah cepat sembuh...

Khamis 9hb Oktober, kami menerima berita Kak Akilah (Hubby's eldest sister) yang tinggal di Taiping sakit. Maha suci Allah yang mengatur segala urusan, ditakdirkan suami pun memang merancang ke Taiping untuk menghadiri perjumpaan ex-Edwardian, so sabtu pagi tu kami bertolak ke Taiping untuk ziarah kak dan sekaligus suami boleh hadir his 'tigerian' reunion...

Kami sampai di Hospital waktu jam menunjukkan hampir pukul 2 ptg. Mujurlah waktu melawat di Hospital Taiping ni dari pukul 12:30 tgh hingga ke pukul 7 mlm. Waktu kami tiba ke Wad D5 di mana kak ditempatkan, dah ramai saudara mara yang ada di situ. Abang Hilmy and wife Kak Ainon, Rashid and Husna, Rushda and son, kak Izar, Abang Khalid, anak-anak and menantu Kak (Fairuz, Fariza & Halim, Fathiyah & Bad, Fazlina, Farihah & Farhana).

Walaupun kak kelihatan lemah sebab dah beberapa hari tak lalu makan, namun nampak kak gagah jugak duduk melihat kehadiran adik-adik. Sebagai anak yang paling tua, kak dah banyak berkorban untuk membantu adik-adik semasa mudanya, tentunya kak dah dianggap pengganti Ibu yang telah kembali ke rahmatullah. So bila dengar kak sakit, memang semua adik beradik berkejar nak ziarah kak di hospital.

Kasihnya Ibu membawa ke syurga
Kasihnya saudara berkorban raga
Biarpun jiwa akan binasa
Ikhlas dan rela..tanda kasihnya....

Selepas bertanya khabar dan mendoakan semuga kak diberi kesembuhan, kami pun beredar untuk memberi ruang untuk kak berehat. Mulanya kak ditahan di wad sebab suspect denggi, namun hingga ke hari Ahad, doktor masih tidak mengesahkan samada kak kena denggi. Cuma ditahan untuk monitor platelet count kak.

Sehingga posting ini dibuat kak masih di Hospital Taiping, tapi dari perbualan telefon dengan Fariza (kak's eldest daughter) tgh tadi, insya-Allah petang ni kak dah boleh discharged. Alhamdulillah, muga kak diberi kesabaran dalam ujian kesakitan. Bagiku yang tidak merasa punya ibu mertua, dapat menumpang kasih dengan kak adalah satu rahmat. Semuga cepat sembuh kak Akilah, kami semua mendoakanmu.

Friday, October 10, 2008

Info untuk As-Sulaiman~ Salam Dari Abang Saat.@ Wak Ngot..



Adalah saya penyimpan mohor besar directory keluarga dengan ini menyampaikan salam dan hajat dari Abang Saat@Ngot dan Kak Nor sekeluarga yang menjemput semua kaum kerabat dan ahli keluarga As-Sulaiman ke majlis doa selamat dan perhimpunan keluarga 1429H di rumah baru Abang Saat di Taman Tropika, Kulai pada:

BBQ
Tarikh : 25 Oktober 2008 (Sabtu) /25hb Syawal 1429H
Masa : Lepas Maghrib

Kenduri Doa Selamat
Tarikh : 26 Oktober 2008 (Ahad) /26hb Syawal 1429H
Masa : 12 tengahari/lunch

Setiap keluarga diminta membawa hadiah yang bernilai (minimum) RM 20 untuk acara-acara yang insya-Allah gempaq! Sila tunggu pengumuman selanjutnya untuk aturcara dan menu.!

Gambar keluarga ~dari kiri: Yana, Fakri, Abang Saat, Kak Nor, Khairil, Farhan dan Khazrul@Ajun.....sila klik pd gambar untuk imej yang lebih jelas..

Wednesday, October 8, 2008

Catatan Aidilfitri 1429H ; Ziarah Raya ...

Setelah selesai bermaaf-maafan, acara berkunjung ke rumah sanak saudara pun dimulakan dengan rasminya. Destinasi kunjungan pertama ialah ke rumah Abang Mek & Kak Ju di Bandar Putra, Kulai. Kalau tak biasa memang boleh kelam kabut tuan rumah maklumlah 5 keluarga berkonvoi sekali. Kalau dikira kepala adalah dalam 25 orang ahli rombongan kami. Anak-anak sedara semuanya dah bujang-bujang dan dara belaka.

Kalau ziarah rumah Abang Mek memang tak sah kalau tak kena 'paksa' makan. Kak Ju memang akan keluarkan semua juadah yang ada kat dapur. So bermacam gayalah tamu menikmati hidangan, masa ni jangan cakaplah tentang nak diet atau kolestrol. Semua tolak tepi...yang penting hajat tuan rumah kena raikan...kalau tak makan nanti Abang Mek dengan Kak Ju kecik hati..(hehe). Lagipun rendang hijau Kak Ju memang sepcial dan dicari semua orang. Mula-mula niat nak jamah sahaja tapi bila dah pekena ayam masak kicap dan masak merah Kak Ju, lawan pulak kuah lodeh dan serunding daging...hmm...kena Kak Ju pulak tak sudah -sudah hulur lauk top up dari dapur...akhirnya semua surrender kekenyangan.

Lepas sembang-sembang dan bekas kuih Abang Mek pun dah mula surut, kami pun beredarlah meminta diri dan perut yang kenyang untuk ke destinasi seterusnya...

Kunjungan hormat kedua ialah ke rumah abang sulung kami, Abang Sanip dan Kak Nem yang bermastautin di Taman Manis, Kelapa Sawit, Kulai. Pergi rumah Kak Nem ni interesting sebab tiap tiap tahun ada sahaja cookies raya terbaru yang diperkenalkan. Anak-anak Abang Sanip ramai yang tinggal di KL so depa pakat angkut segala jenis kuih terbaru yang ada di pasaran. tahun ni dapatlah kami merasa kuih tart Bengkulu yang popular kat Rawang. Kuih ni ole-ole dari menantu abang Sanip yang terbaru, Eja. Khabarnya kuih ni diperkenalkan oleh orang-orang Bengkulu, Indonesia yang dah menjadi penduduk tetap di Rawang.

Walapun Kak Nem pelawa makan tapi masing-masing yang dah kekenyangan hanya mampu mencicipi kuih muih raya dan air minuman sahaja. Sebab memang dah lama tak jumpa, masing-masing sibuk bertukar khabar dan berborak sakan.

Destinasi ziarah Raya ketiga ialah ke rumah Abang Man (suami almarhumah kakak kandungku Saliha@Wok). Rumah Abang Man dekat sangat dengan rumah mak. Actually kalau jalan kaki lalu kebun belakang rumah pun boleh sampai. Dulu-dulu kami berulang-aling dari rumah Bang Man berjalan kaki sahaja, tapi sekarang kebun tu dah semak, jalan pun dah tutup dek pokok-pokok separa hutan. So kenalah naik kenderaan nak ke rumah Bang Man.

Waktu kami sampai, tinggal Bang Man dan Kak Mis je berdua kat rumah. Anak-anak dah keluar beraya ke rumah abang mereka di Kulai. Terasa sunyi rumah besar tu, tanpa dapat di tahan-tahan hati teringat betapa meriahnya rumah ini dahulu semasa almarhumah kak Wok masih ada . Kak Wok memang seronok sangat kalau adik beradik datang rumah dia. Pernah dulu Kak Wok kecik-kecik hati sebab adik beradik tak datang rumah lamanya. Kami pun memang tak sabar-sabar nak singgah rumah Kak Wok, nak menjamah ayam kurma dan ayam masak merah kak Wok yang tiada tandingnya. Yang pasti aku tidak pernah akan lupa betapa perihatinya Kak Wok pd adik bongsunya ni, sebab setiap kali aku datang pasti Kak Wok dah simpankan kepak untuk ku. Sesungguhnya pemergian almarhumah kak Wok masih dirindui.

Destinasi terakhir untuk hari itu ialah ke rumah Abang Epong dan Kak Zie. Rumah Abang Epong adalah jarak sepenanak tomyam dari rumah mak. La...rupa-rupanya hari ini hari ulangtahun ke-50 abangku itu. So kak Zie dan anak-anak dah readykan surprise B'day Cake untuk Atuk Pong...

Khas untuk Abang Epong; Selamat hari lahir, sesungguhnya umur adalah amanah Allah yang akan dipersoalkan di akhirat kelak, kemana umurmu kau habiskan...dan ingatlah pesan adik bongsumu ini: kejarlah Lima sebelum Lima (Muda sebelum Tua, Sihat Sebelum Sakit, Kaya Sebelum Miskin, Senang Sebelum Sibuk dan Hidup Sebelum Mati)

Selesai acara potong kek, tetamu pun bergerak ke meja makan untuk menikmati lemang dan sambal kayu tempoyak Kak Zie. Rombongan kami kali ini disertai oleh kak Nem anak beranak. So makin meriahlah ziarah aidilfitri. Mana-mana yang masih ada ruang untuk diisi dalam perut tak lepas peluang untuk menjamah hidangan yang disediakan di meja utama. Yang dah surrender setakat menjamah kuih muih. Yang dah mabuk tengok rendang dan lodeh mujur tuan rumah sediakan epal hijau untuk hilangkan muak dan nyah kolestrol. So adalah yang ambil peluang buat air epal hijau. Bila dah ramai memang macam-macam karenah. As for me, duduk diam-diam kat meja kuih sambil makan biskut suji favourite ku dengan air putih. ..

Diam tak diam jam dah menunjukkan pukul 2 lebih. masing-masing belum solat Zuhur lagi, mak kat rumah pun mesti dah risau sebab anak-anak berjalan tak ingat balik. So kami pun menamatkan acara kunjung-mengunjung Raya pertama sampai di sini sahaja. Walaupun hati berat nak berpisah, maklumlah bukan senang nak berkumpul adik beradik macam ni, namun acara perlu diteruskan. Insya-Allah akan ada ruang dan kesempatan lain untuk bertemu. yang pasti setiap pertemuan melakar kenangan dan memori abadi yang tersendiri.

Tuesday, October 7, 2008

Catatan Aidilfitri 1429H ; Raya Pertama ...

Routine 1 syawal bagiku dan kakak-kakak ipar biasanya bermula seawal pukul 5 pagi untuk menyiapkan masakan sayur lodeh yang memang menjadi makanan 'wajib' pagi raya di rumah kami. Selepas subuh biasanya semua makanan telah siap dipanaskan dan hanya menunggu masa untuk dihidangkan.

Di kalangan keluarga Jawa Johor, tradisi munjung masih lagi dikekalkan. Munjung biasanya dihantar kepada ahli keluarga yang lebih tua. Munjung bermaksud mengirim makanan kepada kaum kerabat yang lebih tua sebagai tanda hormat dan silaturrahim. Selalunya setiap pagi Raya maka abang-abang dan kakak-kakak ku yang tinggal berhampiran awal-awal lagi akan berkunjung ke rumah mak untuk menghantar lauk-pauk yang diisi dalam mangkuk tepen (di utara dipanggil mangkuk sia).

Sebagai tuan rumah yang menerima munjung, kami akan membalas pula dengan mengisi mangkuk tepen dengan lauk-pauk kami. Inilah kehebatan tradisi datuk nenek yang begitu indah dan unik. Selalunya kalau pagi Raya maka meja makan utama akan meriah dengan lauk pauk berbagai jenis. Masa nilah kita akan melihat kepelbagaian jenis hidangan silang bangsa. Abang chot memang tiap-tiap tahun akan bawak Burasak (makanan tradisi orang Bugis). So lengkaplah hidangan aidilfitri kami sebab dah berkumpul ketupat, lepat, lemang dan burasak. Tinggal yang nak makan sahaja memilih mana yang berkenan di hati.

Selepas menikmati hidangan yang disediakan, masing-masing mula bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Biasanya semua mengamalkan car pool, maklumlah parking lot masjid kampung kami kecil saja.. Irshad dan papanya antara peserta terakhir yang siap, sebab dah tertinggal shutter servis 'terpaksa' naik motor je ....

Balik dari menunaikan solat sunat Aidilfitri, semua ahli keluarga akan berkumpul untuk sessi bermaaf-maafan atau dalam bahasa Jawa di sebut sebagai "peluputan". Seingatku dulu-dulu kami cuma bersalam-salaman sahaja tapi sejak dunia dah 'maju' ni dah ada nilai tambah pulak dalam acara bermaafan, biasanya selepas bersalaman ada pulak sessi pembahgian duit raya. bebudak memang tunggu saat saat ni. Mana-mana yang puasa penuh masa ni lah mereka mengutip hasilnya.

Rasanya inilah antara saat paling syahdu, maklumlah bukan mudah menuturkan perkataan maaf. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik dan anak beranak..selalunya tanpa sedar kita sering melukakan hati orang yang hampir dengan kita. Mencium tangan mak di pagi raya mengingatkan betapa syurga di bawah tapak kaki Ibu. Begitu sukar membayangkan satu hari nanti aku tidak berpeluang mencium tangan Ibu seperti aku telah kehilangan rahmat mecium tangan ayah di pagi lebaran.

Selesai acara bermaaf-maafan, kami beramai-ramai akan mengunjungi pusara almarhum ayahanda (Sulaiman Sidek) dan dua kekanda (Saliha Sulaiman dan Mohd Zaid Sulaiman) di tanah perkuburan Islam Kulai. Ziarah kubur waktu raya is really a good tazkirah untuk menginsafkan kita supaya jangan terlalu asyik bersukaria kerana kematian sentiasa mengintai dari celah tabir kehidupan.

Monday, October 6, 2008

Catatan Aidilfitri 1429H ; Malam Raya ...

Sebaik sahaja maghrib 30 Ramadhan berlabuh, maka kami anak beranak pun berbuka puasa ala buffet Ramadhan. Bila dah lebih dari 2 keluarga berkumpul, kenalah bentang saprah kat lantai je sebab meja makan dah tak muat....Rasanya inilah iftar pertama dan terakhir bagi Ramadhan 1429H yang melibatkan begitu ramai keluarga as-sulaiman. Masa nilah masing-masing nak test lemang, ketupat dan lepat yang direbus/bakar siang tadi.

Lepas solat maghrib adalah masa yang ditunggu-tunggu bebudak (and bapak budak jugak). Acara bakar bunga api. Tahun ni entah kerana ekonomi melecet atau memang dah insaf, yang ada cuma bunga api untuk bebudak, mercun adalah 2,3 paket. Jiran-jiran keliling rumah pun tahun ni nampaknya sunyi sepi tak berlawan-lawan bunyi mercun macam tahun-tahun sebelumnya. Kampungku yang biasanya meriah dengan bunyi meriam buluh, tahun ni terasa begitu sunyi. hmm...zaman dah berubah, dunia dah maju...

Aku dan kakak-kakak ipar yang lain pun mula beransur ke dapur untuk menyiapkan juadah untuk hidangan pagi syawal. Sesekali bila takbir raya berkumandang di radio IKIM, terasa syahdu menyelinap di kalbu, terkenang orang tersayang yang jauh, terkenang almarhum ayahanda dan ahli keluarga yang telah pergi menemui Illahi...

Catatan Aidilfitri 1429H ; Edisi Pre Raya ...

Mengenang Syawal 1428H yang disambut dalam suasana muram kerana seminggu sebelum Ramadhan mak mengalami femur fracture, syawal tahun ni begitu dinanti-nanti..

Seakan sudah menjadi satu kemestian bagi keluarga kami untuk menikmati hidangan lepat yang disediakan dari air tangan mak. Sebab tu mak kena juga turun tangan untuk menyediakan hidangan 'wajib' ini. Walaupun ilmu ini dah diturunkan pada anak menantu tapi rasanya tak sama. Jadi pagi 30 Ramadhan tu pagi pagi lagi mak dah mula sibuk mengisi kelonsong ketupat dan membungkus lepat untuk anak cucu yang bakal balik.

Anak bongsu mak pagi-pagi lagi dah sibuk ke pasar membeli sayur-sayur basah dan bahan mentah untuk dimasak malam nanti. Lepas balik pasar sempatlah juga tolong mak menyiapkan membungkus lepat. Lepat pulut ni kalau membungkusnya tak boleh ikat ketat sangat, nanti bila direbus pulut tu tak boleh mengembang jadi lepat tu tak elok masaknya.

Siap membungkus tugas orang lelaki pulak untuk merebus ketupat dan lepat. Kalau dulu-dulu ketupat ni direbus dengan menggunakan kayu api, masa tu abang-abang aku masih bujang, masing-masing asyik cari peluang nak mengelat sebab tak nak jaga api. Sekarang ni sebab pokok getah dah habis kena tebang, terpaksa masak dengan dapur gas. Senang dan mudah tapi tak meriah macam dulu. Tak ada lagi suara leteran mak marahkan anak-anak yang tak jaga api...hmm..zaman dah berubah. Masak ketupat ni biasanya mengambil masa 4-5 jam sebelum ketupat betul-betul tanak dan boleh diangkat.

Sebab rumah Abang Epong dekat dengan rumah mak, dalam sibuk-sibuk menyiapkan lepat tu sempat juga aku mencuri-curi masa berkejar ke rumah Abang Epong untuk melihat proses memasak lemang. Ini memang 'tradisi' ku dari dulu, sibuk meninjau ke rumah abang-abang dan kakak-kakak yang tinggal dekat rumah mak untuk melihat persiapan mereka.

Dulu yang paling aku tunggu-tunggu mestilah meninjau ke rumah almarhumah kak Wok. Kak Wok ni masak apa pun sedap..jadi memang aku seronok betul tengok kak Wok menyiapkan dan menumis lauk-pauk.

Kak Zie, isteri Abang Epong orang Masjid Tanah, Melaka sebab tu Abang Epong dah menurun ilmu buat lemang dari mak mertua. Tahun ni Abang Epong pakat-pakat dengan A.Saat dan Kak Nem (Abang Sanip) untuk berkongsi buat lemang. So pagi tu tiga-tiga keluarga hantar wakil untuk bergotong royong. Khabarnya lepas siap membakar lemang tu team yang jaga api 'koma' keletihan dan kepanasan di bawah kipas angin sampai ke petang...

Happy Birthday Dek Pah...

Happy 20th Birthday Dek Pah, semuga usiamu diberkati dan bahagia dunia dan akhirat. Teruskan Perjuangan, kami semua doakan cita-cita Dek Pah nak jadi lawyer pertama dalam keluarga as-Sulaiman akan tercapai.



Salam....

Salam to all, selamat bertemu kembali..rindunya nak berkomunikasi di alam maya setelah seminggu terputus hubungan ..Alhamdulillah, empunya blog selamat kembali dari permusafiran ke kampung halaman semalam.

Harapnya belum terlewat untuk mengucapkan Terima kasih atas bingkisan kek coklat untuk teacher Nor dari keluarga Faris dan Faidhi. Terima kasih En, Nasarudin dan Puan Rosnah yang datang ke rumah menghantar kek raya. Semuga Allah jua yang membalasnya.