Di kalangan keluarga Jawa Johor, tradisi munjung masih lagi dikekalkan. Munjung biasanya dihantar kepada ahli keluarga yang lebih tua. Munjung bermaksud mengirim makanan kepada kaum kerabat yang lebih tua sebagai tanda hormat dan silaturrahim. Selalunya setiap pagi Raya maka abang-abang dan kakak-kakak ku yang tinggal berhampiran awal-awal lagi akan berkunjung ke rumah mak untuk menghantar lauk-pauk yang diisi dalam mangkuk tepen (di utara dipanggil mangkuk sia).
Sebagai tuan rumah yang menerima munjung, kami akan membalas pula dengan mengisi mangkuk tepen dengan lauk-pauk kami. Inilah kehebatan tradisi datuk nenek yang begitu indah dan unik. Selalunya kalau pagi Raya maka meja makan utama akan meriah dengan lauk pauk berbagai jenis. Masa nilah kita akan melihat kepelbagaian jenis hidangan silang bangsa. Abang chot memang tiap-tiap tahun akan bawak Burasak (makanan tradisi orang Bugis). So lengkaplah hidangan aidilfitri kami sebab dah berkumpul ketupat, lepat, lemang dan burasak. Tinggal yang nak makan sahaja memilih mana yang berkenan di hati.
Selepas menikmati hidangan yang disediakan, masing-masing mula bersiap-siap untuk ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Biasanya semua mengamalkan car pool, maklumlah parking lot masjid kampung kami kecil saja.. Irshad dan papanya antara peserta terakhir yang siap, sebab dah tertinggal shutter servis 'terpaksa' naik motor je ....Rasanya inilah antara saat paling syahdu, maklumlah bukan mudah menuturkan perkataan maaf. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula adik beradik dan anak beranak..selalunya tanpa sedar kita sering melukakan hati orang yang hampir dengan kita. Mencium tangan mak di pagi raya mengingatkan betapa syurga di bawah tapak kaki Ibu. Begitu sukar membayangkan satu hari nanti aku tidak berpeluang mencium tangan Ibu seperti aku telah kehilangan rahmat mecium tangan ayah di pagi lebaran.
Selesai acara bermaaf-maafan, kami beramai-ramai akan mengunjungi pusara almarhum ayahanda (Sulaiman Sidek) dan dua kekanda (Saliha Sulaiman dan Mohd Zaid Sulaiman) di tanah perkuburan Islam Kulai. Ziarah kubur waktu raya is really a good tazkirah untuk menginsafkan kita supaya jangan terlalu asyik bersukaria kerana kematian sentiasa mengintai dari celah tabir kehidupan.
No comments:
Post a Comment