Tanggal 24 Syawal yang lalu sekali lagi warga PT 3/5 berpadu tenaga menganjurkan perhimpunan Syawal 1429H. Setiap keluarga diberi peranan untuk menyediakan jamuan secara potluck. Selepas Isyak hampir seluruh keluarga yang mendiami 3/5 mula berbondong-bondong keluar untuk berhimpun di rumah Izad yang bertindak sebgai tuan rumah kali ini.
Selepas semua tetamu dan juadah makanan mengambil tempat masing-masing majlis pun dimulakan oleh tuan rumah yang mengalu-alukan kehadiran semua ahli keluarga 3/5 ke majlis 'shortcut' syawal yang kini sudah menjadi trend penduduk taman perumahan. Al-maklumlah 'kesibukan' bekerja membataskan peluang untuk berziarah dari rumah ke rumah, so perhimpunan Syawal sebegini merupakan shortcut yang cukup praktikal untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaafan sesama kita.
Selepas doa pembukaan dibacakan oleh Ir Ahmad Fuaad maka tanpa membuang masa acara makan-makan pun dimulakan dengan lafaz Bismillah..
Bagi kaum hawa PT 3/5 acara-acara bersama macam ni memang ditunggu-ditunggu. Banyak cerita-cerita menarik yang nak dikongsikan. Paling tidak pun bertukar khabar...
Menjelang 12 tengah malam, tetamu pun mula beransur-ansur pulang, selepas menolong tuan rumah mengemaskan baki-baki makanan yang tinggal. kami pun minta diri. Alhamdulillah berakhirlah majlis perhimpunan Syawal 1429H. Semuga Allah akan memperkukuhkan tautan hati ini. Ameen.
1 comment:
Salam,
Ir Ahmad Fuaad Kasim adalah insan istimewa yang telah memberi segala kudratnya kepada perjuangan orang Melayu dan pembangunan ilmu orang Melayu terutamanya di dalam bidang Kejuruteraan Elektrik. Saya berasa terkejut dengan kehilangannya, ALLAH telah memanggilnya dahulu sebelum kita sempat menimba ilmu lebih mendalam dari beliau.
Pada kami warga Unit Elektrik Pejabat Harta Bina (Pejabat Pengarah Kerja) kami kehilangan seorang guru yang praktikal dan sangat senang didekati untuk bertanya tentang ilmu.
Kami doakan agar guru kami ini dimasukkan ke dalam Syurga dan dijauhkan azab kubur serta dipercepatkan hisabnya.
Ahmad Khairul Nizam
Pejabat Harta Bina
FKE 1990 - 1995
PPK 1996 - kini
Post a Comment