Hari ini sekali lagi hati bergetar bila suami beritahu tentang kemalangan yang nyaris ditempuhi dalam permusafiran kembali dari JB awal Subuh tadi. Sesungguhnya ini menginsafkan ku betapa setiap yang kita "milikki" (anak-anak, suami dan harta) tidak lebih hanyalah pinjaman semata-mata. Setiap waktu kita hanya mampu menyediakan dan memberi yang terbaik untuk yang kita kasihi. Supaya apabila sampai waktu untuk mengucapkan selamat tinggal tiada rasa sesalan atau terkilan yang menggunung di nurani yang paling dalam.
Alhamdulillah, sebagi tanda kesyukuran kerana suami selamat sewaktu permusafirannya, petang ni aku berniat nak buat nasi brayani special untuk suami. Kebetulan Dek Dah pun ada di rumah so bolehlah membantuku di dapur. Benarlah seperti bidalan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..walaupun pertama kali masak nasi baryani dan kekurangan beberapa bahan asas, Alhamdulillah ...menjadi!
2 comments:
Salam..thanks for the beriani.. teman bukan kisah sama ada beriani gam, mamak, sri putra, sri putri, dsbnya... kalau beriani atau berani..janji boleh melepasi tekak yg telah mula memilih ini, Alhamdulillah. Ini adalah kerana Allah telah menarik kembali sikit selera makan dan ini yg buatkan kita terpaksa memilih kalau tak mahu makan yg masuk keluar terlalu cepat melalui jalan yang kita makan pulak tu... Wallahu a'lam..
hmm...takpe yeop..teman faham...
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan,
Teman budak baru nak belajar,
kalau salah yeop tolonglah tunjukkan yea!
Post a Comment