Menyambung catatan ziarah Aidilfitri yang terhenti seketika;
Pagi 3 Syawal tu aku dan suami merancang untuk meneruskan ziarah raya ke rumah kak Sarah di Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat. Sebelum bertolak ke rumah Kak Sarah, kami singgah beraya di rumah Bang Man sebab suami belum pernah beraya ke rumah Bang Man. Walaupun dari rumah dah bersarapan nasi goreng dan cucur bilis sampai rumah Bang Man, Lynn offer pulak makan nasi lemak bungkus daun pisang..tak sampai hati nak tolak, jamah juga sikit...
Trip ziarah kali ni akan disertai oleh keluarga Abang Sanip, so kami stop sekejap di Taman Manis sambil menunggu Kak Nem dan anak-anak daranya bersiap. Ziarah kali ni ada tambahan dua menantu Abang Sanip, Tun dan Eja. Welcome to the club Tun dan Eja! Sekali lagi kami dipelawa breakfast tapi terpaksa ditolak sebab dah tak ada ruang nak isi... lebih kurang jam 10:30 pagi kami pun bertolak dari Taman Manis dan tiba di rumah Kak Sarah lebih kurang jam 11:40.
Balik kampung macam ni sebenarnya penting dalam proses memperkukuhkan persaudaraaan. Sepupu-sepupu yang dah ramai kadang-kadang tak kenal sesama sendiri, apatah lagi bila masing-masing dah berkeluarga dan sibuk dengan urusan sendiri. Kalau dapat jumpa setahun sekali pun paling tidak masih ingat muka hingga ke tahun berikutnya.
Balik kampung juga biasanya yang paling seronok adalah budak-budak. Masa nilah cucu-cucu Abang Sanip yang duduk di Kota Damansara berpeluang mengenal suasana kampung yang masih belum tercemar. Dalam baru berkenalan tu sempat juga anak-anak dara Kak Nem kenen sepupu diaorang untuk belanja ais krim. Seronok Pakcik Pakistan yang jual aiskrim tu sebab tiba-tiba laku pulak ais krim dia. Rezeki Syawal...
Adab bertandang ke rumah Kak Sarah ni memang tak sah kalau tak makan nasi, bila tahu kami nak datang, Kak Sarah terus kerah anak menantu yang ada di rumah untuk masak apa yang ada. Dalam Kak Sarah kata "..tak ada lauk" tu kami berpeluh-peluh menyuap nasi putih dengan ayam masak kicap, sambal belacan, ulam raja, ikan masin dan sayur bening.
Lepas hubby and the guys balik dari Solat Jumaat, kami pun pamitan untuk bertolak balik. Sebelum balik tu kami singgah pulak ke rumah Abang Chot@Roslin di Felda Layang-Layang, Simpang Renggam. Sebab anak-anak Abang Sanip memang dah biasa sangat dengan Cik Chot dan Cik Kam, semua pakat serbu ke dapur mencari kuih makmur Cik Kam. Kak Alis as usual terus sinsing lengan tolong Cik Kam goreng mee dan buat sambal tumis udang.
Masing-masing puji sambal tumis Cik Kam sedap, sampai licin mangkuk diaorang kerjakan. Tapi tabik kat along Zamri sebab berjaya menahan godaan untuk makan. Dari rumah Wak Sarah tadi dia tolak nasi, sampai rumah Cik Chot pun jamah kuih makmur je. Paksu pun mula-mula tolak juga tapi bila tengok maksu makan mee goreng dengan sayur kacang, Paksu pun tak tahan suruh ambikkan sepinggan..hehe. Takpelah yang lain dah wakil makankan bagi pihak along. Lepas habis mee goreng dan kuih Cik Kam kami kerjakan, kami pun minta diri untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing. Alhamdulillah berjaya juga kami menghabiskan dua rumah hari ni.
No comments:
Post a Comment