
Duduk (dari kiri): Abang Salleh, Mohd Haikal Helmi dan Kak Samidah
Sabtu 18 Syawal; ada jemputan open house di palong, Negeri Sembilan, rumah Abang Salleh. Walaupun kepenatan sebab baru balik dari bawa anak-anak Al-Fatih beraya ke 9 rumah di sebelah paginya, ku gagahkan jua memandu demi memenuhi hak saudara. Bertolak dari BSP jam 3:30 petang sebab perjalanan ke Palong mengambil masa lebih kurang 2 jam, kiranya sempat lagilah sampai in time. Abang Salleh kata open house start jam 3 ptg.
Alhamdulillah, memandu bersendirian memberi peluang untuk ku menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan. Walaupun hujan lebat sebaik melepasi jambatan besi Batu Kikir, aku selamat sampai ke rumah Abang Saleh jam 5:30 petang. Masih ramai tetamu sedang menikmati juadah air tangan Kak Midah sendiri. Laksa Johor dan Nasi dagang merupakan menu utama disamping lemang, rendang, puding cocktail dan kuih-kuih raya.

Tak habis malam tu, esok pagi sambung lagi mengemas. Akhirnya lunch kami makan nasi dengan sayur bening dan ikan kering je, sebab masing-masing dah tak larat nak masak. Pukul 4 ptg aku bertolak balik ke BSP bersama Nurul Nazirah anak ke-2 abang Salleh yang duduk di asrama puteri SMK Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Selepas menghantar Nazirah, aku pun meneruskan perjalanan dan sampai di BSP sekitar jam 6:30 ptg.

No comments:
Post a Comment