Wednesday, December 2, 2009

Anak buat salah berkali2...terus HUKUM atau tunggu dulu?

Wahai Ibu-Bapa dan pendidik,

Apa jawapan pertama yang terlintas di hati tatkala membaca tajuk posting di atas ?

Kes study 1:
Upin sudah diingatkan berkali kali supaya jangan berebut mainan dengan adik yang sedang bermain, Ibu pun pergi ke dapur, baru nak capai periuk nak masak nasi...tiba tiba terdengar jeritan kuat si adik, bila Ibu datang, adik mengadu "Abang Upin rampas mainan adik"..Apa tindakan anda ?


(sila isikan tempat kosong......)





Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Suruhlah anak-anakmu mengerjakan solat pada usia 7 tahun dan pukullah mereka (jika tidak solat) pada usia 10 tahun dan pisahkan mereka ditempat-tempat tidur". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Rasulullah mengajar kita untuk menyuruh anak solat seawal usia 7 tahun dan hanya pukul (jika masih enggan solat) pada umur 10 tahun. Jika perkataan perkataan ini ditukar kepada angka ...

5 kali (waktu solat) x 365(hari dlm setahun) x 3 tahun
Suruh 5475 kali sebelum rotan.



Semakin digali ilmu Allah semakin terasa cetek sungguh ilmu ku tentang pendidikan anak anak...

1 comment:

jay said...

lagu yg sedap dan penuh makna. saya akui amat takut pd kematian kerana mengenangkan dosa2 yg telah di lakukan. Moga ALLAH mengampuni diri ini.Aminnn