Kesempatan bertemu dan berdiskusi dengan seorang kenalan tentang kisah 'kegagalan' rumahtangganya benar benar membuat aku kehilangan kata kata. Kisah benarnya sedikit sebanyak menyingkap tabir hikmah yang selama ni tidak mampu ku tembusi hijabnya.
Sukar sekali memahami bagaimana sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar 'cinta' setelah sekian lama berakhir dengan tragedi. Seolah olah cinta dan kasih sayang yang dulunya ibarat kisah 'laila majnun' hilang dalam sekelip mata dan lebih menyedihkan bertukar menjadi dendam dan persengketaan yang tidak bersempadan.
Berkali kali aku meminta penjelasan darinya, tidak tersisakah cinta atau paling kurang rasa ihsan kepada bekas pasangan yang telah berkongsi segalanya selama ini. Apapun yang berlaku, tak mungkin tidak ada lansung kemanisan dan kebahgiaan yang pernah dikecapi selama bertahun tahun berkongsi kehidupan, apatah lagi mereka telah dikurniakan beberapa cahayamata. Namun kemaafan seolah olah telah terpadam dari kamus hidupmu ketika ini.
Wahai teman,
Jika kau benarkan aku berbicara, maka lihat dan ambil pengajaran lah dari apa yang berlaku disekelilingmu. Dunia ini hanyalah persinggahan sementara untuk menuju ke dunia yang kekal abadi. Sibukkanlah dirimu untuk menyediakan bekalan ke negeri abadi itu nanti. Aku bukan kaunselor rumahtangga yang paling layak untuk memberi nasihat, tapi aku tahu bagaimana rasanya kehilangan seorang insan yang bergelar suami. Aku meyakini Allah tidak akan menzalimi hambaNya. Selepas mendengar kisahmu, aku bersyukur kerana Allah mengambil suamiku di saat kami dalam suasana berkasih sayang kerana aku tidak mungkin mampu menghadapi ujian yang sedang kau tempuh ketika ini.
Usah kau biarkan dirimu terbelenggu dengan dendam dan kebencian. Ia hanya akan merosakkan jiwa dan memesongkan tumpuan dan matlamat insan yang sepatutnya adalah untuk mencari keredhaan Tuhannya. Semuga kau bertemu jalan pulang yang terbaik.
1 comment:
Salam Nor. Menarik tulisan awak kali ni. Namun hanya tuan punya badan yg tahu apa yg di rasakan. kadang2 kita terpaksa menjadi seorang penipu untuk melindungi aib sesaorang. Bak kata org berat mata memandang hanya bahu yg memikul tahu akan kesakitan dan penderitaan. Kdg2 cinta masih bertapak di hati, rindu masih menyelinapi dalam jiwa tapi mencari jalan terbaik mungkin dengan perpisahan. Wallahhualam. Kita doakan yg terbaik utknya.
Post a Comment