Saturday, July 3, 2010

3 wajah takdir....

Alhamdulillah, hari ini dapat menunaikan undangan walimah Hanin & khairul di Putrajaya. Tahniah kepada pasangan pengantin muda, semuga mendapat keberkatan dalam perkahwinan ini.


ketika memeluk erat pengantin sambil mengucapkan tahniah dan doa pengantin baru, Hanin sempat mengucapkan takziah kerana ini memang pertama kali kami bertemu sejak Hanin ke USA melanjutkan pelajaran tahun lepas. Ahh...betapa kerdil dan jahilnya manusia dalam percaturan kehidupan ini.

3 wajah ini pernah berada di atas pentas yang sama suatu waktu dahulu..



November 2006
Hanin dan allahyarham suami berdiri di pentas menyampaikan sijil tamat pra sekolah pd graduan al Fatih 2006
Ilyana Syamira menerima sijil yg disampaikan allahyarham suami (Ir Ahmad Fuaad)






July 2010


Hanin tersenyum bahagia di hari dua hati disatukan sebagai Raja Sehari...


Ilyana Syamira - kehilangan ayah, sept 2009 pada usia 9 tahun

Dan....suamiku.....kembali menemui Raabnya January 2009..


Aku ? masih berjuang untuk mencari jalan menuju destinasi keredhaan Tuhannya....

1 comment:

kiz said...

Takziah ya kak...tersentuh hati bila saya melayari blog ni...