Sepanjang jalan kehidupan ini aku bertemu dengan terlalu ramai insan istimewa yang setiap satunya menempati ruang tersendiri dalam kamus hidupku. Bingkisan dari nuraniku ini untuk menyatakan betapa mereka akan sentiasa dekat dihatiku...insya-Allah
Thursday, July 4, 2013
When the going gets tough...the tough get going
Thursday, June 13, 2013
The power of niat
SubhanAllah jika diterjemah secara literal mungkin ada benarnya begitu...namun sakit yang dideritai hampir 7 bulan mengizinkan aku menyingkap hikmah disebalik 'the power of niat'.
Selepas didiagnose mengidap kanser, sukar sekali menahan tekanan ketakutan, kejutan, kebelum-sediaan untuk mati dan berbagai emosi negatif yang datang tanpa diundang. Syukur di saat diri diuji, Allah tidak pernah meningalkan aku sendiri. Terasa betapa bertuah diri kerana begitu ramai yang menyayangi.
Keluarga dan sahabat inilah yang telah menjadi talian hayat sepanjang aku berjuang melalui rawatan yang menyakitkan. InshaAllah akan kunukilkan kisah ttg insan insan teristimewa ini dlm isu akan dtg, inipun janji juga....Allahuakbar
Bermula dari detik pertama bertemu pakar onkologi di HKL aku telah berniat sebelum keluar rumah "Ya Allah, aku pergi ke hospital untuk memenuhi sunnah orang yg sakit, aku mahu berusaha untuk sembuh ya Allah, jika kesembuhan ini baik untukku, maka kau mudahkan ya Allah, supaya aku dapat menyambung amal solihku ya Allah.". Aku pergi dengan sedar dan tawakkal bahawa penyakit dan penawar datang daripada Allah, ini sangat berbeza dgn sebelumnya apabila aku sakit aku ke klinik tanpa niat...jadi ia hanya menjadi rutin. Hasilnya aku lebih positif dan bermotivasi melalui setiap detik malah ada masanya merasa teruja menanti what's next.
Pada hari pertama kimoterapi dan pada setiap sessi yang seterusnya hingga yang terakhir aku berniat sebelum melangkah ke dalam kereta.." Ya Allah..aku pergi untuk menerima rawatan, sekiranya ia baik untuk dunia dan akhiratku ya Allah kau jadikan dia asbab kesembuhanku ya Allah. Aku ingin memperbaiki semua kesilapan dan kejahilanku ya Allah, izinkan aku sembuh supaya aku boleh terus menyambung amal ku, izinkan aku terus berkhidmat untuk ibuku yang telah tua ya Allah.. ...".
Akhirnya niat menjadi satu yang sangat penting bagiku, ia bukan sekadar iktikad malah niat itu memberi kekuatan spiritual, menyedarkan bahawa tiada satu juzuk pun daripada kehidupan ini yang terpisah dari keterikatan dan ketergantungan daripada mengharap rahmat dan redha Allah semata mata. Sungguh ia tidak semudah yang disebut, kesakitan, kekecewaan, penderitaan tetap hadir menghiasi sepanjang tempoh rawatan, namun kekuatan keyakinan bahawa Allah berada bersamaku, Allah mendengar niatku, Allah tidak akan sekalipun melupakanku membantu menjadikan semuanya lebih bermakna.
Kini setiapkali membuka hadis 40, aku lebih mengeri mengapa hadis pertama adalah berkaitan niat..
So many things to share..yet..so little time left...
Aku ingin sekali menulis buku, memang itulah antara cita cita yang belum ku usahakan sepenuhnya. Aku pernah berjanji pada almarhum suami, aku akan membukukan kisah 'cinta halal' kami yang unik. Aku berharap ada pengajaran yang boleh dikongsi bersama tentang 'perjuangan' kami untuk membina sebuah keluarga poligami yang menentang arus..
Aku mahu berkongsi perit jerih membina perniagaan sendiri
Aku bermimpi dapat menulis pengalaman mendidik anak anak pra sekolah
Aku punya hasrat untuk menulis tentang pengalaman diuji dengan penyakit kronik
Ohh...menulis blog sahaja tidak mampu istiqomah, bagaimana mahu menulis buku.
Saturday, February 16, 2013
Hitung kesyukuran bukan kesukaran....
Kematian dengan cara apapun sentiasa muhasabah buat diri, apatah lagi buat diri yang telah diberi 'amaran awal', setiap kematian meninggalkan kesan yang mendalam dalam hati. Hari hari selepas itu agak tenang di wad. Buat bekas sukarelawan hospital Johor Bahru satu masa dulu, agak mudah untuk aku mengambil kesempatan bermesra dgn pesakit pesakit. Apatah lagi kami senasib...
Majoriti pesakit di Wad ini ceria dan sentiasa ramah mesra, cuma mungkin teragak agak untuk memulakan. Aku bersyukur kerana dikurniakan muka yg mudah mesra. Tak kira bangsa apa aku akn tegur. Sampaikan ada satu aunty (berbangsa India) ni melekat dgn aku. Ada satu pagi tu aku teringin nak beli kuih pau di hospimart yg berdekatan, aunty ni sibuk nak ikut...Nurse pesan apa kat aku " akak kena tolong jaga dia ya sbb dia ni ada " kurang sikit" ...Aku: "huh..!" kenapalah aku tak perasan sebelum ni?
So sepanjang jalan dia paut lengan aku dgn kuat dan dia berhenti hampir di setiap pokok bunga untuk mengambil bunga yg wangi utk dibuat kalungan bunga..well this is the seronok part, pengalaman yg menarik..lepas ni nobody can claim aku tak support 1 Malaysia....hehehe.
Satu perkara yg aku notis dan agak menyedihkan ialah agak ramai pesakit yang mengambil mudah soal solat sewaktu sakit. Inilah sebenarnya ujian bagi orang yang ditimpa musibah. Terlalu
menghitung kesukaran sehingga lupa bersyukur. Aku kagum dengan seorang teman yg mengidap kanser tulang. Tulang pinggulnya patah bukan kerana jatuh atau kemalangan tapi kerna kanser yg telah mereputkan tulangnya , tulangnya patah hanya kerana dia bergerak agak kuat. Kini dia hanya terbaring dan tidak mampu bergerak. Kami berkenalan bila tanpa sengaja aku datang menziarah dan terlanggar kakinya, dia menjerit hingga aku panik! Selepas itu aku sering dtg untuk bertanya khabar. Dalam kesakitan itu aku melihat dia tidak tinggal solat dan sentiasa membaca al quran. Tiada siapa menjaganya di hospital tapi di tepi katilnya sentiasa tergantung spray air yg digunakan utk berwuduk
Aku bertanya sendiri adakah kejahilan yang mendorong mereka tidak solat atau mereka menjadikan sakit satu alasan untuk tidak solat. Aku perasan di surau banyak buku buku terbitan jawi ttg cara cara solat orang sakit. Tapi buku itu sendiri pun kelihatannya tidak disentuh. Oh banyak lagi kerja kita sebagai khalifah dan daie. Ya Allah berilah aku kekuatan untuk menjalankan tanggungjawab mengingatkan mereka untuk menunaikan rukun islam yg kedua ini.
Aku pernah mempelawa mkcik yg duduk di katil berhampiran untuk sama sama solat disurau, tapi dia memberi alasan "macamana nak solat, tangan mkcik sakit" . Aku juga ingin berpesan pada anak anak atau waris yg menjaga pesakit di hospital, inilah antara tugas utama anda. Bukan sekadar meladeni keperluan fizikal seperti makan minum tetapi keperluan rohani yang lebih utama. Pernah sekali aku merasa sangat geram pd seorang anak remaja yg menjaga ibunya, ibu itu mengalami kesukarn bernafas jadi kelihatan resah. Sang anak sibuk ber'fb' dengan laptopnya. Aku membantu menggosok dadanya dan menyapu minyak kapak kerana dia mengadu pening. Aku betulkan tempat baringnya dan meminta dia mengingati Allah, selepas dia berzikir memang nampak dia sedikit tenang dan boleh berbual.
Ya Allah dalam doa doaku aku sering memohon, Ya Allah aku sedang belajar redha menerima ujian kesakitan pada fizikalku namun jangan kau sakitkan imanku ya Allah. Luluskan aku dalam ujian ini ya Allah, kerana dalam ujian kesakitan ini samada aku lebih hampir padaMu atau aku makin jauh meninggalkanMu ya Raab.
Tuesday, July 17, 2012
Marhaban Wa Ahlan Ya Ramadhan
Friday, December 30, 2011
Sesungguhnya manusia INI dalam kerugian....
Bila di pusat pengajian tinggi belajar hanya apabila di bilik kuliah atau bila ada group study
Kini aku sedar hidup ini adalah kelas dan kehidupan ini adalah guru...
Sukarnya bangkit dari sebuah musibah yang menguji kekuatan iman insan. Kadang kadang hati teguh seperti karang yg tetap tegap walau dilanda badai...tidak kurang juga waktu hati ini mendung seperti cuaca di musim tengkujuh...
Sejujurnya telah lama aku tidak peduli pada taman kecil di depan rumah semenjak pemergian arwah suami. Kesian taman yg tidak berdosa ini menjadi mangsa hati yang gagal dikuasai. Suatu pagi Allah menggerakkan hati untuk membersihkan pokok pokok di taman ini. Subhana-Allah, Maha suci Allah, yg menizinkan aku belajar dari kehebatan ciptaanNya. Tanaman yg telah lama tidak dipeduli tetap bertunas. Malunya aku pd diri, begitu kuat azammu pokok, walau tidak dipeduli tuanmu, kau tetap tumbuh. ...aku sedar aku bukanlah 'tuanmu', aku hanya penjaga yg diamanahkan untuk memeliharamu.
Wahai hati, wahai iman bangkitlah dari 'kealpaan'...lihatlah kelilingmu dan ambillah pengajaran, tunas baru akan sentiasa tumbuh. Belajarlah dari 'ketaatan' pokok terhadap pemiliknya...
Tuesday, September 13, 2011
Monday, September 12, 2011
Salam Eidul Fitri 1432H
Rasanya sudah terlalu lama rumah ini tidak menerima tetamu dalam jumlah yang ramai. Kali terakhir aku menjemput tetamu datang ke rumah ialah semasa aku dan arwah suami pergi Haji tahun 1429H. Selepas hampir 3 tahun, akhirnya Syawal ini hatiku tergerak untuk mengajak staff staff al Fatih yang telah ku anggap sebagai saudara sendiri untuk datang ke rumah. Alhamdulillah, dengan bantuan deq Pah, kami berjaya menyediakan nasi tomato dan lauk pauk dari air tangan sendiri untuk dihidangkan kepada para tetamu.
Alhamdulillah, muga muga kehadiran mereka membawa 1000 rahmat dan keceriaan kembali ke rumah kami.
Wednesday, September 7, 2011
Kemaafan
Berilah kemaafan itu
Lepaskan segala belenggu
Tanpa berpaling lagi
Pada dendam dan amarah
Berilah senyuman itu
Ikatkan doa yang suci
Pada salam yang terhulur
Pasti jiwa kan terhibur
Berilah hati itu
Bebaskan segala yang terbuku
Tanpa diguris duka
Pastikan dia bahagia
Berilah apa yang dipinta
Dengan apa yang kau ada
Pasti Tuhan menilainya
Diberi kelapangan jiwa!
Saturday, July 23, 2011
Salam Ramadhan Al Mubarak
Salam Ramadhan Al Mubarak kepada semua sahabat handai,saudara mara jauh dan dekat. Kehadiran Ramadhan sesungguhnya satu hadiah agung daripada Allah kepada kita.
Aku berdoa semuga Allah memberikan kesihatan yang baik, iman yang mantap, iltizam yg tinggi kepada diriku dan semua untuk mengharungi ramadhan dengan sebaik baik amal, mendapat rahmat dipermulaanya, keampunan di pertengahannya dan keselamatan dari api neraka di penghujung ramadhan.
Melalui detik kehadiran Ramadhan ke-3 tanpa suami di sisi sangat menyentuh hati, dengan izin Allah aku akan terus belajar untuk tabah mengharungi sisa sisa kehidupan ini dengan berani. Aku amat yakin Allah Maha tahu apa yang terbaik untuk diri kerdil ini.
Saturday, February 5, 2011
Down Mubarak !

BERSAMA MENYAMBUT ERA DEMOKRASI DI MESIR
Memorandum kepada Amerika Syarikat
4 Februari 2011
Kami, rakyat Malaysia yang prihatin, penegak kebenaran, kebebasan, keadilan, hak asasi manusia dan demokrasi, percaya bahawa pergolakan di Mesir sekarang ini mesti berakhir dengan kemuncak tuntutan rakyat Mesir dipenuhi.
Selepas tiga dekad pemerintahan yang zalim, rakyat Mesir tanpa mengira kepercayaan agama, kedudukan sosial atau kumpulan sekutu telah membuat tuntutan dasar untuk perubahan rejim. Hosni Mubarak mesti meninggalkan takhta presidennya segera.
Inilah satu-satunya tuntutan yang dibawa semasa Perarakan Sejuta Manusia ("million man march") pada 1 Februari 2011. Peristiwa seterusnya telah menjadi semakin buruk dengan tindakan ganas yang dimulakan oleh penyokong Hosni Mubarak ke atas perhimpunan aman di Medan Tahrir. Keganasan ini boleh merebak.
Amerika Syarikat jelas mempunyai pengaruh yang besar ke atas Hosni Mubarak. Sudah tiba masanya bagi Amerika untuk menyatakan pendiriannya, tanpa syarat, bahawa Mubarak mesti berundur. Peralihan dan transisi yang baik ("the orderly transition") mesti bermula dengan Hosni Mubarak berundur. Dengan cara itu sahajalah Amerika Syarikat boleh mendakwa bahawa ia mendengar suara rakyat Mesir.
Rakyat Mesir berhak kepada perubahan rejim. Rakyat Mesir berhak kepada kebebasan, hak untuk menentukan dan membina masa depan mereka sendiri.
Kami dengan ini, atas semangat solidariti bersama rakyat Mesir, menuntut perkara-perkara berikut:
- Bahawa Hosni Mubarak mesti berundur serta merta;
- Bahawa Amerika Syarikat mesti menggesa agar Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan serta merta;
- Bahawa Masyarakat antarabangsa bertindak untuk:
- memastikan keganasan tidak berlarutan,
- memberi tekanan ke atas Hosni Mubarak untuk meninggalkan takhta persidennya serta merta,
- meminta agar kerajaan perpaduan ("government of national unity") ditubuhkan yang akan berperanan sebagai "care taker",
- membantu mengadakan pilihanraya adil dan saksama yang diselia oleh pihak antarabangsa;
- Bahawa semua rejim yang zalim terutama di Timur Tengah mesti mengambil iktibar dan pengajaran daripada peristiwa yang sedang berlaku dan mendengar suara rakyat mereka
Parti-parti politik, Pertubuhan Bukan Kerajaan dan Rakyat Malaysia yang Prihatin
Sunday, January 30, 2011
Wednesday, November 10, 2010
Sunday, August 22, 2010
Tetamu 2/3 Ramadhan
Alahmdulillah, tahun ni aku dan anak anak buah berjaya melawan nafsu dari mengunjungi bazaar Ramadhan, semua makanan berbuka dan sahur disediakan sendiri dan ala kadar sesuai dgn motto "Kurangkan Juadah, Lebihkan Sedekah".
Cuma 11 Ramadhan special sikit sebab meraikan anak anak buah yang berbuka di rumah.
Monday, August 9, 2010
Saturday, July 3, 2010
3 wajah takdir....
3 wajah ini pernah berada di atas pentas yang sama suatu waktu dahulu..
July 2010

Aku ? masih berjuang untuk mencari jalan menuju destinasi keredhaan Tuhannya....
Wednesday, June 30, 2010
Menerobos Sempadan Diri@Sg Congkak
Friday, June 25, 2010
Di sini kita pernah bertemu...
Mencari warna seindah pelangi
Ketika kau menghulurkan tanganmu
Membawaku ke daerah yang baru
Dan hidupku kini ceria
Kini dengarkanlah
Dendangan lagu tanda ikatanku
Kepadamu teman
Agar ikatan ukhuwah kan
Bersimpul padu
Kenangan bersamamu
Takkan ku lupa
Walau badai datang melanda
Walau bercerai jasad dan nyawa
Mengapa kita ditemukan
Dan akhirnya kita dipisahkan
Mungkinkah menguji kesetiaan
Kejujuran dan kemanisan iman
Tuhan berikan daku kekuatan
Tuhan ada janjinya
Bertemu berpisah kita
Ada rahmat dan kasihnya
Andai ini ujian
Terangilah kamar kesabaran
Pergilah derita hadirlah cahaya
Monday, June 21, 2010
Craving For Durian...
Kalau kat pasar malam BSP entah dah berapa kali lalu depan lori durian tapi tak juga punya keberanian nak membeli.
Akhirnya ku pendamkan sebuah keinginan itu kerana tak penting berbanding isu kemanusiaan di Gaza atau kembalinya wira wira Flotilla.
Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar dan Mengetahui isi hati hamba hambaNya. Sabtu lepas kakak ipar dan anak anak buah datang dari Johor dgn beberapa biji durian kulai, tanah kelahiranku.
Alhamdulillah, Alhamdulillah....terima kasih atas kurniaan rezekiMu ya Allah.
Al Fatih Family Day 2...PD Sunset Dinner
Tempat cantik, makanan sedap tapi sayang kemudahan asas sangat mengecewakan. Hanya ada satu wakaf kecil untuk di share solat lelaki dan perempuan, tempat ambil wudhu' terbuka pula tu. Tandas lansung tak boleh digunakan. So kalau ada sesiapa nak cuba tempat ni, plan masa baik baik supaya tak bertembung waktu solat atau masa emergency nak ke bilik air...






