Thursday, November 20, 2008

Kenduri Doa Selamat

Alhamdulillah, kenduri doa selamat yang dirancang pada saat-saat akhir berjalan lancar. Terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara, jiran tetangga, warga al-Fatih/SAFF dan semua tetamu yang sudi hadir dan mendoakan pemergian kami nanti.

Sekalung penghargaan buat mereka yang membantu melancarkan perjalanan majlis. Pada Kak Akilah yang datang membawa dua periuk besar bubur durian dan Kak Izar for her marvellous puding roti - terima kasih. Pada keluarga Abang Saleh, Lynn, Ujang dan Dek Pah yang bertungkus lumus di dapur dan kemudian membantu mengemas rumah- muga Allah jua yang membalas budi kalian semua.


“AKU menyahut panggilanMu wahai Tuhanku! Aku menyahut panggilanMu! Tiada sekutu bagiMu, aku menyahut panggilanMu! Sesungguhnya kepujian dan kenikmatan itu bagiMu, juga kerajaan tiada sekutu bagiMu! Aku menyahut panggilanMu dengan haji yang benar-benar penuh dengan ibadat dan perhambaan!”

Friday, November 14, 2008

Monolog...

Kesibukan yang tidak bertepi akhir-akhir ini membuat diri menginsafi betapa singkatnya kehidupan yang dipinjamkan. Begitu banyak amanah yang perlu digalas, begitu terhad pula kudrat yang ada. Tamsil kehidupan ini tidak lebih dari melihat dari sebalik sebiji gelas. Hanya bekalan iman dan taqwa (iT) yang akan memandu adakah kita melihat kehidupan dari perspektif gelas kosong mahupun berisi.

Memandu pulang selepas hantar hubby ke LCCT, aku menginsafi begitu luas nikmat Allah yang perlu disyukuri..menggamit jiwa ini untuk berhenti sebentar di tepi jalan dan bertasbih memuji keindahan kejadianMu yang begitu sempurna.

Ya Allah, pandulah jiwa kami...terimalah aku dan suamiku sebagai tetamuMu yang istimewa. Jadikanlah permusafiran ini rehlah Rabbaniah yang akan mengubah sempadan iman kami...

Thursday, November 6, 2008

Demam IHTIFAL is in the air....

Sejak naik cuti Syawal ni teacher-teacher al-Fatih dah mula diulit kesibukan yang amat sangat, selepas berhempas pulas menyiapkan report assessment untuk setiap anak-anak al-Fatih dan kemudian berhadapan dengan Ibu bapa dalam Parents-Teachers Conference, sekarang demam IHTIFAL pula melanda.

Tahun ni insya-Allah Annual IHTIFAL bakal berlansung di Auditorium EIMAS, BBB.

Selain bergotong royong menyiapkan props dan segala macam urusan berkaitan ihtifal dan graduasi, rehearsal untuk persembahan juga berjalan setiap hari. Alhamdulillah anak-anak al-Fatih dan teacher-teachernya bersemangat waja, mereka berlatih dan berlatih tanpa jemu untuk memastikan persembahan pada hari yang sebenarnya berjalan lancar.

Monday, November 3, 2008

Al-Fatih Kids Berhari Raya...

Mengekalkan tradisi yang telah dimulakan sejak tahun pertama penubuhannya, Syawal 1429H kali ini sekali lagi anak-anak al-Fatih akan berziarah raya ke rumah kawan-kawan mereka. Seawal 8 pagi 18 hb Syawal yg lepas, anak-anak telah berkumpul dengan 'Baju Raya' mereka. SubhanAllah, comel-comel dan segak betul masing-masing bila mengenakan baju melayu dan baju kurung siap dengan hijab.

Alhamdulillah, walaupun Bandar Seri Putra dilanda krisis air selama beberapa hari, kami sangat menghargai kesudian Ibu Bapa yang sanggup menerima kehadiran kami. Ziarah Raya kami kali ini meliputi area Putra Tropika, Putra' 96 dan De Sentral.

Irdina Syuhada Muazmir - PUTRA TROPIKA

Adlina Ezrin - PUTRA TROPIKA

Asma Nabihah/Asma Najibah - PUTRA TROPIKA

Ishraf Izad - PUTRA TROPIKA
Di setiap rumah yang kami singgahi, selain menikmati juadah yang disediakan tuan rumah, anak-anak akan bertakbir memuji kebesaran Illahi. Tahun ni kami berjalan agak jauh dan dapat ziarah ke 8 buah rumah. Itupun anak-anak al-Fatih masih cergas berlari-lari, cuma teacher-teacher yang dah keletihan dan kekenyangan. Maklumlah setiap rumah menyediakan juadah yang sedap-sedap.

Aiman dan Hisham Jeferi - PUTRA'96

Nureen Nabila - De Sentral

Syahmi, Sufi dan Sofiya -De Sentral

Khairunnuha -De Sentral

Ziarah kami berakhir sekitar jam 12:30 tengahari. Ibu bapa dah dimaklumkan jadual perjalanan dan destinasi terakhir untuk menjemput anak masing-masing. Alhamdulillah sebaik sahaja parents selesai menjemput anak al-Fatih terakhir, hujan turun dengan lebatnya. So teacher-teacher pun sambunglah acara yang tertunda tadi. Maklumlah ummi Nuha dah bersusah payah menyiapkan lontong, kek coklat, fruit tart dan berbagai juadah yang sukar dilepaskan...tadi sibuk melayan anak-anak sekarang giliran teacher-teacher pulak beraya..

Terima kasih kepada Ibu bapa yang telah menerima kehadiran kami, muga-muga tradisi ziarah raya ini akan dapat dikekalkan hingga tahun-tahun berikutnya. Yang pasti anak-anak al-Fatih enjoy dan menunggu-nunggu acara ini setiap tahun. Mungkin tahun berikutnya boleh dilibatkan sekali ibu bapa, sebab kami tengok Parents pun begitu teruja dengan program ziarah Raya kami ni.

Sunday, November 2, 2008

Open House Bang Man & kak Mis

Ahad 26 Syawal, Bang Man dan Kak Mis pulak buat open house di kedai. Kebetulan lepas jamuan rumah Abang Saat sabtu malam tu Kak Sam tidur rumah mak, so kami memang tak akan melepaskan peluang nak menikmati nasi baryani gam Bang Man dan satay Kak Mis yang sedap tu.

Sementara tunggu Paksu sampai, sempatlah kameraku menangkap aksi anak-anak saudaraku, Balqis, Ramadhan & Irshad dan cucu Kak Sam, Insyirah begitu riang menikmati buah nona yang tumbuh di belakang rumah mak. Macam dirancang-rancang pulak semuanya sedondon berbaju pink petang tu..

Waktu kami sampai, Abang Chot dah sampai lebih awal, tak lama lepas kami keluarga Abang Sanip, Abang Saat dan Abang Rahim pulak sampai. Hai dah macam sambungan hari keluarga semalam pulak..Ramai betul tetamu Bang Man petang tu, bersilih ganti kenalan dan saudara mara memenuhi setiap ruang kedai. Aku pun ikut teruja sebab jumpa ramai kenalan lama. Makcik-makcik yang dah biasa sangat dengan kehadiranku dikampung dulu ramah bertanya khabar. Inilah untungnya join kumpulan kendarat di kampung dulu, ramai yang kenal.

Dalam perjalanan balik ke rumah mak, hubby spot sang mentari senja yang sedang melabuhkan tirainya...hmm apalagi sanggup berhentikan kereta kat tepi jalan. mak mertua pun pelik, kenapa pulak kereta tiba-tiba berhenti kat depan rumah orang tak kenal...


Family Day 1429H; As-Sulaiman vs Al-Hashimy...the saga begins...

Sambil para tetamu bermesra dan melayan tekak dengan pelbagai hidangan yang tersedia, tuan rumah pun mengumumkan bahawa acara nyanyi suka-suka akan dimulakan. Yang lebih menghangatkan suasana apabila diumumkan bahawa kedua-dua keluarga belah A.Saat (Kulai) dan Kak Nor (Semerah) di minta menghantar wakil. Apalagi masing-masing pun menggelabah mencari bakat-bakat yang terpendam dan terendam..

Tapi sikap sporting masing-masing memang cukup terserlah malam tu, semua nampak begitu teruja dan dan bersatu hati untuk memenangkan team masing-masing. Akhirnya 4 wakil dari Kulai dan 4 wakil dari Semerah telah mendaftar untuk 'menyumbang'kan lagu..

Mulanya tuan rumah umumkan juara dan pemenang akan dipilih dan ditentukan berdasarkan undi sms. Tapi bila dibahaskan semula, maka keputusan diambil bahwa undian melalui kertas akan digunakan. Mujurlah acara ni cuma suka-suka untuk hiburan sahaja, baik peserta yang menyanyi atau penonton tak kisah pun tentang 'pitching lari' ...semunya teruja nak mengundi dan memangkan calon pilihan masing-masing.

Setiap keluarga memang dah diberitahu supaya bawa hadiah. Bila keputusan diumumkan, seronoklah masing-masing memilih sendiri hadiah yang digemari, hai macam pergi supermarket pulak korang ya, boleh pilih mana yang suka. Nampak tu kak Nor gelak bukan main besar sebab dapat pilih beg cantik...hmmm hadiah dari siapalah tu ya!

Pemenang-pemenang hadiah SAGUHATI sedang berseronok menerima hadiah masing-masing...

Adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah, so jom kita tengok siapa yang menang....

Naib Juara dan tempat ketiga disapu bersih team Semerah - Kamil dan Dila.

Tapi JUARA ..mestilah orang Kulai....kihkihkih..abang Rahim begitu teruja dengan kemenangannya..tak rugi berlatih seminggu!!

Tahniah kepada yang berjaya, walaupun katanya team Semerah tak 'puas hati' malam tu tapi tak apa, tahun depan kita turun lagi...kali ni kita pakai Juri profesional pulak.

Yang penting malam ni kita bersama-sama untuk mengukuhkan silaturrahim yang telah terjalin sekian lama. Kulai atau Semerah hanya jarak fizikal yang memisahkan tapi dihati kita akan sentiasa dekat selalu. Semuga pertautan yang dijalin melalui sunnah Rasulullah antara keluarga As-Sulaiman dan Al-Hashimy ini akan diberkati dunia dan akhirat.

Mungkinkah selepas ini akan menyusul pula hari pertemuan keluarga As-Sulaiman~As Salehy, As-Sulaiman~Al-yahya...etc,etc..tak mustahil, kita usaha dan doa insya-Allah.

Family Day 1429H; As Sulaiman vs Al Hashim...

Seperti yang pernah diwar-warkan sebelum ini, tanggal 25 Syawal yang lepas, telah berlansung satu peristiwa hari ini dalam sejarah. Kalau biasanya sambutan Hari Keluarga bagi As Sulaiman cuma melibatkan keluarga kami sahaja, tapi kali ini tuan rumah, Abang Saat dan Kak Nor dah extend sambutan Hari keluarga kali ni melibatkan dua buah keluarga sekaligus.

Selain sambutan hari keluarga dan perjumpaan Syawal, kenduri multi purpose ni menyatakan kesyukuran kerana Abang Saat dan Kak Nor selamat berpindah ke rumah baru di Taman Tropika, Kulai. Selain itu juga untuk meraikan anak bungsu Abang Saat (Fakri) yang akan dikhatankan sempena cuti sekolah nanti.

Waktu aku tiba di rumah baru Abang Saat tengahari sabtu tu, keluarga belah kak Nor (selepas ini akan dirujuk sebagai Al-Hashim) dah pun lebih awal sampai dan masing-masing dah mengambil posisi untuk menyiapkan juadah yang akan dikorbankan malam nanti. Gotong royong yang diketuai oleh Chef Lail (Senawang) ni memang bekerja keras demi memastikan kelancaran majlis mlm nanti. Boleh dikatakan 98% daripada jamuan yg akan dihidangkan adalah air tangan adik beradik sendiri.

Menjelang 6 petang geng BBQ dah mula mengambil tempat untuk mengidupkan bara. habis berasap satu taman Tropika petang tu, mujurlah kawasan perumahan tu masih suny, hanya bberapa rumah yang penghuninya dah berpindah masuk. Bila buat kerja secara jamaie ni memang berkat dan tak terasa penatnya. Lagipun anak-anak buah dah bujang-bujang dan boleh diharap, depa yang seronok dan tak jemu-jemu memanggang segala jenis ayam dan makanan laut yang dah diperap.

Waku maghrib, aktiviti diberhentikan seketika untuk solat berjamaah dan tahlil ringkas. Kemudian baru disambung semula. Selepas maghrib, tetamu pun mula sampai dan memenuhi ruang legar depan rumah abang saat. Alhamdulillah, majoriti ahli keluarga kedua-dua pihak dapat hadir malam tu, mana yang dah lama tak berjumpa, mengambil peluang untuk merisik khabar yang dah selalu berjumpa apatah lagi bergurau sampai tak kering gusi.

Tetamu yang hadir malam tu dijamu dengan nasi lemak, mee hoon goreng, roti jala dengan kari ayam, sphagetti bolognese, BBQ ayam dengan sos black pepper, ikan dan sotong panggang cicah kuah asam dan sambal kicap, satay, puding berkuah dan buah-buahan. Air mata kucing special anak bujang abang saat yang buat, patutlah laku...Farhan yang bancuh.

Ramai yang puji nasi lemak Chef Lail 'kelass'. Patutlah ramai yang asyik berulang-alik ke meja hidangan utama, sambal tumis dia memang terangkat...tak rugi import tukang masak dari Senawang...sure ramai yang tertanya-tanya siapa Chef Lail kan ?

Ha nilah Chef Lail, adik Kak Nor dengan suaminya Akib...romantiknyalah kakak kita ni, nilah yang dikatakan tidur sebantal ,makan sepinggan...

Makan sudah, minum pun sudah, sendawa pun sudah..so apalagi baliklah...opss belum lagi, malam baru nak bermula, ada acara yang lebih gempaq menunggu..insya-Allah kita tunggu posting yang seterusnya...

Tuesday, October 28, 2008

Tahniah Johari (Ngah) dan Ros...




Sabtu tanggal 25 Syawal lepas, dalam kesibukan bergotong rooyong memasak di rumah A.Saat sempat juga meluangkan masa ziarah Ngah (Johari) dan isterinya Ros di Bandar Putra Kulai, Ngah baru menerima kelahiran anak kedua (baby girl). Tahniah Ngah dan Ros, kelahiran yang ditunggu-tunggu sebab anak sulung Ngah, Qistina dah sekolah darjah 1. Baby yang diberi nama Qaisara ialah CICIT mak yang paling terkini dan secara automatik CUCUku yang terlatest....

Sejak Ngah pindah ke Bandar Putra, ini first time maksu singgah ke rumahnya. Rasa macam masuk ke rumah yang dalam magazine Anjung Seni... Dari luar dah nampak betapa tuan rumah telah menghias rumah teres setingkat nya dengan cara yang unik dan kreatif. Rasa nyaman betul tengok ikan ikan kap berwarna warni berenang dalam kolam kecil depan rumah.

Sayangnya maksu tak dapat stay lama untuk menikmati landscape kat rumah Ngah. Teringat ikan pari dan ayam yang belum dibersihkan kat depan rumah Abang Saat. Lain kali kena datang lagi bawak Paksu pulak...

Sunday, October 26, 2008

Perhimpunan Syawal warga PT 3/5..

Tanggal 24 Syawal yang lalu sekali lagi warga PT 3/5 berpadu tenaga menganjurkan perhimpunan Syawal 1429H. Setiap keluarga diberi peranan untuk menyediakan jamuan secara potluck. Selepas Isyak hampir seluruh keluarga yang mendiami 3/5 mula berbondong-bondong keluar untuk berhimpun di rumah Izad yang bertindak sebgai tuan rumah kali ini.

Selepas semua tetamu dan juadah makanan mengambil tempat masing-masing majlis pun dimulakan oleh tuan rumah yang mengalu-alukan kehadiran semua ahli keluarga 3/5 ke majlis 'shortcut' syawal yang kini sudah menjadi trend penduduk taman perumahan. Al-maklumlah 'kesibukan' bekerja membataskan peluang untuk berziarah dari rumah ke rumah, so perhimpunan Syawal sebegini merupakan shortcut yang cukup praktikal untuk mengeratkan silaturrahim dan bermaafan sesama kita.

Selepas doa pembukaan dibacakan oleh Ir Ahmad Fuaad maka tanpa membuang masa acara makan-makan pun dimulakan dengan lafaz Bismillah..

Bagi kaum hawa PT 3/5 acara-acara bersama macam ni memang ditunggu-ditunggu. Banyak cerita-cerita menarik yang nak dikongsikan. Paling tidak pun bertukar khabar...

Menjelang 12 tengah malam, tetamu pun mula beransur-ansur pulang, selepas menolong tuan rumah mengemaskan baki-baki makanan yang tinggal. kami pun minta diri. Alhamdulillah berakhirlah majlis perhimpunan Syawal 1429H. Semuga Allah akan memperkukuhkan tautan hati ini. Ameen.

Wednesday, October 22, 2008

Catatan Aidilfitri 1429H ; Ziarah Raya 2...

Menyambung catatan ziarah Aidilfitri yang terhenti seketika;

Pagi 3 Syawal tu aku dan suami merancang untuk meneruskan ziarah raya ke rumah kak Sarah di Parit Lapis Mahang, Senggarang, Batu Pahat. Sebelum bertolak ke rumah Kak Sarah, kami singgah beraya di rumah Bang Man sebab suami belum pernah beraya ke rumah Bang Man. Walaupun dari rumah dah bersarapan nasi goreng dan cucur bilis sampai rumah Bang Man, Lynn offer pulak makan nasi lemak bungkus daun pisang..tak sampai hati nak tolak, jamah juga sikit...

Trip ziarah kali ni akan disertai oleh keluarga Abang Sanip, so kami stop sekejap di Taman Manis sambil menunggu Kak Nem dan anak-anak daranya bersiap. Ziarah kali ni ada tambahan dua menantu Abang Sanip, Tun dan Eja. Welcome to the club Tun dan Eja! Sekali lagi kami dipelawa breakfast tapi terpaksa ditolak sebab dah tak ada ruang nak isi... lebih kurang jam 10:30 pagi kami pun bertolak dari Taman Manis dan tiba di rumah Kak Sarah lebih kurang jam 11:40.

Balik kampung macam ni sebenarnya penting dalam proses memperkukuhkan persaudaraaan. Sepupu-sepupu yang dah ramai kadang-kadang tak kenal sesama sendiri, apatah lagi bila masing-masing dah berkeluarga dan sibuk dengan urusan sendiri. Kalau dapat jumpa setahun sekali pun paling tidak masih ingat muka hingga ke tahun berikutnya.

Balik kampung juga biasanya yang paling seronok adalah budak-budak. Masa nilah cucu-cucu Abang Sanip yang duduk di Kota Damansara berpeluang mengenal suasana kampung yang masih belum tercemar. Dalam baru berkenalan tu sempat juga anak-anak dara Kak Nem kenen sepupu diaorang untuk belanja ais krim. Seronok Pakcik Pakistan yang jual aiskrim tu sebab tiba-tiba laku pulak ais krim dia. Rezeki Syawal...

Adab bertandang ke rumah Kak Sarah ni memang tak sah kalau tak makan nasi, bila tahu kami nak datang, Kak Sarah terus kerah anak menantu yang ada di rumah untuk masak apa yang ada. Dalam Kak Sarah kata "..tak ada lauk" tu kami berpeluh-peluh menyuap nasi putih dengan ayam masak kicap, sambal belacan, ulam raja, ikan masin dan sayur bening.

Lepas hubby and the guys balik dari Solat Jumaat, kami pun pamitan untuk bertolak balik. Sebelum balik tu kami singgah pulak ke rumah Abang Chot@Roslin di Felda Layang-Layang, Simpang Renggam. Sebab anak-anak Abang Sanip memang dah biasa sangat dengan Cik Chot dan Cik Kam, semua pakat serbu ke dapur mencari kuih makmur Cik Kam. Kak Alis as usual terus sinsing lengan tolong Cik Kam goreng mee dan buat sambal tumis udang.

Masing-masing puji sambal tumis Cik Kam sedap, sampai licin mangkuk diaorang kerjakan. Tapi tabik kat along Zamri sebab berjaya menahan godaan untuk makan. Dari rumah Wak Sarah tadi dia tolak nasi, sampai rumah Cik Chot pun jamah kuih makmur je. Paksu pun mula-mula tolak juga tapi bila tengok maksu makan mee goreng dengan sayur kacang, Paksu pun tak tahan suruh ambikkan sepinggan..hehe. Takpelah yang lain dah wakil makankan bagi pihak along. Lepas habis mee goreng dan kuih Cik Kam kami kerjakan, kami pun minta diri untuk meneruskan perjalanan balik ke rumah masing-masing. Alhamdulillah berjaya juga kami menghabiskan dua rumah hari ni.

Monday, October 20, 2008

Baryani Kesyukuran

Sebagai pengguna tetap lebuhraya suamiku sentiasa berhadapan dengan bahaya yang tidak mungkin terjangkakan. Sebagai isteri, setiap saat melepaskan pemergian suami aku hanya mampu memanjatkan doa dan mengharapkan perlindungan Allah ke atas dirinya. Setiapkali suami bermusafir dan aku tidak mampu menemaninya, hati tidak akan tenteram sehingga tahu yang suami telah selamat sampai ke destiansi yang dituju.

Hari ini sekali lagi hati bergetar bila suami beritahu tentang kemalangan yang nyaris ditempuhi dalam permusafiran kembali dari JB awal Subuh tadi. Sesungguhnya ini menginsafkan ku betapa setiap yang kita "milikki" (anak-anak, suami dan harta) tidak lebih hanyalah pinjaman semata-mata. Setiap waktu kita hanya mampu menyediakan dan memberi yang terbaik untuk yang kita kasihi. Supaya apabila sampai waktu untuk mengucapkan selamat tinggal tiada rasa sesalan atau terkilan yang menggunung di nurani yang paling dalam.

Alhamdulillah, sebagi tanda kesyukuran kerana suami selamat sewaktu permusafirannya, petang ni aku berniat nak buat nasi brayani special untuk suami. Kebetulan Dek Dah pun ada di rumah so bolehlah membantuku di dapur. Benarlah seperti bidalan, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan..walaupun pertama kali masak nasi baryani dan kekurangan beberapa bahan asas, Alhamdulillah ...menjadi!

Untuk menyerikan lagi nasi baryani ialah ayam masak merah, dalca dan pencuk sayur. Insya-Allah next time boleh buat baryani gam pulak. So malam tu kami tiga beranak menjamu selera dengan Nasi Baryani Seri Putra.

Sunday, October 19, 2008

Open House Abang Salleh

Berdiri (dari kiri):Farah Shahida dan Nurul Nazirah
Duduk (dari kiri): Abang Salleh, Mohd Haikal Helmi dan Kak Samidah

Sabtu 18 Syawal; ada jemputan open house di palong, Negeri Sembilan, rumah Abang Salleh. Walaupun kepenatan sebab baru balik dari bawa anak-anak Al-Fatih beraya ke 9 rumah di sebelah paginya, ku gagahkan jua memandu demi memenuhi hak saudara. Bertolak dari BSP jam 3:30 petang sebab perjalanan ke Palong mengambil masa lebih kurang 2 jam, kiranya sempat lagilah sampai in time. Abang Salleh kata open house start jam 3 ptg.

Alhamdulillah, memandu bersendirian memberi peluang untuk ku menikmati keindahan alam sepanjang perjalanan. Walaupun hujan lebat sebaik melepasi jambatan besi Batu Kikir, aku selamat sampai ke rumah Abang Saleh jam 5:30 petang. Masih ramai tetamu sedang menikmati juadah air tangan Kak Midah sendiri. Laksa Johor dan Nasi dagang merupakan menu utama disamping lemang, rendang, puding cocktail dan kuih-kuih raya.

Malam tu sebaik sahaja tetamu terakhir beredar kira-kira jam 9 malam, apalagi kami anak beranak menyingsing lenganlah membuat kerja-kerja mengemas dan membersih. Mujurlah anak-anak dara Abang Salleh balik jadi berhempas pulas lah kami di dapur. Teman macam biasa ambik tender cuci pinggan mangkuk. Yang paling penat tentulah tuan rumah, kak Midah yang sampai migrain kepenatan. Malam tu semuanya tidur lena keletihan. Kalau ada bom pun harus tak sedar...

Tak habis malam tu, esok pagi sambung lagi mengemas. Akhirnya lunch kami makan nasi dengan sayur bening dan ikan kering je, sebab masing-masing dah tak larat nak masak. Pukul 4 ptg aku bertolak balik ke BSP bersama Nurul Nazirah anak ke-2 abang Salleh yang duduk di asrama puteri SMK Tuanku Muhammad di Kuala Pilah. Selepas menghantar Nazirah, aku pun meneruskan perjalanan dan sampai di BSP sekitar jam 6:30 ptg.

Friday, October 17, 2008

Al-Fatih Kids Kenduri....

Dah lama teacher nor tak belanja anak-anak makan, so hari ni teacher nor pakat-pakat dengan chef kak ina minta kak ina masakkan nasi minyak, ayam masak merah dan acar untuk anak-anak. Seronok dan puas hati betul tengok anak-anak menjamu selera. Ayam masak merah tu memang sengaja dimasak tak pedas supaya budak-budak boleh makan. Bila siap makan kak ina tengok periuk ...almost licin...teacher-teacher pun dapat jamah sorang sikit je...sebab tak tahan bau nasi minyak tu memang mengancam...

Selain nasi minyak, ada kuih karipap pusing dan buah tembikai dan orange (yg disponsor teacher aida dan teacher zai). Teacher Mar pulak sponsor air syrup lychee...anak-anak excited tengok air special daripada biasa. Sebab kendurinya bersempena syawal, sehari sebelum tu pesan dengan anak-anak supaya masing-masing bawa potluck kuih raya, maklumlah fitrah anak-anak ni memang taat.....tu dia bila dah dikumpulkan...penuh meja dengan kuih- kuih pelbagai jenis dan rupa.. lepas makan nasi minyak masing-masing menjamu selera pulak dengan kuih-kuih raya.

Alhamdulillah, memang berbaloi melayan anak-anak al-Fatih makan, tengok diaorang berselera makan pun kita rasa kenyang dah...insya-Allah nanti ada peluang kita buat kenduri lagi ya.

Thursday, October 16, 2008

Petanque di Kuale....

Waktu hubby sibuk dengan sessi 'catching up old time' dengan his "Silverian friends'...(hehe Perakian lah tu!) aku pun sibuk juga ...sibuk bertaaruf dengan Kak Wan dan Najwa (anak buah yang tinggal bersama kak Wan). Agaknya naluri kindy teacher ni dah sebati dalam diri..so kalau jumpa anak-anak umur tadika ni memang mudah jadi kawan baik.

Dari satu topik ke satu topik yang dibualkan dengan kak Wan, sehinggalah terkeluar al-kisah Kak Wan kata dia bawa Najwa main Petanque...huh! PETANQUE ?...errr...kome pernah dengar ke apa dia Petanque ni ? Waktu dalam perjalanan ke rumah Cikgu Shahrir tadi adalah aku nampak papan tanda ni di tepi jalan tapi bila tanya hubby, dia pun tak tahu....so aku pun tak lah berniat nak pursue perkara tu..

Rupanya game ni memang popular di Kuala Kangsar, no wonder aku nampak signboard gelanggang petanque kat tepi-tepi jalan. Camna aku boleh tak tahu ek ? bila buat goggle search rupanya Petanque ni berasal dari Egypt dan Turkey tapi dipopularkan oleh golongan aristokrat French. Sebab tu sebutannya pun ala French. Sebut petanque (as if Perak...) The best part is sukan Petanque ini dah jadi salah satu acara pun dalam Olympic Beijing 2008 yang lepas...

Menurut Kak Wan, Cikgu Shahrir antara orang kuat yang mempopularkan sukan Petanque di Malaysia. Dah banyak negeri yang dijelajahnya untuk buat road tour memperkenalkan Petanque ni di institusi pengajian tinggi di Malaysia. Kak Wan dengan murah hatinya menunjukkan game Petanque yang dah didownload dlm PC, tapi sebab first time...susah juga nak memahami rule of the game. Si Najwa pun bukan main seronok nak mempamerkan kepakarannya membaling bola petanque. Nasib baik makcik pakai baju kurung comel-comel hari tu tau Najwa, kalau tak teringin jugak makcik nak join Najwa baling bola besi tu...

Bagi yang berminat nak tahu lebih terperinci bolehlah surf kat inernet , kalau nak mencuba apa kata terus je drive ke Kuala Kangsar..tak jauh mana pun. Alhamdulillah dapat ilmu baru, kalau ada rezeki ke Kuale lagi lepas ni bolehlah mencuba skill di gelanggang Petanque...

Jejak Sahabat...Cikgu Shahrir

Alam persekolahan memang penuh dengan memori indah dan nostalgia yang akan sentiasa menggamit kenangan . Nostalgia dan memori inilah yang telah mendorong suami ku untuk mencuri masa dari kesibukan kerja, meredah hujan lebat dan perjalanan sejauh hampir 330 km ke Taiping untuk menghadiri jamuan ulangtahun Ex-Edwardian dan sekaligus bertemu dengan kawan persekolahan yang telah sekian lama tidak ditemui.

Dalam perjalanan, suami beritahu kami akan singgah 'sebentar' di Kuala Kangsar untuk bertemu sahabat lamanya yang telah 32 tahun tidak ditemui. Sahabat yang dimaksudkan, Cikgu Shahrir tinggal di kota Lama Kiri, Kuala Kangsar. Walaupun baru pertama kali bersua, Cikgu Shahrir dan isterinya Kak Wan begitu ramah menyambut dan meladeni kehadiran kami membuat kami merasa seperti telah lama berkenalan.

Kediaman Cikgu Shahrir dan Kak Wan memang sangat mendamaikan. Rumah papan yang berkonsepkan chalet nampak begitu unik. Menurut Kak Wan papan yang digunakan untuk membuat rumah didatangkan khas dari Terengganu. Alhamdulillah, walaupun kehadiran kami tanpa dirancang, keberkatan syawal mengizinkan ukhuwwah yang dijalinkan begitu terasa 'chemistry' nya..

Dalam kerancakan bertanya khabar setelah sekian lama terpisah, Cikgu Shahrir sempat menunjukkan padaku pokok Tin yang ditanam di belakang rumahnya. Ini merupakan pengalaman yang begitu mengujakan bagiku kerana inilah pertama kali aku melihat pokok Tin, selama ini cuma makan buah Tin kering yang selalu dibawa sebagai ole-ole oleh mereka yang pulang dari Mekah. Kesian tengok aku yang begitu teruja dan sibuk mengekorinya pergi mengutip buah Tin yang masak, Cikgu Shahrir offer nak downloadkan gambar-gambar buah tin untukku. Terima kasih atas ihsan Cikgu Shahrir dapatlah gambar-gambar dan informasi di bawah dikongsikan dengan blogger seantero dunia.

Sambil bersembang-sembang, kami dihidangkan dengan buah Tin 'fresh' yang dipetik dari pokok belakang rumah. Selepas dikupas kulitnya, terserlah isinya yang berwarna kemerah jambuan dan rasanya yang manis dan harum.

Tak cukup dengan menjamah buah segar, bila tahu yang suami memang dah jadi pembeli dan pemakan setia ubat high blood, Cikgu Shahrir tak lokek berkongsi rahsia minuman herba yang diamalkan oleh keluarganya. Menurut beliau, minuman herba Tin terdiri dari daun Tin yang dicampur dengan daun betik (Pesan Cikgu Shahrir : pastikan daun yang dipilih adalah daun yg gugur sendiri ..JANGAN dipetik). Kedua-dua daun ini dikeringkan dan dikisar halus seperti serbuk teh. Kemudian bancuh dengan air panas dan ditapis lalu diminum airnya.

Sempatlah kak Wan 'brew'kan minuman resepi keluarga untuk suamiku. Sebelum balik Cikgu Shahrir dan kak Wan juga bekalkan beberapa helai daun tin untuk kami kisar sendiri. Terima Kasih yang tak terhingga kepada keduanya, hanya Allah yang mampu membalas kebaikan Cikgu dan Kak Wan . Insya-Allah balik kampung weekend ni nanti akan ku carikan daun betik untuk dikisar bersama daun tin yang dah kering cantiknya di dapur kami. Bidalan Melayu ada menyatakan "Pemberian yang datang dari Hati akan jatuh ke Hati jua". kalau Cikgu Shahrir baca tulisan ni kirim salam sayang untuk Kak Wan dan Najwa.