Sunday, June 29, 2008

Hidup adalah pertembungan suka dan duka..

Rumah kami sekali lagi menerima tetamu sabtu lepas. Anak saudara kami Lin dan suaminya Ujang tidur semalam sebelum meneruskan permusafiran mereka ke tempat kerja baru di Puchong. Lin dan suaminya adalah pasangan suami isteri muda yang masih bertatih untuk mencari tapak yang kukuh. Walaupun berbagai mehnah dan ranjau telah ditempuhi namun aku mengkagumi semangat juang keduanya.

Lunch tengahari tu mak seronok betul menikmati hidangan mee kari, tak pasti samada mee kari yang aku masak tu memang sedap atau sebab mak seronok makan bertemankan cucu-cucunya, sebab sejak mak tinggal dengan kami nun jauh di Seri Putra ni mak memang merindui cucu-cucunya yang tinggal di Johor.

Untuk Lin dan Ujang, sabar, usaha, doa dan tawakkal. Ingat pesan maksu, biarlah kita tidak kaya material tapi yang lebih penting Iman kita tahu membezakan antara yang benar dan salah.

Pukul 4 ptg, lepas Lin dan suami bertolak ke Puchong, bersiap pulak untuk temujanji dengan student. Hari ini ada undangan majlis ulangtahun pasangan adik-beradik Aiman dan Azim. Mama Azim, Kak Nun memang dah jemput seminggu awal, hantar sms dan call pulak. Azim ni dah bersama al-fatih dari penubuhan al-fatih tiga tahun dulu. Antara pelajar pioneer. Walaupun umurnya baru 6 tahun,tapi masya-Allah pengetahuannya amnya memang mengkagumkan. Kalau dalam kelas tanyalah apa sahaja biasanya Azim ada jawapan..:-)

Masa jumpa kak Nun di majlis ulangtahun Ishraf memang teacher nor special request kak nun masak nasi dagang. Selain favourite aku and hubby, aku pernah makan nasi dagang kak nun masa open day, memang marvellous. So sampai-sampai je menu ptg tu semua masakan pantai timur : nasi dagang, laksam, kuih lompat tikam, ayam goreng, etc.. Makan pulak sambil sembang-sembang dgn Nani and family (kawan lama) , entah berapa banyak kalori yang masuk dalam perut ptg tu. Dalam pukul 5:30 aku dan teacher yan terpaksa minta diri sbb belum solat asar. Kami berlari dalam hujan untuk naik kereta. Walalupun basah tapi alhamdulillah dapat menunaikan hajat orang.

Gambar atas kanan kak nun, bawah kanan En Aliyas (bapa Azim). Yg dua lagi tu gambar Nani dan anak-anak perempuannya, Hafsah (mualimah di Sek Al-Amin)dan Hanin (going to Australi coming August).

Friday, June 27, 2008

Salam Perpisahan...

Jumaat 27 jun yang lepas ialah hari terakhir teacher Aisyah dan teacher Ju bersama-sama al-fatih. Selepas 2 bulan berkhidmat dengan penuh dedikasi , mereka akan kembali menyambung pengajian dalam bidang Pendidikan Islam di UPSI, Tanjung Malim.

Walaupun sekejap cuma namun begitu banyak kenangan bersama adik-adik yang berasal dari Kelantan ini. Tentu semua teacher-teacher dan anak-anak al-fatih akan merindui keduanya.
Teacher Aisyah dan Teacher Ju yg periang dan mesra kanak-kanak
...

Teacher Aisyah dan Teacher Ju in action....
Majlis perpisahan......
kenangan Hari Guru......

Untuk Aisyah dan Ju, lagu ini untuk kalian. Belajar sungguh-sungguh dan jadilah pendidik yang amanah.

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

Thursday, June 26, 2008

Berita Kelahiran ...

Petang Khamis 26 jun, aku dan suami bergegas ke Hospital Serdang untuk menziarahi cucu saudara suami yang terkini. Anak ke-2 pasangan Fathiyah dan Bad dan cucu ke-7 Kak Aqila. Baby girl yang belum diberi nama dilahirkan pukul 6 pagi 26.06.2008.

Sewaktu kami sampai Fathiyah sedang bersiap-siap untuk dipindahkan ke Wad kelas pertama. Fathiyah yang melahirkan baby secara Ceasarian really needs good rest and privacy. Alhamdulillah ramai saudara mara yang dah ada di sana. kak Izar n suami (Abang Amin) , their eldest son (Azrul). Wan Fariza dan Wan Fazlina (kakak Fathiyah) and tentunya the proud Opah and Wan.

Seronok betul dapat jumpa kak izar, last jumpa bila yea..rasanya masa kami singgah rumah baru kak izar di Tg Malim on the way ke Taiping. My dearest sister in law ni memang very committed to her job. Untung sungguh kerajaan dapat pekerja macam Teacher Ros ni. After sembang-sembang dan melepas rindu kami semua pun bersurailah membawa haluan masing-masing. Alhamdulillah inilah salah satu hikmahnya Allah suruh kita ziarah orang kat hospital, yang jauh kita dekatkan yang dekat kita mesra-mesrakan.

Untuk semua anak-anak di luar sana yang lahir dari rahim ibu, hargailah pengorbanan ayah dan ibu, berebut-rebutlah untuk berbakti dan berbuat kebajikan untuk mereka.

Freddy Aguilar

Anak

Semasa engkau dilahirkan
Kau pun sudah satu impian
Impian nyata kurnia Illahi

Engkau anak istimewa
Kebahagian ibu ayah
Bila menangis dan juga tertawa

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Masa silih berganti
Kau membesar tak dikenali
Cepat sungguh kau pandai bicara

Apa yang telah terjadi
Pada mereka kau derhaka
Mengapa begitu apakah salahnya

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Kini kau telah tersesat
Hilang diri dan pedoman
Tak seorang pun mengambil peduli

Dan kini engkau menangis
Ibu ayah menghampiri
Walau engkau telah terpesong jauh

Hai anak kau tak mengerti
Betapa mulia pengorbanan mereka
Memberikan kasih-sayang
Agar dapat menikmati dunia

Wednesday, June 25, 2008

Ibu...Engkaulah Ratu Hatiku

Today is a very special day to me, setelah sekian lama memujuk, akhirnya hari ni mak setuju. Walaupun mulanya mak keberatan nak ikut, selepas anaknya berjanji nak pergi 'sekejap' aje barulah mak ambil tudung ....:-)

Selepas pulih dari operation 'femur fracture' september tahun lepas, mak lebih banyak menghabiskan masa dalam rumah. Memang dari dulu pun mak very homely type..jauh berbeza dengan anak bongsunya yang suka berjalan...mak hanya akan tinggalkan rumah jika perlu atau jika ziarah anak-anak atau sedara mara. Itupun mak tak nak tinggal lama, sekejap aje mak dah nak balik.

Hari ni aku dengan penuh rasa bangga jadi chauffeur mak, mula-mula belanja mak makan di pizza, favourite mak tentunya deli chicken wing dan garlic bread with mushroom soup. Pizza mak tak berapa suka. lepas makan aku bawa mak menjamu mata di Nilai Square. tengok-tengok dari kereta je..:-) sebab mak tak larat jalan. Alhamdulillah mother & daughter outing turns out well. Mak pun ceria je muka sampai ke rumah.

Mak enjoying her favourite food - Deli Chicken Wing dan garlic bread with mushroom soup.

Potret ini ku ambil di Pameran lukisan semasa International Book Fair di PWTC. The moment i look at it memang terus teringat kat mak. So i'm going to dedicate this to mak -mak u will alway be ratu hatiku.

Pertemuan di KLIA

Kesibukan kita dengan kerjaya, keluarga dan aktiviti dunia kadangkala tanpa dirancang menyebabkan kita jarang dapat bermesra dengan adik beradik dan saudara mara. Walaupun kini jarak bukan lagi penghalang untuk bertemu tapi selalunya masa pula yang membataskan.

Last saturday, Fairuz fly ke Holland untuk urusan PHD. Fairuz ialah anak sulung kak aqila (my husband's eldest sister). Kak tinggal di Taiping, jadi peluang berjumpa kak sangat terbatas. Since kak dan abang wan akan turun untuk menghantar Fairuz di KLIA so my hubby tak lepas peluang untuk jumpa dengan kak. Kami 'lari' dari majlis bbq dan terus pecut ke KLIA, alhamdulillah sempatlah kami sembang sebelum panggilan untuk boarding kedengaran.

Walaupun pertemuan sekejap cuma, namun cukup mengesankan. Bukankah dari mata turun ke hati, bagaimana hati boleh bertaut kalau tidak bertemu, so to all my friends out there...morale of the story, rancanglah masa untuk berjumpa saudara mara apatah lagi adik beradik. Anggaplah setiap pertemuan adalah pertemuan terakhir, tentu terasa setiap detik bersama mereka seperti tidak mahu berpisah.

Fairuz sedang check in...
me hubby berposing dgn family kak, dari kiri : kak aqila, fairuz, my hubby, abang wan, fathiyah, bad and their eldest daughter...adlina.

Monday, June 23, 2008

Happy 6th Birthday Dearest Ishraf..

Sabtu 21 jun yang lalu memang sabtu yang berkualiti, aktiviti ku bermula seawal jam 7 pagi dan hanya berakhir ketika jam di tangan menunjukkan hampir 12 malam. Undangan untuk menghadiri majlis ulangtahun Ishraf memang dah masuk dalam things to do list awal-awal lagi.

Ishraf is one of al-fatih student, this cute little guy has been with us since last year when he was in K1 class. Starting early this year Ishraf joined our Day care. Anak-anak Day Care al-fatih memang very close to us, mana taknya kalau dah duduk dengan kami dari pukul 7 pagi sampai 6 ptg. Kami rasanya dah kenal setiap seorang macam anak/adik sendiri. Kalau kami marah dan tegur pun dah macam tegur anak/adik sendiri.

So saat menerima kartu undangan memang dalam hati dah iltizam, wajib hadir. Bila dah jadi kindy teacher ni kenalah lebih sensitif dgn jiwa anak-anak. We know how much it means to the children to have their teacher to come to their birthday. So ptg sabtu lepas asar, me, teacher yan, teacher aida and teacher nurul pun pergilah ke rumah Ishraf yang jaraknya sepelaung dari tadika. Meriah nya majlis dgn kehadiran tetamu kecil Ishraf dan jiran-jiran. Ummu Ishraf yang menyediakan semua juadah berpeluh-peluh melayan tetamu.

Alhamdulilah lepas menjamah hidangan 'western' yg disediakan, kami pamitan dan minta diri sebab perjuangan kami belum selesai, banyak lagi agenda yang menanti. Anyway, dear Ishraf, happy birthday. Insya-Allah teacher mendoakan Ishraf jadi anak yang solih lagi moslih.

Birthday Boy.....pakai crown mcm raja sehari pulak....:-)

Birthday boy dikelilingi sahabat handai dan saudara mara...yg disebelah kanan, kawan-kawan al-fatih yang turut meraikan b'day boy.

Antara tetamu kehormat yang hadir dan sedang menikmati juadah yang disediakan Ummu Ishraf..

Sunday, June 22, 2008

Barbecue Ukhuwwah ....

Weekend kali ini sungguh hectic namun amat mengujakan. Selepas berminggu-minggu teacher-teacher al-fatih demam assessment, tidur assessment, makan assessment akhirnya it was finally over...takbir! Allahuakbar !. Walaupun banyak sungguh nak cerita, sebagai mengambil iktibar dari adab berbuka, kita mulakan dengan yang manis dulu. Kita tengok dulu apa yang berlaku masa BBQ.

Sebenarnya kami memang dah lama tak buat outing, last kami get together rasanya december lepas, makan tomyam di BBB sebagai meraikan warga kerja ihtifal. so all of us memang teruja menunggu BBQ kali ni. Kebetulan Principal Iman baru pindah rumah ke semi-D di Putra 96, so apalagi kami 'serbu' lah rumah Principal Iman yang menjadi lokasi BBQ kali ni.


'Rumah baru' teacher Iman dan antara gambar tuan rumah yang sempat 'disnap' dalam kesibukan melayan makanan yg sedap-sedap tu.
Mereka- mereka yang bekerja keras memastikan kelancaran majlis BBQ...

Terima kasih yang tidak terhingga kepada tulang belakang majlis kali ini, chef kak ina yang telah mula membuat persiapan seawal hari khamis lagi. Memang marvellous ayam, kambing, sotong, udang dan ikan yang kak ina marinade. Tak hairanlah anak-anak al-fatih asyik memuji masakan kak ina. Sampaikan yang mak ayah kata tak nak makan kat rumah pun bila terkena penangan masakan kak ina sampai bertambah dua tiga kali, sampai teacher kena stop takut mudharat pulak..

Alhamdulillah, thank you Allah, dalam cuaca yang cukup baik dan angin sepoi-sepoi bahasa, bbq malam itu berjalan dalam suasana ceria dan ukhuwwah yang sangat tinggi. Thank you, saleh yang menyinsing lengan menghidupkan api, Yan yang menyelongkar peti ais teacher iman untuk merealisasikan hajat kak nor nak makan cicah kuah asam. Aisyah dan Jue yang mnyediakan resepi cicah budu. Aida yang menyediakan jagung rebus bakar untuk dessert. Nurul memang kita bagi chance malam tu rehat dan makan je, nanti bila baby dia dah keluar kita mintak dia sediakan sos black pepper pulak...

Selain staff al-fatih dan family, bbq malam itu turut diserikan dengan kehadiran BOD member (Ir Ahmad Fuaad dan Puan Sarah) dan tetamu istimewa dari negeri di bawah bayu (selamat datang mummy dan kakak teacher iman yang baru sampai dari Sabah) dan Nana juga...selamat datang ke majlis kami...:-)


Masya-Allah siapa yang tidak teruja melihat makanan yang dihidangkan, terlupa sekejap pasal kalori..

tetamu sedang menikmati hidangan bbq ..
..

Malam tu selain perut kenyang, yang penting matlamat untuk saling berukhuwwah tercapai. Bukan mudah nak cari masa untuk bersama-sama di luar waktu kerja. Get together yang santai tapi very beneficial. Semuga ia menguatkan tautan hati antara kita dan lastly pantun dari kak nor untuk semua yang terlbat;

Kalau pergi ke Inderagiri
Belikan saya sekilo ragi
Terima kasih daun keladi
Insya-Allah ada kesempatan kita buat BBQ lagi.

Monday, June 16, 2008

Mengenang yang tiada...

Dilahir dan dibesarkan dalam keluarga sederhana yang perlu bekerja keras untuk mencari sesuap nasi, keluarga kami tidak pernah merayakan Hari Ibu atau Hari Bapa. Yang kami tahu ialah mak dan bapak bekerja keras hampir seumur hidupnya untuk membesar dan memberi pendidikan pada 12 orang anaknya.

Yang aku ingat setiapkali , bapak dapat duit menjual getah bapak tidak pernah lokek menghulur seberapa yang ada dalam poketnya untuk anak-anak. Sewaktu aku masih bersekolah rendah, aku cukup seronok bila almarhum bapak datang dengan basikal tuanya ke sekolah untuk mengambil 'report card', bagiku senyum bapak bila guru memuji pencapaian akademikku adalah cara aku 'membalas' jasanya. Waktu balik, aku akan menumpang di palang basikal tua dan masa tu bapak akan mengajak aku singgah di Pekan untuk membeli apa saja yang aku nak sebagai hadiah.

Almarhum bapak bersama salah seorang cucunya

Bulan Ramadan adalah bulan yang paling ditunggu-tunggu oleh bapak, bapak tidak pernah miss ke surau untuk bertarawih. Bisasanya bapak hanya menjamah air panas atau pengat dan terus mengayuh basikalnya ke surau untuk solat maghrib. Selesai tarawih baru bapak balik untuk makan nasi. Walaupun bapak tidak pernah menzahirkan ucapan sayang pada anak-anak, tapi kami dapat membaca betapa bapak amat menyayangi kami dengan caranya sendiri. Bapak paling gembira selepas balik dari mengerjakan haji pd tahun 1990. Seolah-olah lengkaplah sudah perjalanan hidupnya waktu itu. Selalu bila berkumpul dengan anak cucu, pengalaman pengalaman sewaktu menjadi tetamu Allah diulang-ulang tanpa jemu.

Bila mengenang almarhumah bapak, tidak lengkap rasanya tanpa menyebut almarhumah kakak ke-4 dalam keluarga kami. Almarhumah Kakak Saliha kembali kerahmatullah pada tahun 1998. Kak Saliha yang kami panggil kak Wok mempunyai 'sentuhan ajaib' dalam bidang masakan. Sehingga kini kami masih merindui air tangannya.

satu-satunya gambar ku bersama almarhumah kak Saliha semasa muda yang ada dalam simpanan

Kak wok adalah antara tokoh isteri/ibu mithali yang tidak pernah mendapat anugerah semasa hidupnya. Muga Allah memberi anugerah untukmu di syurga kakakku. Kak wok paling sabar antara adik beradik perempuan dalam keluarga. Dia sentiasa senyum dan tenang walaupun waktu itu dia disahkan mengidap lukemia.

Kini selepas 10 tahun pemergiannya, kak wok masih dirindui anak-anak, adik beradik dan semua yang mengenalinya. Semuga Allah mengampuni dan memberikan rahmatNya pada almarhum bapak dan almarhumah kak wok. Ameen Ya Rab'l alameen.

Friday, June 13, 2008

Tetamu Dinihari..

Subuh tadi kami menerima tetamu istimewa yang datang dari Sungai Petani, Kedah. Rin bukanlah asing di rumah kami ni, sebelum menjadi isteri, Rin selalu lepak dan menjadi teman susah senang. Selepas mendirikan rumahtangga dengan tuan Musari dan menetap di Sungai Petani, Kedah....jarak memisahkan kami namun tetap dekat dihati..alhamdulillah tq to YM, dapatlah juga melepas rindu melalui alam maya...so pertemuan 'fizikal' beberapa jam subuh tadi amat bermakna....

senyuman bahagia pengantin baru - Rin dan Musari

My husband dan tetamu sembang panas, maklumlah consultant jumpa kontraktor.....sementara rin ngobrol-ngobrol dengan mak..

Kuih bakar specially made for our beloved guest. Sebab tetamu express so breakfast yang disediakan pun express jugak.


Thanks rin and suami sebab sudi singgah rumah kami. Ukhuwwah kita amat bererti, thanks untuk kata-kata semangatmu, doakan kakakmu ini adikku sepertimana kakakmu ini sentiasa mendoakanmu. Semuga Allah memberi kemudahan dalam setiap urusanmu, selamat menunggu kelahiran permata hati yang pertama. Take care.

Monday, June 9, 2008

Meraikan Kedewasaanku....

Setiap tahun tarikh 10 Jun pasti datang, dan kali ini kedatangannya disambut dalam suasana masyarakat malaysia resah dan cemas dengan kenaikan harga minyak yg sudah barang tentu akan diikuti kenaikan harga barang keperluan lain.

Apa ertinya kedewasaan ? Yang pasti aku kena muhasabah apa yang telah dilakukan dengan umur yang telah dipinjamkan? Adakah aku telah memberikan hak kepada yang sepatutnya menerima hak ? Adakah aku telah menjadi hamba Allah yang mengabdikan diri kepada-Nya? Adakah aku telah menjadi isteri yang cerdik yang solihah ? Adakah aku telah melunaskan tanggungjawab sebagai seorang anak ?...so many questions to be answered....yet so little time left...

Aku dan Ajun lahir bulan yang sama. So every year kalau nak beli kek bolehlah share. Sebab tarikh beli kek jatuh pada 6 jun (tarikh lahir Ajun) so bagi peluang kat Ajun yang potong kek.


Thanks untuk suami yang dikasihi. Semuga Allah redha dan sentiasa memberkahi perkongsian kita dengan keampunan, sakinah, rahmah & mawaddah


Thanks to mak, ajun dan family abang saleh yg sama-sama meraikan hari kedewasaanku secara advance.

Sunday, June 8, 2008

Food Fom The Heart...

Cepatnya masa berlalu, hari ni dah hari ahad..oppss maksudnya dah habis ke cuti sekolah dua minggu ? My hubby pergi outsation di Gong Badak, T'gganu, tinggal mak dan ajun je kat rumah. Pagi kami breakfast milo dgn biskut tawar je. So kena masak cepat sebab biskut 2-3 keping sure tak boleh sustain sampai pukul 1. So lepas basuh dan sidai baju, pergilah jengah apa yg ada dalam peti ais dan mulalah mereka-reka menu yang akan dihidangkan untuk lunch nanti.

Dua tiga hari ni mak tak berapa lalu makan, so hari ni nak masak lauk kegemaran mak. Mak memang suka makan sayur bening. Ada ke orang Malaysia yang tahu apa tu sayur bening ? Di tempat lain mungkin dikenali sebagai masak air. I guess perkataan "bening" tu berasal dari perkataan Jawa, "bening" tu macam pagi yang bening, sebening sinar wajah yang membawa maksud bersih/cerah/jernih.

So sayur bening ni maksudnya sayur yang dimasak dengan bahan yang sangat minimum dan mesti berwarna jernih. Sayur bening yang ori tidak ditumis. Tumbuk bawang merah dgn ikan bilis dan rebus dengan air hingga mendidih, kemudian masukkan sayur. Ada banyak sayur yang sesuai dibuat sayur bening (e.g bayam, kobis, sawi, labu air, timun, pucuk paku, etc...). Bagi mereka yang mengamalkan crash diet sayur bening adalah pilihan yang paling sesuai....

Sayur bening goes well dengan sambal belacan, ikan goreng/ikan masin dan ulam-ulaman.


So there goes menu kami tengahari tadi, nasi putih, sayur bening, sambal belacan, ikan kembung goreng dan ulam-ulaman. Seronok tengok mak dengan ajun makan bertambah. Alhamdulillah, walaupun sangat senang menyediakannya tapi kombinasi yang amat membangkitkan selera. kalau ada sesiapa yang dah jemu makan kari atau gulai apa kata cuba sayur bening pulak. Kalau nak tambah nilai, boleh masukkan bebola ikan atau udang untuk menaikkan lagi rasa. InsyAllah marvellous!


So that's it, enough of makan-makan, takut nanti kengkawan ingatkan nor dah buat blog resepi pulak...hehe.

Saturday, June 7, 2008

Air tangan seorang wanita....

Dulu sebelum kahwin selalu juga baca artikel-artikel tentang perkahwinan, tip-tips menjadi isteri yang baik, share pengalaman mak, kakak and kakak ipar dan kawan-kawan. Selalunya memang tak miss aku diingatkan tentang peri pentingnya seorang isteri memastikan suami disajikan dengan air tangan isteri...

Sebelum kahwin, adalah juga turun ke dapur walaupun lebih kerap tak...:-) ini disadvantage (read as alasan) jadi adik bongsu dan kalau ramai kakak ipar, bila berkumpul kakak- kakak akan conquer dapur. tapi mujurlah juga mak jenis strict dan 'agak garang'. So tahulah masak sikit-sikit.

Bila dah jadi isteri, secara automik naluri seorang isteri nak sediakan sendiri hidangan untuk suami. So awal-awal dulu habis kakak dan kakak ipar kena sms resepi. Kadang-kadang nak masak pukul 4ptg, pukul 3:45 baru dapat resepi dan perasan bahan tak cukup...:-)

Hari jumaat dan sabtu lepas, rumah kami dikunjungi abang saat dan abang saleh yg datang menziarahi mak. Alhamdulillah, inilah keberkatan bila mak duduk dengan kita. So aku mengambil cabaran menyediakan nasi tomato (one of resepi kegemaran suamiku). So jom tengok camna Chef Nor masak nasi tomato :

Mula-mula puan-puan, kita akan sediakan resepi ayam masak merah. Resepi ni nampak mudah tapi nak mencari keseimbangan rasanya yg masam, manis, pedas, masin tu perlu pengalaman. Alhamdulillah selepas berpuluh percubaan, dapat juga menyiapkan main dishes dengan jayanya..

Next kita masak dalca. make sure dalca tu rendam dulu supaya tak perlu rebus lama. Lagi banyak sayuran dan lagi banyak warna-warni lagi marvellous dalca tu (ikut nada chef wan). Kalau yang health conscious mcm my hubby tukar santan dgn low fat milk. And don't forget tumiskan daun kari sebelum masuk bahan lain. btw, nak share dgn yg tak pernah cuba, makan nasi lemak dengan dalca pun marvellous tau..try lah...

Last sekali kita masak nasi tomato. masak last supaya sentiasa panas masa nak makan. Guna beras basmathi supaya nasi nampak cantik. I like to mix tomato puree dengan fresh tomato yang ranum untuk membangkitkan rasa ori tomato...lepas nasi kering, taburkan kismis (raisin) on top of the nasi dan tutup and don't forget salad sebagai plengkap hidangan.

And...wallah....there goes a very balance diet and sedap dan paling penting dari air tangan seorang isteri, adik dan maksu. Siapa nak mencuba, datanglah rumah kami, insya-Allah ada rezeki korang, kita jamah sama-sama.

Lagipun zaman petrol dan harga barang-barang dan makanan naik mencanak-canak ni kita kenalah kurangkan makan luar dan masak sendiri. Sebagai chef, penting kita pastikan hidangan yang disajikan untuk ahli keluarga tu halal dan tayibban. Mudah-mudahan Ya-Latif (7x) yg dibaca berulang-ulang sambil masak mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan, melunakkan hati yang memakannya supaya taat pd penciptanya.

Tujuh petunjuk kebahagiaan dunia


muhasabah untuk diriku.....dan untuk anak-anak saudaraku yang masih hijau dalam perkahwinan dan untuk mereka yang sudi membaca.

Oleh Pauziah Ahmad

Perkahwinan harmoni dikecapi menerusi kesungguhan pasangan tingkat ilmu rumah tangga

PERKAHWINAN adalah satu ikatan suci antara dua insan bergelar suami isteri. Pasangan suami isteri ini berkemungkinan berasal daripada latar belakang keluarga berbeza suasana persekitaran, pendidikan serta pendekatan ketika masih kecil hingga dewasa. Selepas tiba masanya, mereka mengikat janji setia mendirikan mahligai kehidupan, bersetuju untuk diakad nikah dan mengharapkan mahligai kasih serta keluarga dibina sentiasa sejahtera dunia akhirat.

Firman Allah bermaksud: "Dan di antara tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri daripada jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya antara kamu rasa kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda bagi kaum berfikir." (Surah ar-Rum, ayat 21).

Namun, dalam melayari kehidupan berkeluarga, kesejahteraan diharapkan tidaklah semudah seperti diidamkan. Perhubungan yang sepatutnya intim mungkin kadang-kala menjadi dingin, hambar atau tegang. Hal sedemikian boleh berlaku. Justeru, suami isteri juga insan biasa yang pasti melakukan kesilapan dalam melayari bahtera kehidupan berkeluarga. Ia perlu ditangani dengan baik kedua-dua pihak, dengan sifat murni seperti sikap keterbukaan dan berlapang dada.

Suami isteri perlu sedar hakikat kehidupan berkeluarga sebenar dan berusaha mencari ilmu serta menimba pengalaman seni hidup berumah tangga lantaran masing-masing mempunyai harapan, keperluan dan kehendak bersendirian. Ini mencetuskan perbezaan pandangan dan haluan yang hakikatnya anugerah semula jadi pemberian Ilahi kepada setiap pasangan.

Perbezaan juga boleh lengkap-melengkapi, sokong-menyokong dan bantu-membantu dalam pembentukan mahligai kasih diinginkan. Justeru, setiap pasangan berkewajipan berusaha menimba ilmu melalui pembacaan, menghadiri kursus mahupun perbincangan dengan kaunselor kekeluargaan. Ia penting demi keharmonian seluruh ahli keluarga. Allah berfirman bermaksud: "Dan orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri dan keturunan sebagai penyenang hati (kami) dan jadikanlah kami imam bagi orang yang bertakwa." (Surah al-Furqan, ayat 74)

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: "Sebaik-baik kamu ialah mereka yang berbuat baik kepada ahli (keluarganya) dan aku dikalangan kamu adalah orang yang paling baik dengan ahliku." (Hadis riwayat Ibn Majah).

Selepas berusaha membina mahligai kasih, kita boleh berasa dan melihat hasilnya dengan mengecap kebahagiaan di dunia berdasarkan kayu ukur Islam yang diungkapkan Ibnu Abbas.

Suatu hari Ibnu Abbas ditanya Tabi'in apa yang dimaksudkan kebahagiaan dunia.

Jawab Ibnu Abbas ada tujuh kayu ukur atau petunjuk kebahagiaan dunia iaitu:

1- Hati yang selalu bersyukur - Memiliki jiwa yang menerima seadanya tanpa angan-angan kosong tidak berpijak di alam nyata, tidak ada tekanan. Inilah nikmat bagi hati yang selalu bersyukur. Seorang yang pandai bersyukur sangat memahami sifat Allah SWT. Apa saja diberikan Allah kepadanya, ia terasa sungguh terhutang budi, berterima kasih, terpesona dengan pemberian dan keputusan Allah. Apabila berhadapan kesulitan, terus mengingati sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Jika kita sedang susah perhatikanlah orang yang lebih susah daripada kita. Apabila diberi kemudahan, ia bersyukur dengan menggandakan amal ibadahnya, kemudian Allah akan mengujinya dengan kemudahan lebih besar lagi. Bila ia tetap istiqamah dengan terus bersyukur, maka Allah akan mengujinya lagi dengan kemudahan yang lebih besar lagi."

2- Pasangan hidup yang salih - Pasangan hidup yang salih akan menciptakan suasana rumah dan keluarga harmoni serta aman damai. Berbahagialah menjadi seorang isteri kepada suami yang salih dan berusaha membawa isteri serta anak mencari keredaan Allah. Demikian pula seorang isteri yang salih, akan memiliki kesabaran dan keikhlasan luar biasa dalam melayani suaminya. Maka berbahagialah menjadi seorang suami yang memiliki isteri salih.

3- Anak yang salih - Satu ketika Rasulullah SAW sedang bertawaf bertemu dengan seorang pemuda yang melecet bahunya. Selepas selesai tawaf Rasulullah SAW bertanya kepada pemuda itu: "Kenapa bahumu itu? Jawab pemuda itu: Ya Rasulullah, saya dari Yaman, saya mempunyai seorang ibu yang sudah uzur. Saya sangat mencintai dia dan saya tidak pernah melepaskan dia. Saya melepaskan ibu saya hanya ketika buang hajat, solat, atau berehat. Selain itu selalu mendukungnya (dibahu). Lalu anak muda itu bertanya: Ya Rasulullah, apakah aku sudah termasuk ke dalam orang yang sudah berbakti kepada orang tua? Nabi SAW sambil memeluk anak muda itu dan mengatakan: Sungguh Allah reda kepadamu, kamu anak salih, anak yang berbakti. Tetapi anakku ketahuilah, kamu tidak akan mampu membalas cinta orang tuamu."

4-Lingkungan kondusif untuk iman kita - Yang dimaksudkan lingkungan yang kondusif ialah suasana keliling dan sahabat rapat memberi nilai tambah terhadap keimanan kita. Rasulullah SAW menganjurkan kita selalu bergaul dengan orang salih yang mengajak kepada kebaikan dan mengingatkan kita apabila berbuat salah. Orang salih adalah orang yang bahagia kerana nikmat iman dan Islam selalu terpancar pada cahaya wajahnya. Insya-Allah cahaya itu akan ikut menyinari orang di sekitarnya.

5-Harta yang halal - Riwayat Imam Muslim dalam bab sedekah, Rasulullah SAW pernah bertemu dengan seorang sahabat yang berdoa mengangkat tangan. "Kamu berdoa sudah bagus," kata Nabi SAW, Namun sayang makanan, minuman, pakaian dan tempat tinggalnya didapatkan secara haram, bagaimana doamu akan dikabulkan." Berbahagialah menjadi orang yang hartanya halal kerana doanya sangat mudah dikabulkan Allah. Harta yang halal juga akan menjauhkan syaitan dari hatinya, maka hatinya semakin bersih, suci dan kukuh hingga memberi ketenangan dalam hidupnya.

6-Semangat untuk memahami agama - Allah menjanjikan nikmat bagi umat-Nya yang menuntut ilmu, semakin ia belajar semakin cinta ia kepada agamanya, semakin tinggi cintanya kepada Allah dan Rasul-Nya. Cinta inilah yang akan memberi cahaya bagi hatinya.

7- Umur yang berkat - Umur yang berkat ertinya umur yang semakin tua semakin salih, setiap detik diisi dengan amal ibadah. Seseorang yang mengisi hidupnya untuk kebahagiaan dunia semata, maka hari tuanya akan diisi dengan banyak bernostalgia mengenai masa mudanya. Orang yang mengisi umurnya dengan banyak mempersiapkan diri untuk akhirat (melalui amal ibadah), maka semakin tua semakin rindu ia untuk bertemu dengan Penciptanya. Tidak ada rasa takut meninggalkan dunia ini, bahkan ia penuh harap untuk segera berasakan keindahan alam kehidupan berikutnya seperti dijanjikan Allah.

Sunday, June 1, 2008

5 hari 4 malam....(Destinasi Kasih 3..)

Destinasi 3 ...

Lewat petang khamis, aku dan mak bertolak pula untuk kunjungan terakhir kami sebelum pulang ke BSP, destinasi kami ialah Felda Layang-layang, Simpang Renggam. Kagum melihat rumah-rumah peneroka felda yang tersergam indah, rumah-rumah papan asal yang didirikan Felda hampir semua telah bertukar menjadi deretan rumah batu. Alhamdulillah, rezeki orang felda.


Selepas meninjau-ninjau dan berdasarkan plat kereta akhirnya kami sampai ke rumah abang ke-10 (abang roslin atau kami panggil dia abang Chot). Abang Chot berkahwin dengan gadis kampung sebelah (kak kam) dan dikurniakan 3 orang anak lelaki. Seperti kebanyakan rumah felda yang lain kediaman abang chot pun dah berubah wajah.



Sewaktu sedang sibuk unload barang dari kereta, kami menerima tetamu yang tak diduga...surprise !! my hubby yang baru habis buat supervising di UTHM (Parit Raja, Batu Pahat) join kami di rumah abang chot. Lepas dinner malam tu aku dan abang chot sembang panjang tentang banyak benda dari topik umum sampailah topik khusus. jarang adik beradik dapat berbual panjang mcm ni, maklumlah masing-masing disibukkan dengan urusan dunia yang tak berkesudahan. Tertarik dengan cara abang chot memberi pandangan ttg sikap sebahgian orang felda yg berlumba lumba menunjuk hebat semasa kenduri kahwin. Sampaikan untuk khemah pengantin pun mereka sanggup berhabis beribu-ribu sbb tak nak kalah.


Pagi jumaat lepas subuh sempat snap beberapa gambar sunrise di depan rumah abang chot. Thanks suamiku sbb pinjamkan kamera. Hampir tak dapat ambil gambar sbb kamera yg dibawa dah kehabisan bateri.


btw, lupa nak mention yg abang chot dan kak kam juga terlibat dalam industri kecil iaitu membuat kueh-kueh basah untuk dijual sebagai pendapatan tambahan. Kagum melihat suami isteri gembira bekerjasama di dapur, abang chot tukang uli tepung karipap, kak kam bahgian isi inti dan mengelim. Walaupun mereka tak pernah hadir ceramah Dr MFK, i guess they portray a couple yg mempraktikkan 'lautan api sama direnangi'. Sebelum subuh kak kam dah bangun menggoreng kueh karipap, burger malaysia dan donut.

Lepas sarapan kueh-mueh yang dibuat sendiri, aku dan mak bertolak balik ke BSP dengan seribu kenangan dan kepuasan kerana dapat meneruskan sunnah menyambungkan silaturrahim. Muga bertemu lagi.