Sunday, August 31, 2008

Ramadhan Kareem


Marhaban ya Ramadhan,

Sungguh cantik kain pelekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang posting ini.

Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah berucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada...

Have a blessed Ramadhan in this Ramadhan Kareem.

Juadah Merdeka...

Hari ini ialah hari hormon serba tak kena, dari bangun tidur...moody semacam. kessian suamiku yang tak berdosa pun jadi mangsa...Cuba untuk tidak melayan perasaan yang tak berapa betul, aku gagah juga berkemas untuk menyambut ketibaan tetamu agung, Ramadhan Al Mubarak. Cuci langsir, kemaskan bilik tetamu, buang sawang-sawang di syiling dan kipas. Siap menyapu dan mop lantai dah hampir pukul 11, ingatkan malas nak masak, nak beli je kat kedai...baru nak buka mulut kat mak, mak dah sound " Beli ayam Su, separuh buat tomyam makan tengahari, separuh lagi masak kicap untuk sahur malam nanti.."

Emak...emak dari dulu lagi memang ayam masak kicap cukup sinonim sebagai hidangan keluarga kami bersahur. Dari zaman abang-abang aku dulu kena kejar ayam sendiri sampailah zaman ayam tunjuk je kat pasar...Alamak kena masak jugak aku ni...tapi bila kufikir-fikir semula, dulu masa kami kecik-kecik, sebut je nak makan apa mak pasti usahakan dan siapkan atas meja.

Lalu berangkatlah hamba pacal yang hina ini ke kedai untuk membeli bahan-bahan buat tomyam. Serai tak payah beli...tumbuh subur depan rumah, entahlah hubby kata ramadahan ni nak buka bazaar ramadhan nak jual serai dengan pucuk asing-asing...(hehehe)

Masak tomyam ni antara menu yg paling senang tapi balance diet. Maklumlah semua ada dalam tu, protein, sayur, kuah, herba...lately ni aku masak tomyam lebih suka guna daun ketumbar berbanding daun limau purut, lebih marvellous aromanya. Alhamdulilah, apa lagi yang lebih membahgiakan dari buat mak gembira di hari merdeka, entah tahun depan dapat ke lagi aku buatkan mak tomyam merdeka, Wallahualam.

Yang kat bawah ni pulak menu sepanjang minggu lepas, sebab tinggal berdua je ngan mak, menu pun ikut tekakaku dengan mak lah. Pengat pisang dengan sagu rendang tu nak meraikan daun pandan yang di bawa balik dari kampung. Bahulu gulung tu tak buat, lebih kenduri kak sam bawak, potong untuk minum petang semalam. kerisi masak kicap favourite teman..bubuh lada hitam lebih sikit, subhana-Allah...mujur esok start puasa, kolestrol! kolestrol!

Saturday, August 30, 2008

Tahniah Imna Syazline dan Anwar...

Petang tadi sempat pergi ziarah bekas teacher Al-Fatih, Lin dan suami (Anwar) di Bukit Mahkota. Pasangan ini baru dikurniakan anak sulung, a baby girl (Nur Dhamiya Darwish) . Tahniah Lin dan Anwar, rezeki Ramadhan....jaga dan didiklah amanah Allah ini sebaik-baiknya.

Sebelum pergi, sempat ke Alamanda untuk carikan present si kecil. Susah juga pilih hadiah untuk baby ni ...kalau beli baju kang banyak sangat pulak baju, baby cepat membesar, nak beli barang mandian sure mak ayah dia dah beli, fikir punya fikir dari satu kedai ke satu kedai, akhirnya aku dan yan ijtihad beli baju dan toys untuk si kecil di Butik Anakku.

Hari ini di Carrefour extra ramai sungguh manusia, tak tahulah sebab weekend atau orang siap-siap shopping untuk sambut Ramadhan. Kadang-kadang takut bila tengok cara orang kita berbelanja sampai sarat troli. Rasanya tadi almost kosong pasaraya Carrefour tu orang Melayu angkut...hmm tak dapat ku bayangkan ramainya manusia bila menjelang syawal nanti..

Friday, August 29, 2008

Semarak Ramadhan Al-Fatih...

Bukhari telah meletakkan dalam satu bab di dalam sahihnya, dpd ar-Rabi'e binti Muazwiz berkata:

"Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. kami sediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba watu berbuka puasa."

Sebagai salah satu program keimanan dalam rangka melatih anak-anak berpuasa, aktiviti untuk menyemarakkan Ramadhan diatur untuk anak-anak al-Fatih. Petang tadi, semua anak-anak bergotong royong menghias tadika. Sengaja kami buat brain wash untuk beritahu anak-anak bahawa yang lebih layak disambut ialah Ramadhan. Kemas rumah macam nak sambut tetamu agung, memang hebat pun tetamu yg nak datang ni, bulan yg di dalamnya ada rahmat, keampunan dan pelepasan dari api neraka.

So we divided the children into two groups. Anak-anak 6 tahun diberi tanggungjawab mewarna banner dan anak-anak 4 & 5 tahun mewarna poster-poster berkaitan Ramadhan. Memang dah pesan awal-awal supaya bawa baju lama untuk painting. Berkat gotong royong dan kerja keras anak-anak, banner berjaya disiapkan dalam masa 45 minit sahaja. Seronok dan bangga anak -anak melihat hasil kerja mereka tergantung di pagar sekolah. I'm sure every child will proudly claim to their parents..."sayalah yang buat banner tu."

Inilah hasil kreativiti anak-anak al-Fatih dengan bantuan teacher-teacher.

As for 4 & 5 years old kids pulak, hasil kerja mereka cukup membanggakan. Semuanya berbakat mewarna. Mana taknya sampai terbaring-baring setiap kumpulan menyiapkan tugasan yang diberi. Walaupun masih muda mereka bijak bekerjasama dan berbahagi kerja antara ahli dalam kumpulan. team ni lagi hebat, dalam masa 45 minit mereka berjaya mewarna 14 poster bersaiz A3. Tahniah! Tahniah!...tepuk-tepuk-tepuk SEMANGAT!

Antara poster-poster hasil sentuhan anak-anak al-Fatih.

Dan seperti abang-abang dan kakak-kakak, poster poster yang telah bertandatangan nama mereka telah ditampal di dalam dan diluar sekolah. Selamat berpuasa anak-anak, ingat tau next week Chef kak Ina gantung periuk belanga tinggi-tinggi. No snacks, no Lunch, No tea, no curi-curi minum and makan.

Al-Fatih Kids Welcoming Ramadhan....

Hari ini ialah hari yang istimewa bagi Al-Fatih kids, tidak seperti Ramadhan tahun-tahun lepas, kali ini tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Abang Fahmi dan Abang Mukhlas. Selalunya anak-anak tengok muka teacher perempuan je, kali ni bagi anak-anak tengok lelaki dan murrabi yang lebih hampir umur dengan mereka.

Abang Fahmi dan Abang Mukhlas ialah penuntut tahun akhir KUIS. A.Fahmi pernah jadi sukarelawan di Al-fatih, so kehadirannya tak asing pada anak-anak.

Seronok betul anak-anak dengar Tazkirah Ramadhan A.Fahmi yang penuh bersemangat. Selain tazkirah, penyampaian di selang-selikan dengan tayangan animasi pendek siri 'Upin dan Ipin' menyambut Ramadhan. Memang cute siri animasi tu, tak berkelip mata anak-anak tengok..very educational, teacher nor pun tak pernah tengok siri Upin dan Ipin nih, pernahlah dengar..tapi tak tahu kenapa tak pernah tengok.

Selain tazkirah, Abang Fahmi pandai mencuri hati adik-adik. Tak terasa 1 jam yang diperuntukkan dah berlalu. Selain kuiz, ada pulak tepuk-tepuk semangat dan tepuk-tepuk terima kasih untuk bagi adik-adik tak boring. Alhamdulillah, anak-anak boleh jawab semua soalan kuiz yg diberi dengan baik, memangpun anak-anak dah diajar niat puasa dan doa berbuka. Bila A.Fahmi tanya kenapa kita berpuasa ? Adik Syaurah jawab :"Supaya kita rasa orang kelaparan.." Adik Hakim jawab : "Sebab Allah suruh". Adik Nureen pulak jawab: "Sebab Puasa rukun Islam". Alhamdulillah sejuk perut Ibu dan Ayah....

Di akhir tazkirah dibuat sekali pelancaran Ramadhan Infaq Fund. Every year Al-Fatih akan lancarkan tabung dan anak-anak dididik untuk menyuburkan amalan bersedekah. Alhamdulillah, tadi kami rasa teruja betul sebab ada mak yang hantar nota, anaknya memang dah kumpul duit sendiri dalam tabung nak bagi kat orang miskin. Insya-Allah di penghujung Ramadhan kami akan bawa wakil anak-anak untuk menyerahkan sendiri kutipan tabung kepada yang memerlukan.

Rezeki anak-anak al-Fatih hari ni, rupa-rupanya hari lahir Faris dan Faidhi. Parents Faris & Faidhi kirim mee hoon goreng dan dua buku kek coklat untuk sarapan. Anak-anak ni memang tak jemu-jemu makan kek coklat, habis depa sapu dua-dua biji kek, siap bertambah-tambah.

Sebelum beredar Abang Fahmi sempat mengimamkan solat Tarawih dan Solat Witir anak-anak. Alhamdulillah, sejuk hati teacher tengok anak-anak al-Fatih dah boleh solat berjamaah dengan baik, "Ya-Allah, sesungguhnya perjalanan anak-anak ini masih panjang, berilah petunjuk ke jalan Mu, dekatkanlah hatinya kepada kebaikan, jauhkanlah hatinya daripada kejahatan dan terangilah hatinya dengan nur pancaran iman."

Terima kasih ya Abang Fahmi dan Abang Mukhlas, walaupun sedang menghadapi peperiksaan akhir, sanggup meluangkan masa untuk bermesra dengan adik-adik al-Fatih. Secara tak lansung anda berdua kini menjadi role model/mentor mereka. Adik-adik pun nampak seronok dengan kehadiran abang-abang mentor mereka. To Fahmi, Mukhlas and Nurun : Semuga berjaya dengan cemerlang ujian dunia dan akhirat.

Lepas ni anak-anak Al-Fatih tunggu pulak Pakcik mentor yang dah janji nak buat tazkirah elektrik ...

Wednesday, August 27, 2008

Jejak IHTIFAL...pencarian bermula

Bila menjelang september, maka bermulalah jejak IHTIFAL..di Al-Fatih demam persiapan dah mula terasa. Teacher-teacher dah mula menyinsing lengan dan anak-anak al-Fatih pun sekarang ni dah mula berseronok sebab masa nilah mereka boleh menunjukkan bakat yang terpendam.

Satu lagi cabaran besar akan bermula, tugas kami ni jauh lebih mencabar dari slot realiti tv, sebab apa yang berlaku masa Ihtifal tak akan boleh diedit atau di re-shoot. hari ini pencarian untuk lokasi dewan pun bermula. Last year kami sewa Dewan Anwar Mahmud di UKM dan apabila kami dimaklumkan di Akademi percukaian LHDN ada dewan baru yang canggih, so ke sanalah kami petang tadi dengan harapan yang menggunung tinggi.

Bila berjumpa dengan pegawai bertugas, alangkah keciwanya kerana tarikh yang nak di'book' tak free..nak pi jengah pun tak boleh sebab ada kursus sedang berlansung. Apakan daya, jika Allah tidak menghendakki, maka tak terjadilah ia.

Tidak beputus asa kami terjah pula ke NIOSH. Aku bagi thumbs up pada staff kaunter front desk di Unit Hostel Niosh tu, bagus betul layanan yang diberikan, very customer friendly. Kami di bawa melawat ke Dewan Auditorium yang diberi nama Theaterette. Dengan kapasiti 200 orang dan sewa RM500/day, Theaterette tu memang cukup canggih. Tarikh yang kami nak pun free tapi..bila di teliti pentas tu tidak cukup luas untuk program yang melibatkan 70 orang kanak-kanak 4-6 tahun. Dan sayangnya tak ada curtain. Btw bagi yang belum tahu, selain dewan, NIOSH juga offer Facilities and services lain - penginapan, bus, training rooms, gymnasium and sauna..

So kenalah KIV dulu dewan yang kami dah berkenan tu...looks like pencarian tidak terhenti di sini, nampaknya esok teman kena recee tempat lain pulak.....

Kenduri Sambut Ramadhan

Jumaat 22 Ogos yang lepas akhirnya hajat Ibunda nak mengadakan kenduri sambut ramadhan di kampung tertunai sudah. Kenduri ni merupakan tradisi yang masih kuat dipertahankan terutamanya oleh warga emas.

Insya-Allah aku melihat banyak kemaslahatan yang dapat diambil daripada kenduri sebegini. Pertamanya ia mengimarahkan sambutan Ramadhan, secara tak lansung ia memberi isyarat kepada kita oh Ramadhan is coming. Kedua, biasanya bulan ramadhan ni masa kita sangat padat, so peluang untuk bersilaturrahim amat terbatas, kenduri sebegini menyediakan wadah pertemuan yang baik untuk adik beradik, anak beranak bermaaf-maafan dan berkasih sayang. Mana yang mampu masa nilah saat terbaik untuk menghulur kepada ahli keluarga yang kurang mampu muga mereka lebih selesa menyambut ramadhan.

Kenduri kali ni ramai yang menyumbang. Alhamdulillah bukan car pool je boleh buat kempen, kenduri pool pun bagus jugak. Pulut kuning tu sumbangan abang Izan yang seronok sebab anak sulungnya dah selamat berkhatan. Selain menu utama oleh tuan rumah, kuih muih, buah-buahan dan sate adalah sumbangan anak-anak dan cucu-cucu mak.

Sakan betul masing-masing bersembang lepas kenduri, bermacam gaya dan posing, maklumlah bukan senang nak kumpulkan semuanya dalam satu masa. Banyak sungguh kisah nak dibual dan dikongsikan. Bila dah berkumpul macam ni biasanya gegak gempitalah rumah pusaka kami ni. Mujur bukan rumah atas macam dulu, kalau tak mungkin goyang sebab 'panas' dengan sembang politik permatang pauh.
Satu lagi yang noticeable bila berkumpul macam ni ialah bertambahnya ahli keluarga as-Sulaiman. generasi ketiga dan keempat yang dulunya masih berdukung dah jadi anak dara dan bujang-bujang teruna. Dulu-dulu bila kenduri maksu dan kakak-kakak ipar menyingsing lengan di dapur, kini tugas itu secara beransur diambil alih oleh anak-anak dara sunti ni. Alhamdulillah, walaupun bertambah setiap tahun, setakat ni aku masih mampu mengingati nama-nama setiap seorang anak sedara dan cucu-cucuku.

Semuga pertemuan ini menjadi pertemuan yang diberkati dan satukanlah hati-hati kami Ya Allah, kurniakan dan peliharakan zuriat kami ini rahmat keampunan Mu Ya Allah. Amin.

Bon Appetit...Hi Protein, Low Cholestrol.

Mutakhir ni seleraku banyak terarah ke menu yang simple tapi berkhasiat, mungkin dah terkena kehangatan bahang Ramadhan. Lagipun menyediakan makanan bergizi amat penting bila dah mula berpuasa nanti. Isnin lepas untuk berbuka puasa, menu kami ialah ikan bakar dgn kuah asam. First time bakar ikan sardin (mackerel) sebab terpengaruh dengan kempen towkey kedai yang kata ikan sardin bakar sedap. Well kalau ada yang tanya, aku punya komen.."I like ikan cencaru/kembung better"

Untuk dessert or appetizer (?) ku sediakan agar-agar MAHA sebagai sunnah untuk berbuka dengan sesuatu yang manis. Biasanya buat guna low fat milk untuk menggantikan santan, tapi sebab stock low fat milk dah kehabisan....terpaksa guna santan. Pinjam nama MAHA sebab resepi gula nira beli kat MAHA. Sedap gula tu, rugi tak beli banyak dan buat stok.

Tempe goreng dengan ketumbar/jintan ni memang resepi tradisi wong Jowo, selain sedap ia dijamin Hi Protein. Sambal belacan dengan ikan masin seperti biasa nak pancing selera mak, maklumlah mak pun baru mula belajar puasa semula sebab sejak tahun-tahun terkebelakang ni mak selalu tak sihat atau on medicine waktu ramadhan menjelang so tak dapat puasa. Alhamdulillah sejak Rejab hingga Syaaban mak dah berlatih dan so far okay. Jadi jemput makan semua !

Tuesday, August 26, 2008

Usahawanita Helina di Puri Pujangga...

Hari ni aku diizinkan Allah untuk menjadi 'chauffeur' kepada sahabat yang bermusafir dari Kulai, Johor.

Helina, bekas teman seusrah masa di Johor, datang untuk menduduki peperiksaan pengajian jarak jauh di kampus UKM. Alhamdulillah, lepas kilang tempat kami cari makan ditutup maka bertebaranlah kami di muka bumi Allah yang maha luas ini demi sebuah kelansungan kehidupan. Helina dan seorang lagi sahabat ex-Hitachi, Azizah berkongsi membuka Tadika dan Taska di Bandar Putra, Kulai, Johor. Kini rangkaian Tadika Darul Ilmu(TDI) milik mereka dah berkembang dan mempunyai pelajar lebih 500 orang. TDI juga mempunyai cawangan di Mutira Rini.

Helina sampai di RnR Nilai lebih kurang jam 11:30 pagi, lepas ambil Helina di Nilai, kami lunch ikan bakar di UNIKEB. Lepas lunch aku bawa Helina ke stesyen komuter UKM dan Hentian Kajang supaya lepas ni mudah Helina nak commute from Bangi-Johor.

Helina dah book penginapan di Puri Pujangga sebab dekat dengan dewan peperiksaan. Walaupun aku pernah ke Puri Pujangga untuk tengok dewan last year tapi tak sure pulak ada kemudahan penginapan disediakan. Not bad jugak bilik nya. For rate of RM 100-120, kira okay sangat bilik tu. Buffet everyday ada, RM 15/per person. Banyak juga pilihan menu yang disediakan. Lepas check in, apalagi kami bersembang punya lah panjang di bilik sampai pukul 3++. Puas betul rasanya dapat jumpa Helina lepas sekian lama.

Akhirnya aku meminta diri untuk beredar, rasanya Helina perlukan rehat yang secukupnya untuk peperiksaan esok. Lagipun Helina baru sembuh selepas surgery untuk membuang batu di hempedu. Hmm...another iron lady in the making, sakit-sakit pun gagah datang 300km++ untuk menambah ilmu.

So, good luck Helina, I'm so proud of enti...dari seorang suri rumah yang selalu tak confident masa Usrah dulu, you have come this far ...tahniah, lepas ni ana kena panggil enti 'sifu' pulak...semuga kita istiqamah di jalan ini.

Monday, August 25, 2008

Permatang Pauh...Here We Come..

Alhamdulillah, 18 August lepas, selepas meredah hujan almost sepanjang permusafiran kami dari BSP ke Seberang Jaya, akhirnya kami dapat menunaikan hak untuk menziarahi 'anak sedara' terbaru kami, baby pasca reformasi (Nur 'Iffah Binti Musari). Seperti biasa bila bermusafir dengan my dearest hubby, ia bukan sekadar percutian atau perjalanan biasa. Ia akan menjadi dua atau tiga dalam satu. Menikmati ke'misteri'an Gua Tempurung di waktu hujan adalah satu pengalaman unik. Sempat juga makan durian kat RnR Bukit Gantang. Maybe sebab musim durian dah nak sampai ke penghujung, kualiti durian pun dah kurang, takpelah janji dah lepas hajat.

Apapun belum terlambat nak ucapkan tahniah dan mubarak pada Rin, Puteri reformasi yang dah bertukar status jadi Ibu reformasi dan tentunya pada Abah 'Iffah, Tuan Musari yang sanggup berkejar dari Kulim untuk bertemu kami di Seberang Jaya. Untungnya baby 'Iffah, kecil-kecil dah turut serta dalam perjuangan, muga semangat mujahidah akan mengalir dalam jiwa mu ya anak...

KEBETULAN pulak pertemuan pertama dengan Nur 'Iffah bertepatan dengan kehangatan kempen Pilihanraya kecil Permatang Pauh(PPauh) dan kebetulan pulak posting ini juga dibuat pada malam pilihanraya kecil PPauh ...patutlah ramai rakyat Malaysia kata banyak sungguh kebetulan kat Malaysia sekarang ni...


Lepas menjamu mata dengan perang poster di sekitar DUN dlm Parlimen Permatang Pauh, kami pi menjamu perut pulak. Pemandu pelancong bawak kami jalan-jalan cari makan mee udang Sg. Dua yang popular. Apa yang special? Ohh rupanya pelanggan boleh pilih udang sendiri, nak banyak mana pun boleh, janji bayar...lepas tu pilih nak menu apa, mee goreng, mee kuah and few more menu yg tak ingat. Dalam hujan renyai, kami menikmati mee goreng udang, satay dan air nyiok. Alhamdulillah, rezeki...

Almost maghrib, kami bertolak ke Taiping untuk tumpang bermalam di rumah kak Aqilah(hubby's sister) di Kampung Jambu. Even though this is not my 1st trip to Taiping, rasanya memang mudah nak jatuh cinta dengan kedamaian dan kehijauan kota warisan ini. Berada di Taiping memberikan aura ketenangan kepada penghuni dan tetamunya.

Seronoknya jadi orang Taiping sekejap, pagi-pagi ambil angin sambil beriadah di taman tasik yang berlatar belakangkan Bukit Maxwell. Lepas tu sarapan di Restoran Bismillah yang dah berumur lebih 100 tahun. Tengahari pi shopping di pekan Taiping. Lunch pun sangat murah, nasi putih dengan sambal udang, sayur kobis, kari ikan dan air limau suam baru RM3.50. Rumah Kak Aqilah pun dekat sangat dengan pekan Taiping, so teman berjalan kaki je ronda-ronda sekitar pekan.

Lepas maghrib 19hb, kami bertolak balik ...selamat tinggal Taiping. teringat dulu dalam majalah gila-gila ada kisah bersiri From Taiping With Love...

Wednesday, August 20, 2008

Jom MAHA 2008 ..

Dah lama beno teman teringin nak pergi, Alhamdulillah akhirnya hari ni teman berjaya mengambil kesempatan cuti sekolah untuk menjadi antara ribuan pengunjung MAHA (Malaysia Agriculture, Hoticulture & Agrotourism Show) 2008. Dari mula masuk ke parking lagi teman dah dapat rasakan kehangatan MAHA 2008, hangat dengan cuaca yang panas, pengunjung yang ramai, gerai-gerai yang ditandakan dengan belon besar sesayup mata memandang.

Kesilapan teman ialah sebab tak plan kembara MAHA ni sebelum start. So to those yang nak pergi, teman cadangkan kome mulakan seawal pagi dan explore activities luar dulu, kalau tak larat jalan kome boleh naik tram. tram boleh pilih nak yang Safari Type or yang tractor type. Only RM1/person. Lepas tu baru kita masuk ke Exhibition Area. Teman dan Yan dah tersilap masuk exhibition hall dulu baru naik tram, masa tu kaki dah nak cramp kepenatan, panas toksah cerita, tram pulak jalan slow...orang berhimpit-himpit, hujan pulak...so we miss a lot of fun activities out there. Teringin betul nak tengok cowboy naik rodeo...

Teman suka tengok orchid tapi sebab tak rajin jaga so teman cuma mampu menikmati je, teman terfkir kalau kakak ipar teman kak zie dgn kak nor yang pergi, teman guarantee sampai teman habis round MAHA depa masih kat taman orchid tu...

Teman teman teacher Yan anak orang Felda kelapa Sawit, so kome tengoklah betapa khusyuknya dia mendapatkan penerangan dari petugas yg jaga booth MPOB tu tentang galah serba guna yang pakai battery. Ekau nak bagi present kat abah ko yan ?

Teman paling teruja bila masuk ke Hall D1 and D2 (Popular Dishes in Malaysia and Agrobazaar). Bukan sahaja dapat menjamu tekak dengan pelbagai produk halal tempatan, malah teman rasa bangga sebab pengeluar tempatan rupanya dah lama mampu menghasilkan pelbagai produk yang halal sebagai alternatif kepada produk sedia ada. Sebut saja apa jenis produk makanan/minuman/ubatan yang kome teringin ..insya-Allah ada kat sini.

Teman rasa kalau yang serius nak buka halal hub center elok kunjungi MAHA ni, compile all the details of these manufacturer and distributor. Kebanyakan produk ni berkualiti and very presentable dari segi packaging. Btw, motto yg banyak dipamerkan ialah PERTANIAN ADALAH PERNIAGAAN. Teman teringat dulu masa teman pergi Jepun, teman cukup kagum dengan cara orang Jepun buat packaging. Produk tempatan mereka simple je, tapi disebabkan packaging yang menarik, pelancung rasa tertarik nak beli.

Teman seronok betul bila tempe dah dikomersilkan. Sedap betul tempe stick tu, dahlah sedap berkhasiat pulak tu. Telur pindang Johor pun nampak menggoda bila dimasukkan dalam kotak yang cantik. Kopi tunjuk langit tu rasanya really marvellous, sampai teman beli sekotak nak hadiah kat suami teman. Overall memang tak rugi sampai kejang-kejang kaki berjalan keliling exhibition hall ni. berbaloi...

Teman dengan Yan, 'terpaksa' balik waktu jam menunjukkan pukul 6:15 ptg. W/pun masa operasi dah dipanjangkan sampai 9:30 malam tapi teman kesian tengok Yan dah bersin berpuluh kali kena hujan, tu dia aih...melawat MAHA sampai demam. Actually, banyak lagi teman nak share cerita , tapi teman dah mengantuk sesangat ni, kaki pun dah start sengal-sengal. Rugi pulak tak beli minyak urut yang banyak jual tadi, rasanya ada berpuluh jenama minyak herba, sampai tak terlawat...terpaksa sengih je kat jurujual yang sentiasa ramah menyapa pengunjung. Teman tabik kat dema...

Sebelum teman memohon diri nak share sikit ttg salah satu tarikan kat MAHA 2008. Ikan SPA..kita hulur je kaki kat dalam kolam tu and tunggu ikan tu gigit. Teman teringin juga nak mencuba tapi tak sesuai sebab tempat tu terbuka. Kalau orang lelaki tak pe kut, tapi yang perempuan teman rasa penganjur booth tu kena peka sikit tentang aurat next time.

Kepada yang belum pergi, teman nak menyeru carilah ruang dan peluang, Insya-Allah...yang paling baik, pergi ke kaunter informasi dulu ambik peta MAHA atau boleh surf sini, rancanglah perjalanan, sediakan fizikal dan mental, pakai baju dan kasut yang sesuai, jangan sesekali pakai high heel...hehe. Selamat berMAHA 2008.

Friday, August 15, 2008

Short 'Balik Kampung' Trip...

Bila masuk bulan Rejab dan Syaaban, memang dah menjadi tradisi orang-orang di kampungku untuk berbondong-bondong buat kenduri. Mak pun tak terkecuali dah mula menyebut-nyebut hajatnya nak buat kenduri di kampung.

Untuk meraikan hajat mak, rabu dan khamis lepas aku ambil cuti tahunan untuk hantar mak balik kampung untuk buat persiapan. Lagipun aku faham biasanya kalau dekat Ramadhan ni mak nak pergi ziarah kubur almarhum bapak. Bila beritahu mak kita balik kampung hari selasa petang, bukan main berseri-seri muka mak, siap pakai baju dan kain batik baru hadiah cucu-cucu yg datang hari tu..

Petang selasa kami bertolak dari BSP 'tumpang' suami yang nak buat supervising di Merlimau. Singgah di RnR Pagoh untuk solat Asar, Alhamdulillah RnR baru tu cantik dan selesa tapi sayangnya tak OKU Friendly..kesian mak kepenatan sebab terpaksa jalan jauh untuk ke toilet.

Balik kampung kali ni weekdays, so jadual padat dengan tugasan menghantar anak-anak buahku ke sekolah. Since tambang bas sekolah naik ramai orang kampung yang menghantar sendiri anak-anak ke sekolah yang tak berapa jauh dari kampung dengan motosikal. So bila peak hours, macam pesta pulak suri-suri rumah ni menghantar anak-anak ke sekolah. Nampaknya bertambah lagi job scope suri rumah lepas ni..Harap-harap elaun pun naik..hehe

Khamis pagi sebelum balik, aku ambil kesempatan singgah 'ngeteh' di kedai abang iparku, Bang Man di Pekan Kelapa Sawit. Roti Canai Bang Man memang popular kat pekan Kelapa Sawit. Alhamdulillah Kedai makan Bang Man walaupun dah 4 kali bertukar lokasi masih mempunyai pelanggan setia yang mencarinya walau ke mana pun Bang Man pergi. Kalau weekend atau cuti perayaan lagilah sesak. Kena beratur nak tunggu tempat duduk.

Selain roti canai, asam pedas bang man pun power dan menjadi tumpuan. Dulu-dulu masa aku pernah menganggur kejap, (waktu tu almarhumah kak wok masih ada) aku pernah tolong di kedai, pelanggan beratur bawak pinggan tunggu asam pedas yang masih mendidih dalam periuk. So pagi tu aku balas dendam, makan roti canai dengan asam pedas ikan timah. pagi tu Kak Mis (isteri bang man) sibuk sesibuk-sibuknya di dapur, ada tempahan dari kilang berhampiran untuk masak nasi jagung. Btw, dulu masa walimah anak Aling kami pernah panggil bang man buka gerai roti canai ..memang laris..siap ada murtabak lagi. Seronok betul orang Felda masa tu. Not bad jugak idea buka gerai roti canai masa kenduri walimah kan? Adalah kelainan, jemu asyik makan nasi minyak je..
Sekianlah secebis pengalaman trip singkat balik kampung. Next week balik kampung lagi ..insya-Allah.

Monday, August 11, 2008

Guess Who's in Town..

Bila orang kata kehidupan ini macam pentas sandiwara, memang banyak benarnya. Patutlah dulu ada lagu yang poular oleh kumpulan Kenny, Remy dan Martin tajuknya "Suratan atau Kebetulan". Last saturday dalam sibuk-sibuk melayan anak sedara dan cucu-cucu kat rumah, dapat sms dari salah sorang ahli geng berlima yg kutulis dlm citer soto.."Aku kat midvalley, ada masa datang tgk booth kat ting.3"

Abie ada kat midvalley ? apahal pulak Abie buka booth kat midvalley ? banyaknya soalan tapi sebab tengah sibuk menyiapkan hidangan utk tetamu control dulu. Maghrib ada free sikit call Abie, laa rupanya kilang tempat Abie kerja participate Pameran "Tribute to Women" di MEVC. So okaylah esok tetamu ku akan pulang awal, lepas dapat green light dari hubby terus btahu Abie, okay Bie...tunggu kat MidValley aku datang...!!

Booth Abie mempamer dan menjual terus dari kilang produk-produk dari Medical-Latex, Senai Johor. Being subsidiary to Beiersdorf, dulu-dulu masa aku masih kat Johor, kalau nasib baik dapatlah free nivea items...tapi kali ni most of the items displayed and promoted adalah ESP (Enjoyable Safe Pleasure). Segan nak citer so sape minat gilah surf sini ...

Lama jugak aku lepak kat booth Abie, tu tak masuk masa sembang-sembang sambil lunch kat Food Court Mid Valley. Both of us makan Yong Tau Foo je...sempat lagi tu terkenang zaman-zaman makan Yong Tau Foo kat Kobena naik bas atau makan kat Angsana...aku rasa kan Bie dgn harga yg aku bayar semalam kalau kita makan 12 tahun dulu kat Kobena tu boleh belanja satu PC Department...

Lepas lunch aku menjenguk kejap kat Pameran Royal and Arts kat dewan sebelah. I guess not being royal, tak berapalah aku dapat menikmati seni yang ekslusif tu...so just browse through jelah.


Overall, pameran tu sepatutnya wadah yang paling efektif untuk wanita, tapi entah di mana silap penganjurannya, dahlah tempat tu sunyi dan tak ramai yang menjenguk. Kesian peserta-peserta yg ambil bahgian boring je tunggu pengunjung. tu belum lagi cerita sales return yang agaknya menyedihkan kot. Maybe promosi kurang dan tak berkesan ..buktinya kalau Abie tak hantar sms tu aku pun tak tahu...

Anyway for me dapat jumpa Abie pun dah rahmat besar dari Allah, rindunya aku kat kengkawan. Thanks Bie, carik aku...thanks for sharing all the stories. yakinlah...Allah tidak akan menguji hambanya melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Salam untuk Nda, Nita dan Khairun, and Bie aku nak share suntikan motivasi ni khas untuk kau:

kita pohon kekuatan,
Allah beri kesulitan untuk jadikan kita kuat
Kita pohon keteguhan hati
Allah beri masalah untuk diatasi
Kita pohon keyakinan
Allah beri ujian untuk memantapkan iman dan jiwa
Kita pohon cinta
Allah berikan insan yang tulus untuk didampingi
Kadangkala kita tidak dapat apa yang kita kita ingini
Namun kita sentiasa dapat apa yang kita PERLUKAN.

Sunday, August 10, 2008

Konvokesyen Intan Farahana....

Semalam (sabtu 9hb Ogos) ialah majlis konvokesyen cucuku, Intan Farahana (generasi keempat As-Sulaiman) di UKM, Bangi. Intan menerima ijazahnya dengan ditemani ibu, abang sulungnya Ji dan sepupunya Ai. Tahniah Intan, semuga segulung ijazah yang digenggam menjadi pemangkin untuk berbakti pada ummah. Alhamdulillah intan tak perlu menganggur lama, insya-Allah next week intan dah mula kerja di Jalan Cheras-Kajang. Bolehlah datang rumah toksu selalu lepas ni.

Sabtu maghrib lepas konvo dan jalan-jalan di Bangi, Intan and family sampai untuk bermalam di rumah kami . Kehadiran cucu dan cicit mak memang ditunggu-tunggu. Mak Intan (Tom) ialah anak sulung kak sarah. Cantiknya perancangan Allah, last week kak sarah mampir rumah kami, minggu ni anak dan cucu kak sarah pulak singgah...

As usual dinner memang acara highlight. Bila tanya intan, mak suka makan apa, intan kata mak dah lama teringin nak makan sambal tumis petai..kalau macam tu kita masak style kampung lah. Pucuk ubi kak sarah bawa ada banyak lagi, separuh masak lemak kuning dengan ketumbar jintan, separuh lagi celur buat ulam. Goreng ikan dan ikan masin, sambal tumis udang dengan petai. Sambal tempoyak pucuk kayu ina bagi ada lagi. Memang menu yang boleh menghabiskan nasi ni...makan pulak ramai-ramai, sampai bersilang tangan nak ambil lauk. Mak yang biasanya makan setengah senduk pun tak habis, bukan main laju menyuap nasi.

Malam tadi tak dapat sembang panjang sebab semua dah keletihan, pukul 11 semua dah beransur naik ke bilik mencari bantal. So pagi tadi lepas b'fast baru dapat qadha' untuk 'ngobrol-ngobrol' dengan tom. Tupun tak lama, dalam pukul 11 pagi, tom and family dah bersiap-siap untuk bertolak balik ke Ayer Hitam, Johor. Takpelah Alhamdulillah, besar hati toksu menerima kunjungan cucu-cucu ke rumah kami. Tak sangka Ai pun ada sekali. Ai ni cucu kak sarah (cucu aku jugaklah kan) . Ai tinggal bersama mak dan ayahnya di Pekan Nanas, Pontian. Jemput-jemputlah datang selalu lepas ni ya.