Untuk meraikan hajat mak, rabu dan khamis lepas aku ambil cuti tahunan untuk hantar mak balik kampung untuk buat persiapan. Lagipun aku faham biasanya kalau dekat Ramadhan ni mak nak pergi ziarah kubur almarhum bapak. Bila beritahu mak kita balik kampung hari selasa petang, bukan main berseri-seri muka mak, siap pakai baju dan kain batik baru hadiah cucu-cucu yg datang hari tu..
Petang selasa kami bertolak dari BSP 'tumpang' suami yang nak buat supervising di Merlimau. Singgah di RnR Pagoh untuk solat Asar, Alhamdulillah RnR baru tu cantik dan selesa tapi sayangnya tak OKU Friendly..kesian mak kepenatan sebab terpaksa jalan jauh untuk ke toilet.


Selain roti canai, asam pedas bang man pun power dan menjadi tumpuan. Dulu-dulu masa aku pernah menganggur kejap, (waktu tu almarhumah kak wok masih ada) aku pernah tolong di kedai, pelanggan beratur bawak pinggan tunggu asam pedas yang masih mendidih dalam periuk. So pagi tu aku balas dendam, makan roti canai dengan asam pedas ikan timah. pagi tu Kak Mis (isteri bang man) sibuk sesibuk-sibuknya di dapur, ada tempahan dari kilang berhampiran untuk masak nasi jagung. Btw, dulu masa walimah anak Aling kami pernah panggil bang man buka gerai roti canai ..memang laris..siap ada murtabak lagi. Seronok betul orang Felda masa tu. Not bad jugak idea buka gerai roti canai masa kenduri walimah kan? Adalah kelainan, jemu asyik makan nasi minyak je..

3 comments:
nor, gerai tu yg bpk lin punya ker? dah pindah ker?
bila balk bangi?
Ya, tin, kedai bapak Midi. sekarang dah pindah ke dalam pekan kelapa sawit, tak tepi main road lagi. Teman ni dah 2-3x berulang dari Bangi ke Kulai tu Tin...
assalamualaikum norwati, peh...seronoknya balik kg.. kecur bila ingat makan asam pedas. asam pedas ikan mayong lagi power ohh...tu favorite udin.
selamat menyambut puasa dari kami sekeluarga
Post a Comment