Semalam (sabtu 9hb Ogos) ialah majlis konvokesyen cucuku, Intan Farahana (generasi keempat As-Sulaiman) di UKM, Bangi. Intan menerima ijazahnya dengan ditemani ibu, abang sulungnya Ji dan sepupunya Ai. Tahniah Intan, semuga segulung ijazah yang digenggam menjadi pemangkin untuk berbakti pada ummah. Alhamdulillah intan tak perlu menganggur lama, insya-Allah next week intan dah mula kerja di Jalan Cheras-Kajang. Bolehlah datang rumah toksu selalu lepas ni.
Sabtu maghrib lepas konvo dan jalan-jalan di Bangi, Intan and family sampai untuk bermalam di rumah kami . Kehadiran cucu dan cicit mak memang ditunggu-tunggu. Mak Intan (Tom) ialah anak sulung kak sarah. Cantiknya perancangan Allah, last week kak sarah mampir rumah kami, minggu ni anak dan cucu kak sarah pulak singgah...
As usual dinner memang acara highlight. Bila tanya intan, mak suka makan apa, intan kata mak dah lama teringin nak makan sambal tumis petai..kalau macam tu kita masak style kampung lah. Pucuk ubi kak sarah bawa ada banyak lagi, separuh masak lemak kuning dengan ketumbar jintan, separuh lagi celur buat ulam. Goreng ikan dan ikan masin, sambal tumis udang dengan petai. Sambal tempoyak pucuk kayu ina bagi ada lagi. Memang menu yang boleh menghabiskan nasi ni...makan pulak ramai-ramai, sampai bersilang tangan nak ambil lauk. Mak yang biasanya makan setengah senduk pun tak habis, bukan main laju menyuap nasi.
Malam tadi tak dapat sembang panjang sebab semua dah keletihan, pukul 11 semua dah beransur naik ke bilik mencari bantal. So pagi tadi lepas b'fast baru dapat qadha' untuk 'ngobrol-ngobrol' dengan tom. Tupun tak lama, dalam pukul 11 pagi, tom and family dah bersiap-siap untuk bertolak balik ke Ayer Hitam, Johor. Takpelah Alhamdulillah, besar hati toksu menerima kunjungan cucu-cucu ke rumah kami. Tak sangka Ai pun ada sekali. Ai ni cucu kak sarah (cucu aku jugaklah kan) . Ai tinggal bersama mak dan ayahnya di Pekan Nanas, Pontian. Jemput-jemputlah datang selalu lepas ni ya.
No comments:
Post a Comment