The city of Jerusalem is known in Arabic as "Al-Quds" or "Baitul-Maqdis" ("The Noble, Sacred Place"). Jerusalem is perhaps the only city in the world that is considered historically and spiritually significant to Jews, Christians, and Muslims alike. Perhaps you are wondering why Jerusalem is considered a holy city in Islam? Why is this place so important to Muslims? Reference from here
First time nampak promo konsert kembara al-Quds di KUIS, teringin pulak nak pergi so bila sembang dgn Yan kat tadika, dia pun sama wave length so apalagi on lah...:-) Malam tadi lepas maghrib, kami pun pergilah dgn semangat berkobar-kobar, dari pintu masuk pusat konvensyen KUIS kami dah disambut dgn petugas yg ceria dan berseri-seri.
Konsert sepatutnya mula jam 8:00, tapi sampai pukul 9:15 belum ada tanda-tanda akan bermula...hmm....kalau macam ni susahlah nak pi selamatkan Al-Aqsa dari Zionis? Aku dan Yan dah resah semacam kat atas kerusi. Dalam kepala berhusnuzan maybe mereka tunggu solat Isyak habis sbb dekat masjid, okaylah ...tapi alangkah baiknya kalau sementara menunggu tu dibuat pengumuman sebagai menghormati hak penonton yg datang awal mcm kami atau paling kurang tayangkan slide ttg Palestin atau al-Aqsa.
Akhirnya sejurus selepas ketibaan Presiden persatuan pelajar KUIS (inipun Yan yg inform aku sbb dia pernah tengok dlm bicara siswa) barulah konsert mula...laa...tunggu dia ke ? Konsert dimulakan dgn kumpulan Ar-Raudhah (KUIS) yg menyanyikan Lagu Haya Bil Jihad.
Sebelum Muadz ada slide show ttg Al-Quds, a very good slide yang menggarap tg sejarah dan penderitaan Palestin. next time (if any) harap pihak penganjur consider untuk letak screen tu kat tengah dan pilihlah lagu yang sesuai. Lagu yg mengiringi slide show tu tak sesuai dan really kills the mood, tayangan tu sepatutnya kena buat audience geram dan marah dgn kekejaman zionis, rasa 'izzah' dengan Masjid Al-Aqsa dan Palestin as bumi para anbiya', simpati dan merasai penderitaan rakyat Palestin and ultimately barulah timbul semangat nak jihad (w/pun cuma jihad duit). tapi kerana skrin tu jauh sangat dan lagu yg mengiringi tak sesuai ramai penonton tak beri perhatian dan ada yang tengok tanpa perasaan.
Menysusul selepas tu Muadz, Mestica dan finally Ramli Sarip. Rasanya Ramli Sarip 'penyelamat' konsert malam tu. Dengan pengalaman lebih 35 tahun dalam seni, Ramli Sarip memang hebat dan pandai menyesuaikan diri. Selain lagu-lagu yang dinyanyikan sarat dengan mesej keTuhanan dan Kemanusiaan, Ramli Sarip juga banyak mengingatkan audience supaya beramal dan melupakan perjuangan bangsa sebaliknya meletakkan agama sebagai landasan perjuangan. His famous quote for the night is "Jangan boros berbelanja tapi jangan lokek" maksudnya jangan lokek untuk berbelanja untuk amal.
Well, apapun tahniah kepada penganjur atas usaha yang baik ini yang mampu mengumpulkan ramai pemuda-pemudi dalam satu wadah. Walaupun secara peribadi aku tidak melihat konsert ini menggambarkan tajuknya yang begitu serius - kembara al-Quds, namun sebagai sebuah konsert ia berjaya kerana setiap penghibur telah berusaha memberikan persembahan yang berkualiti dan menghiburkan. Ia sebuah wadah yang baik untuk berhibur kerana berhibur itu tiada salahnya kerana hiburan itu indah..
To all, hayatilah lagu ini, salah satu lagu yg dinyanyikan Ramli Sarip dalam konsert Al-Quds.
Bukan Kerana Nama
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
Jangan kau pandang bibir yang manis
Kerana dia bisa menghancurkan
Jangan kau pandang wajah yang indah
Kerana dia bisa meracunmu
( korus )
Dengarlah hai teman
Dengarkan bersama
Aku menulis bukan kerna nama
Kerna sifat kasih
Pada sesama insan
Dan menyatakan kasih sayangmu
Kita sama semuanya sama
Apa yang ada hanyalah kehidupan
Jangan kau dengar puisi dusta
Kerana dia bisa merosakkan jiwamu
Dengarkanlah puisi di pusaka
Yang telah turun temurun hari ini
Jangan kau alas hatimu itu
Dengan secebis warna kehitaman
Dialah seperti anai-anai
Lambat laun hancurlah dirimu
No comments:
Post a Comment