Friday, August 8, 2008

Birthday di Dusun Mak Tam...

Hari ni 08.08, hari ulangtahun kelahiran Chef al Fatih, Kak Ina yang ke 23 tahun. Happy Birthday Ina, terima kasih sebab tanpa kak Ina kelaparanlah kami semua.. Terimalah kek yang sederhana dari kak nor dan pakcik, semuga Allah memberkati umur Ina.Terima kasih pulut kuning dan rendang, pakcik kata sedap...


Lepas sekolah hari ni aku, teacher Nurul dan Birthday Girl pergi recee ke Dusun Mak Tam Ina di Sungai Kembong Hilir. Dah lama tinggal di BSP tapi tak perasan rupanya area Sg Kembong Hilir tu kaya dengan keindahan geo park yang menghijau dan buahan-buahan tropika. Sepanjang perjalanan sebelum sampai ke rumah mak tam kami mencuci mata dengan pohon buah-buahan yang sedang rancak berbuah..manggis, durian, rambutan dan langsat seakan-akan menggamit kami singgah...

Sampai je di rumah mak tam, tanpa membuang masa kami terus ke dusun di belakang rumah. Ina dengan Nurul dah hilang mengait manggis. Sambil sembang-sembang aku mengekori mak tam berjalan turun bukit untuk mengait rambutan. Tapi aku tengok dari jauh je sebab pokok pokok rambutan tu duduk dalam kandang lembu...kebetulan pulak pakai baju merah...tengoklah lembu tu tenung semacam je..tak tahulah kalau memang dia posing sebab tahu ada orang nak tangkap gambar dia..:-)
Memang mengujakan betul menghabiskan masa di dusun , bagi yang tidak pernah merasai seronoknya makan manggis di bawah pokok dengan hembusan angin sepoi-sepoi bahasa sambil bertemankan sang nyamuk, ruginya korang.... kalau nak rasa cuba-cubalah buat rombongan ke Selangor Tropical Farm ke PD Fruit Farm ke ..rasailah sendiri keeksotikannya. Ayah mertua mak tam memang rajin, selain dusun buah-buahan, tok juga menanam sayur-sayuran sendiri. Rasanya setiap inci tanah diexploit sepenuhnya. Teacher nurul yang sedang sarat mengandung pun pulun habis buah manggis. Siap minta plastik besar kat mak tam sebab plastik kecik tak muat nak isi buah manggis bawa balik.

Talking about manggis atau nama saintifiknya Garcinia mangostana, buah ni memang unik, selain dikenali sebagai "Queen of Fruit". Manggis juga mempunyai khasiat yg besar dan mampu dikomersilkan, kalau sesiapa berminat nak tahu detail boleh try surf here ...

Kira-kira selesai Solat Jumaat kat masjid, kami pun beransur dari rumah mak tam dengan perut yang penuh berisi manggis dan badan yang kegatalan di gigit nyamuk dan semut. Insya-Allah kami akan datang lagi dengan rombongan yang lebih besar selepas ini...

2 comments:

jay said...

untung chef ina tu kan. ari jadi saya ari tu, duk ler sesorang. pak we lak leh ingat b'day saya 12 august, pilunya. tapi bestnya dia bagi special present... nak tau apa?

hehehe kopok lekor

rasanya abi punya b'day pun bulan august. tapi date tak ingat.

Nor Wati Suleiman said...

Hi tin! terima kasih bebanyak, akhirnya mengkomen juga awak ya...ampun lah tin, dolu-dolu, selain Paran awak yg selalu ingat b'day saya. sekarang ni semua dah tak seropa kan ?