Jumaat 22 Ogos yang lepas akhirnya hajat Ibunda nak mengadakan kenduri sambut ramadhan di kampung tertunai sudah. Kenduri ni merupakan tradisi yang masih kuat dipertahankan terutamanya oleh warga emas.
Insya-Allah aku melihat banyak kemaslahatan yang dapat diambil daripada kenduri sebegini. Pertamanya ia mengimarahkan sambutan Ramadhan, secara tak lansung ia memberi isyarat kepada kita oh Ramadhan is coming. Kedua, biasanya bulan ramadhan ni masa kita sangat padat, so peluang untuk bersilaturrahim amat terbatas, kenduri sebegini menyediakan wadah pertemuan yang baik untuk adik beradik, anak beranak bermaaf-maafan dan berkasih sayang. Mana yang mampu masa nilah saat terbaik untuk menghulur kepada ahli keluarga yang kurang mampu muga mereka lebih selesa menyambut ramadhan.
Kenduri kali ni ramai yang menyumbang. Alhamdulillah bukan car pool je boleh buat kempen, kenduri pool pun bagus jugak. Pulut kuning tu sumbangan abang Izan yang seronok sebab anak sulungnya dah selamat berkhatan. Selain menu utama oleh tuan rumah, kuih muih, buah-buahan dan sate adalah sumbangan anak-anak dan cucu-cucu mak.
Sakan betul masing-masing bersembang lepas kenduri, bermacam gaya dan posing, maklumlah bukan senang nak kumpulkan semuanya dalam satu masa. Banyak sungguh kisah nak dibual dan dikongsikan. Bila dah berkumpul macam ni biasanya gegak gempitalah rumah pusaka kami ni. Mujur bukan rumah atas macam dulu, kalau tak mungkin goyang sebab 'panas' dengan sembang politik permatang pauh.
Satu lagi yang noticeable bila berkumpul macam ni ialah bertambahnya ahli keluarga as-Sulaiman. generasi ketiga dan keempat yang dulunya masih berdukung dah jadi anak dara dan bujang-bujang teruna. Dulu-dulu bila kenduri maksu dan kakak-kakak ipar menyingsing lengan di dapur, kini tugas itu secara beransur diambil alih oleh anak-anak dara sunti ni. Alhamdulillah, walaupun bertambah setiap tahun, setakat ni aku masih mampu mengingati nama-nama setiap seorang anak sedara dan cucu-cucuku.
Semuga pertemuan ini menjadi pertemuan yang diberkati dan satukanlah hati-hati kami Ya Allah, kurniakan dan peliharakan zuriat kami ini rahmat keampunan Mu Ya Allah. Amin.
No comments:
Post a Comment