Thursday, July 31, 2008

1/2 day with Al-Fatih Daycare Kids..

Untuk memenuhi permintaan Ibu bapa, starting January this year Al-Fatih decided to offer Day care services to cater for our students.

Day care
or child care is care of a child during the day by a person other than the child's parents or legal guardians, typically someone outside the child's immediate family. The service is known as child care in the United Kingdom and Australia and day care in North America. Child care or day care is provided in nurseries or creches or by childminders caring for children in their own homes. (xtract from Wikipedia, the free encyclopedia)

Kesediaan melanjutkan masa operasi ini bermaksud more commitment is needed from all staff and management. Alhamdulillah, we are blessed to have teachers and supporting staff yang selama ini begitu banyak berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak-anak day care al-Fatih selesa dan terbela.

Management dah sediakan time table untuk day care kids. Biasanya after calss is over at 11:30, anak-anak akan tukar baju dan berehat sebelum lunch is served. Secara fitrah istilah rehat bagi anak-anak jauh berbeza dgn adult macam kita. For boys, rehat means - bergasak, bergumpal, ber'ultraman' dan macam-amacam action packed activities. For girls as Pak utih describe, memang tepat sangat, they like to talk and talk and talk and talk...itulah rehat bagi mereka.

Masa makan adalah masa yang sangat ditunggu-tunggu oleh anak-anak. 12:30 -12:45 biasanya makan time, yg girls dilatih tolong serve makanan. Menu anak-anak simple, jangan pedas tapi berkhasiat. Biasanya sup ayam, tomyam, sayur lemak kobis dengan ikan goreng, kurma ayam, telur masak kicap, ayam masak kicap, nasi ayam etc.

Telur memang favourite anak-anak. Masak lah apapun, mereka akan suka. Lagilah selera anak-anak ni memang dah sebati dengan air tangan Chef Kak Ina. Tengoklah sendiri macam mana anak-anak menungging pinggan menghayati kelazatan masakan kak ina. Teacher-teaher yg jadi tukang serve dah kenal benar anak-anak mana yang akan makan bertambah 2-3x. Parents kadang-kadang tak percaya anak-anak makan bertambah, sebab di rumah katanya tak makan nasi. Wallahualam mungkin berkat makan berjamaah kot.

Lepas makan, anak-anak rehat sebentar dan mana-mana yang ada homework akan siapkan masa ni dengan supervision from teachers. Sebelum tidur, anak-anak kadang-kadang demand nap time stories. Biasanya kalau teacher nor balik lewat sikit, sempatlah buat satu cerita kat anak-anak. I noticed yg anak-anak ni kalau kita ajak depa sembang, let them talk their heart out, they will be more obedient and senang dibentuk berbanding kita beri arahan atau marah-marah. Ana-anak ni sebenarnya menuntut perhatian dari orang dewasa. They have so many stories to tell..but nobody to hear.

So parents -please listen and respond to your child, SHOW YOUR ATTENTION AND APPRECIATION. Jangan sesekali remehkan perkataan anak-anak, takut they will not tell you anything again. Kalau anak-anak balik bawa hasil kerja sekolah, puji dan appreciate. Tampal kat dinding ke kat tepi tangga ke, kat peti ais ke...Pak Utih kata bila mak ayah balik kerja (mum especially - FOCUS to living things 1st - Anak), bukan dapur, mesin basuh atau worst peti TV...:-) Anak-anak ni pun biasanya nak melepas rindu je kat mak ayah, lepas tu mereka akan go back to their MAIN BUSINESS - play. Masa ni barulah mak ayah proceed to other tasks.

By 1:30- 1:45 biasanya anak-anak dah tidur kecuali sorang dua yang memang tak pandai tidur siang, but they still have to rest and try not to make noise to respect kawan-kawan yang tidur. mas anak-anak tidur nilah, teacher-teacher dan pembantu ambil kesempatan solat, makan dan berehat, sebab once anak-anak buka mata aktiviti akan bermula lagi...

Untuk aktiviti separuh hari lagi kita sambung lain kali insya-Allah...

Tuesday, July 29, 2008

Soto itu menggamit kenangan pilu...

Waktu balik kerja petang tadi, cuaca tersangat panas, teringin pulak nak makan soto, tapi nak rebus nasi impit takut tak sempat keras, so tukar jadi mee hoon soto jelah. Soto kalau tak ada bergedil macam lagu tanpa irama, jadi sementara menunggu ayam yang dikeluarkan dari freezzer lembut untuk menyiapkan kuah. Kita siapkan bergedil ayam dulu.

Tapi hari ni entah kenapa sambil menggentel bergedil, hati terasa sayu dan hiba, terasa bergenang air mata ini. Bergedil dan kuah soto ini mengundang kenangan ku pada sahabatku almarhumah kak Niza. Aku mula mengenali Kak Niza sewaktu bekerja di Taiko Electronics Senai. Kenangan bersama kak Niza sehingga kini masih kukuh di kotak fikiranku. Kak Niza begitu istimewa, walaupun sewaktu mengenalinya aku tahu dia mengidap breast cancer, tidak pernah kak niza mengeluh atau menunjukkan kekecewaan.

Kak Niza selalu ceria apatah lagi bila berada bersama-sama kami. Maklumlah waktu tu geng berlima (aku, Datin, Shidah, Abi dan Imah) bujang lagi, happy go lucky..every month dapat gaji kami pi raikan dengan makan besar kat restoran seafood yg berlambak kat Johor. Naik bas tu..maklumlah gaji masa tu RM400 je,mana mampu pakai keta..Kak Niza yang dah bersuami waktu tu pun kadang-kadang ikut juga kepala gila-gila kami. Kalau orang lain makan kat kantin kami selalunya buat pot luck dan makan di bawah pokok ke, tepi longkang ke, dalam locker ke, kat mana jelah yg kami rasa best. Kami kenal semua family kak Niza dan pernah lepak-lepak di rumah mak ayah kak niza di Endau, Mersing.

Kak Niza being the only member yang dah kahwin selalulah jadi mangsa kena masak, kak niza ni pakar masak soto, soto dia memang 1st class. Sampaikan waktu Family Day Taiko kami semua buka gerai jual soto. Seronoknya sebab kedai kami memang laris..Tapi penatnya..Allah saja yang tahu. Kak Niza yg memang tak boleh kerja keras sekejap menangis sekejap ketawa sebab kepenatan. Itulah kenangan yg paling indah dan sampai sekarang kalau geng berlima ni jumpa, sampai keluar air mata menangis mengenangkan kisah lucu kami jual soto.

Doctor memang advice kak niza not to have baby sebab the risk of the cancer spreading if she got pregnant is too high. Maha Suci Allah yg menentukan segalanya, kak niza mengandung and she insist to keep the baby w/pun tahu risikonya. Alhamdulillah sepanjang mengandung kak niza okay sehingga selamat melahirkan bayi perempuan~ Hidayah. after Hidayah was born, kesihatan kak Niza menurun.. the cancer has spread to her lung and spine.

Takdir menentukan ekonomi yang kurang baik dalam tahun 90 an, kilang pun mula mengurangkan tenaga pekerja, aku pun berhijrah mencari tapak baru..so geng berlima pun 'bubarlah' masing-masing berpecah demi mencari sesuap nasi. So kuranglah berjumpa kak niza tapi sesekali masih bertanya khabar.

Hinggalah satu hari kami terima berita kak Niza koma dan ada di kampung di Mersing. Dengar je berita tu kami terus pergi ke Endau, mujur masa tu salah sorang dari kami dah ada driving licence. Subhana-Allah, laju air mata kami mengalir melihat kak niza terbujur kaku. Dia bukan lagi kak niza yg kami kenal yang sentiasa menyembunyikan kesakitannya, yang selalu membuat kami bahgia, yang selalu mendahulukan orang lain dalam setiap urusannya, yang tidak pernah marah walaupun dianiayai orang yang tak senang hati padanya.

Kami bergilir-gilir membaca Yasin dan menenangkan Ibu dan ayah Kak Niza. Walaupun matanya terpejam dan dia tidak memberikan respon bila disentuh , we know kak niza can hear us, we can see tears from the corner of her eyes. Maghrib tu kami melangkah longlai meninggalkan kak niza dengan berat hati sebab terpaksa juga balik meneruskan urusan masing-masing.

Kami sampai ke rumah dah malam, tak lama kemudian kami menerima panggilan telefon dari mak kak niza yang kak niza dah pergi meninggalkan kami semua. Inallilah hi wa Inna ilaihi Rojiun..Sesungguhnya dari Allah kami datang dan kepadaMu jua kami kembali Ya Rabb...terimalah ruh sahabatku ini Ya Allah, kau mudahkanlah hisabnya Ya Allah kerana dia seorang insan yang baik ya Allah, tidak pernah aku merasa terganggu dengan kehadirannya. Subuh esoknya kami pergi semula ke Endau, Mersing. Terasa seperti ingin terbang, namun Allah menentukan, waktu kami sampai, jenazah dah siap di mandi dan dikapankan. Kami hanya dapat menemani perjalanan terakhirnya ke tempat persemadian abadi.

Waktu talkin dibacakan, walaupun hati seperti dirobek kesedihan apatah lagi melihat wajah Hidayah yang riang bermain bersama sepupu-sepupunya, terasa air mata ini seakan sudah kering. Dan yg lebih penting kami tak mahu kak niza melihat kesedihan kami, we want her to remember us the way she want to be remembered...courages, ceria dan nikmati hidup ini seadanya.

Sehingga coretan ini ku tulis, airmata ku masih laju menuruni pipi. Semuag Allah mencucuri rahmat ke atas almarhumah. Masih terngiang di telinga ini waktu ada staff Taiko yg jahat mulut mempertikaikan keputusannya nak teruskan kandungan w/pun tahu akan memudaratkan kesihatannya, Kak Niza told me : "Nor, given a chance, kak Niza will do this again..(have baby). Kini setiap kali kami masak atau makan soto, tentu kenangan ini akan sentiasa menjelma. Seorang yang istimewa yang akan sentiasa dikenang dalam hati kami.

Monday, July 28, 2008

Al-Fatih Kids and Nature..

Pagi ni rasa very motivated nak pergi kerja, ni mesti kes dapat inspirasi dari ceramah pak utih...hari ni mak puasa so boleh keluar awal ke tadika, sebelum pergi sempatlah ziarah mini gardenku dan menikmati keindahan flora dan fauna yang ada dalam halaman sendiri, well not everybody is so lucky dapat tengok pesta flora atau kereta berhias flora..:-), bersyukurlah dengan apa yang ada..
Sewaktu membelek bunga bunga yg berkembang indah di siram embun pagi, terfikir di benakku that I should share the beauty of nature with anak-anak kat sekolah. So hari ni no classroom rules applied for teacher nor, today I have 3 maths class and 1 adab and akhlak. For maths, teacher nor minta anak-anak buat list of items that I want them to collect sambil menikmati keindahan alam.

So off they go...as you all can see, the kid really enjoys the outdoor activities. one of the thing I ask them to collect is ranting pokok, tu yang Ifwat cuba tunjuk kehandalan karate ranting. this is killing three birds with one stone, ajar anak-anak mengenal tumbuhan, menghargai alam and of course literally testing their counting skill. Don't be surprise dari 13 murid dalam kelas K2 (6 years) ni cuma seorang yang tahu apa itu ranting...

Untuk 4 years kid..tugasan yg diberi lebih mudah, mengenal tumbuhan dan menikmati alam sambil belajar..to my surprise, rupanya anak-anak ni tak kenal pokok semalu, so when I told them about pokok semalu yang malu bila disentuh and ask them to try, they get really excited ..depa pakat sentuh habis semua semalu yg tumbuh kat playground sampai ke depan rumah orang...

Rezeki anak-anak murah sungguh hari ni, lepas penat-penat menjelajah alam, balik ke tadika we get to know that Ibu Aleeya hantar pulut kuning dengan rendang daging, sebagai kenduri kesyukuran sebab Aleeya dah selamat menjalani minor surgery for her tie-tongue. Anak-anak Al-Fatih memang dari batch terdahulu pun memang really enjoy pulut kuning and rendang. Alhamdulillah penutup yang berkat untuk kembara back to nature. Hopefully anak-anak mendapat sedikit pelajaran hari ni tentang kebesaran Allah yang menjadikan alam ini dan seisinya. Ameen.

Sunday, July 27, 2008

Tetamu dari Pulau Indah..

Petang tadi sedang lepak-lepak sambil sembang dengan mak kononnya melepas lelah sebab dah dua hari ada aje program kena attend, dapat call dari anak saudara yang bekerja di Pulau Indah yang dia dah on the way dari rumah mak langnya di Rawang nak ke rumah kami...bingkas bangun selongkar peti ais kot kot ada bahan yang boleh dimasak. Jumpa ikan kerisi dua ekor yang dah keras kejung...hmmm...bilalah beli tu ya ..:-)

Diam tak diam rupanya dah almost setahun Anis Hamimi kerja sebagai penolong penguasa kastam di Pulau Indah. Bila sembang-sembang dgn Mimi tadi baru realize rupanya dah dekat setahun since september last year when mimi and family yg tinggal di Johor tidur rumah kami sebelum report for duty keesokkan harinya.

Anak saudaraku ini nampak lebih matang berbanding last aku jumpa, rasa dah lama betul tak jumpa mimi ..baru ingat rupanya sebab syawal lepas mimi baru sangat kerja so tak dapat cuti, maka berayalah mimi sebagai musafir di aidilfitri di pelabuhan pulau indah. Sure dengar lagu Dendang Perantau syahdu kan mimi ? Interesting juga dengar cerita mimi ttg Pulau Indah walaupun according to her nothing happening kat sana, yang ada hanya perkampungan yang masih konservatif. Rasa teringin sungguh nak ke sana, nantilah maksu cari masa nak tengok kehidupan mimi di sana..

Lagi rancak berbual dgn mimi lagi ligat tangan mengisar cili nak masak lomak cili api, mimi ni half Melaka half Johorean so masaklah lemak cili api meraikan tetamu, goreng kobis dgn udang, goreng ikan masih sbb mimi kata kat Pulau Indah tak jumpa ikan masin kapak. Sekejap aje dah siap, pukul 6:30 kami dah dinner sebab mimi nak balik lepas maghrib, esok dia kerja.

Masa makan tu aku tengok mimi tak sentuh pun ikan cuma ambil kuah saja, bila tanya rupanya dia kata dia memang tak makan ikan. I was thinking to myself, when you think that you know someone then you realize rupanya you know so little about her. itu baru bab makan, teringat hadith Rasulullah bahawa kamu belum kenal seseorang selagi kamu belum tidur bersamanya atau bermusafir dengannya.

Tak kenal maka tak cinta, lepas ni maksu kena usaha lebih untuk really kenal siapa mimi yang sebenarnya ..yang pasti maksu janji insya-Allah lagi sekali mimi datang, kita masak semua dishes yang ayam based okay ? maksu akan masak ayam masak lemak cili api juga. Maybe tak se'power' masakan Umi tapi bolehlah buat hilang rindu anak perantauan macam kita ni...

Menghormati Perbezaan Anak Lelaki, Anak Perempuan

Parenting Development Programme is part of Al-Fatih taqwim. This year kami rasa sangat bersyukur dan begitu teruja sebab penceramah yang dah di'aim' sekian lama say YES to our invitation. Kesediaan Tuan Haji Ahmad Shafiai Uda Jaafar atau lebih mesra dipanggil Pak Utih menjadi penceramah, ibarat kecil tapak tangan, dewan KUIS kami tadahkan...

Since this is a very good programme and will benefit all, al-Fatih management decided that this should be shared with more parents. So JV with Masjid KUIS is discussed with Ustaz Farid Ravi (Nazir Masjid) via Ustaz Hamidun (one of our student's dad). Alhamdulillah the proposal is accepted and so all the terms were discussed and agreed.

Seawal 8:30 pagi tadi, Pak Utih dah sampai di Dewan Kuliah IT( KUIS), tempat program akan berlansung. Pak Utih memang 'power'...walaupun ada sedikit kelemahan teknikal bila technician KUIS yg patutnya datang pasang LCD dan PA tak dapat dihubungi pagi tu, Pak Utih cool aje, nasib baik, aku bawak Laptop dan LCD back up. Pak Utih pasang sendiri dgn bantuan Saleh (teacher nurul's hubby).

9:30 pagi program mula, after MC dah pass over microphone to Pak Utih, apa lagi Pak Utih pulun sampai pukul 11:45, semua terpaku kat kerusi dewan kuliah dengar celoteh Pak Utih yang penuh fakta dan informasi. Pak Utih punya ceramah so far has never failed to amazed me, every time ada je maklumat baru apatah lagi topik yg dikupas kali ni sangat dekat dihati and very relevant ~ menghormati perbezaan anak lelaki dan perempuan.

Walaupun kami penuh sedar sunday ialah hari yang penuh berisiko untuk buat program kerana biasanya parents reserved weekend untuk berehat dan beraktiviti bersama keluarga, namun kerana kami mengambil kira ilmu itu wajib dicari, kami proceed juga. Insya-Allah kami cukup yakin parents yang datang pagi tadi tidak rasa rugi spend few hours untuk ilmu yang begitu eye-opening. Pak Utih mulakan penyampaian pagi tu dengan memberikan dalil al-Qur'an yang menjelaskan perbezaan anak lelaki dan perempuan.

Anak lelaki sifatnya adalah sebagai pemimpin dan berbelanja, manakala anak perempuan pula sifatnya adalah taat dan memelihara harta benda suami. (Rujuk Al-Quran surah Ali Imran). Rupa-rupanya sewaktu bayi berumur beberapa minggu dalam kandungan, barulah janin ini diberi jantina. Bayi lelaki akan mula memilikki hormon testosterone yang membentuk ciri-ciri kelelakiannya.
Keseluruhannya penyampaian Pak Utih membawa Ibu bapa memahami hardware dan software anak lelaki dan perempuan untuk membolehkan Ibu Bapa dan pendidik menyantuni dan menanggapi pendidikan dan tumbesaran anak-anak sesuai dengan sifat dan fitrah mereka. OTAK KIRI anak lelaki (ability to read, to write, etc) menurut kajian matang lebih lewat berbanding anak perempuan. So kalau anak lelaki anda lambat membaca jangan risau, itu NORMAL.

Dari segi hardwarenya, selain fizikal mereka yang very action oriented, anak lelaki juga vision-nya very focus dan hanya sebelah telinga berfungsi, sebab tu bila berkomunikasi dgn anak lelaki kurangkan bercakap (berleter) sebab they aren't going to hear you...hehe kat sini ada Ibu yang risau tanya sampai bila macam tu, pak utih kata ikut kajian yg dbuat di UK...sampai dewasa!...huh? so puan-puan jangan risau kalau time suami kita tengok TV kita rasa seolah-olah bercakap sorang-sorang...it's NORMAL...

Satu analogi menarik Pak Utih utk membezakan anak lelaki dan perempuan ialah anak lelaki macam F1 sedangkan anak perempuan macam MPV. Ishh..banyak sungguh point yang nak dishare tapi tak sama macm dengar sendiri apa pak utih cakap. Btw to parents and friends yang nak kenal kenal pak utih sila lawat sini ... Yang pasti parents yang datang hari tu pun seolah-olah berat hati nak melepaskan pak Utih, sampai waktu minum pun mereka sambung lagi perbincangan bawah pokok, tepi longkang pun jadik....

Apapun, sekali lagi all praises be to Allah yang mengizinkan berlansungnya perkongsian ilmu ini, yang telah memilih hati-hati dan jiwa yang bersedia menerima ilmu Allah yang maha luas dalam taman syurga yang para malaikat datang mengelilinginya, yang memberikan ruang dan peluang untuk guru-guru lebih memahami amanah dan peranan dengan lebih hikmah.

Jazakallah Hu Khairan Khatira kepada Pak Utih yang datang dari Jitra, Kedah, kepada Masjid dan pentadbiran KUIS yg memberikan kemudahan dewan, kepada Ustaz Hamidun yang banyak membantu, kepada Ibu Bapa yang datang dengan mengorbankan cuti hujung minggu, kepasa demua staff Al Fatih yg begitu komited dan akhirnya to my dearest suami, Ir Ahmad Fuaad Kassim(SAFF) for the doa, laptop and the LCD.

Saturday, July 26, 2008

Dapurku masih berasap...

Sebelum my dearest friend, datin and shidah tanya nor dah tak masak lagi ke sekarang ni, dah lama dapur tak berasap, baik saya jawab dulu...masak, insya-Allah masak tetap masak! cuma sekarang ni tengah mood mencuba kuih muih melayu. Seronok mencuba sebab kat rumah sekarang ada dua orang 'tester'..:-)

Saja nak taruh gambar step-by-step nak bagi kau orang percaya nor betul-betul masak, tak ambik gambar kat kedai tau! Rasa , insya-Allah marvellous..

Talam pandan, lately banyak buat kuih yang pandan based sebab hari tu balik kampung ambik pandan 5 pokok, blend buat essen simpan dalam peti ais....nak buat kuih, nasi lemak or pengat senang, tak payah beli kat kedai or mintak jiran. Next time balik kampung nak ambik yang ada akar nak try tanam kat taman herba belakang rumah. Karipap pulak memang selalu buat sebab favourite suami. Ini improved version, sebab sejak belajar amalkan gaya hidup sihat ni tak buat pakai minyak panas dah, too oily...

To datin & shidah...jemput makan !

Al-Fatih Kids Fun Cooking

I'm quite sure most of us orang-orang dewasa ni kadang-kadang terfikir.."Alangkah indahnya jika aku boleh kembali ke zaman kanak-kanak....". Rupa-rupanya anak-anak pun fikir macam tu jugak.."Alangkah bestnya jika dapat jadi orang dewasa.."

It's fitrah if your kids can't wait to do adult things like cooking, serving meal or doing laundry. Secara peribadi aku merasakan selagi ada orang dewasa yang akan membimbing mereka, let them be...inilah latihan terbaik untuk anak-anak. This is also part of 'empowerement' process. Cuma yang selalu mak ayah keberatan nak benarkan anak-anak tolong ialah malas nak melayan karenah dan kecah yang akan terhasil dari aktiviti mereka. Untuk mak bapak yang rasa macam ni...remember no pain, no gain...!

Al-Fatih Kids memang menunggu-nunggu subject cooking sebab masa ni lah they can really make kecah and nobody will scold them ...well sometimes adalah tinggi suara sikit...:-). Setakat ni dah banyak simple recipe yang dicuba, e.g - Doughnut, fruit salad, chocolate chip cookies, muffin, pizza, sandwich, fruit punch, pancake etc...
See...how proud our abang Muqri is showing his first doughnut...walaupun doh yang digentel tak jadi circle mcm yang sepatutnya, but still he can bring the doughnut home and proudly claimed to ummi and ayah...."Muqri dah pandai buat doughnut..."
Pancake@ Ketayap@Kuih Gulung - kuih tradisi yang dikomersilkan. Well there's no limit to creativity kan? Dengan anak-anak kena main dengan colour. So bila red house yang buat kita bagi Ketayap kaler merah...Look at how our dear Aiman Aikimi (6 yrs) gulung ketayap macam profesional...
Blue Ketayap ?hmm...I told you didn't I...with kids the sky is the limit...

Masa buat muffin decor ni, kami panggil profesional baker untuk buat demo, apa lagi bukan main seronok anak-anak mencuba icing yang berbagai warna dan rupa. Yang ni tak sempat bawak balik tunjuk mak ayah, mostly anak-anak tak tahan dugaan dan makan masa tu jugak...

Lastly, to parents or should I say mummy, try to allocate time (weekend ?) when you have more time to let your kids help you in the kitchen. Pasang nawaitu yang betul and consider it mak and anak time together, explore the experience and enjoy every moment of it...you won't regret it insya-Allah.

Friday, July 25, 2008

Al-Fatih Kids Perangi Aedes...

As part of the dengue fever awareness campaign, hari ini Al-Fatih kids terlibat dengan gotong royong membersihkan tadika. Seawal jam 8:30 pagi, selepas taklimat dan jogging untuk warm up, anak-anak dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Anak-anak Al-fatih memang special, they were just amazing, everybody has been very cooperative and most importantly the kids are enjoying the activities very much..

So let's see the kids in action :

Team cuci porch@assembly hall ni kami bagi kat anak-anak lelaki umur 4-5 years. Dengan berbekalkan kain buruk, mop, penyapu dan berus lantai.. masing-masing menyinsing seluar dan lengan membersihkan shoes cubby dan memberus lantai, tak nampak pun tanda-tanda penat, sebaliknya mereka berseronok main dengan air.

Anak-anak lelaki 6 tahun yang datang bawa sarung tangan mostly kita bagi task potong lalang dan mencabut rumput rampai di sekitar tadika. Walaupun cuma pakai gunting kecil yang selamat untuk anak-anak, habis bersih lalang ditebasnya. Sampaikan taman herba kak ina di belakang dapur pun nyaris kena tebas...:-)

Cuci jangan tak cuci...selalunya anak-anak guna je slide dan permainan yang ada , kali ni semua kena lap dan cuci sampai berkilat. Bukan senang nak tengok anak-anak lelaki pegang kain buruk ni...:-)

Team cuci longkang memang tabik spring..kagum melihat anak-anak lelaki pakar guna cangkul. Team ni selalu buat gamat sebab every time jumpa cacing atau ulat, masing-masing berhenti buat kerja sebab nak tengok cacing tanah dan ulat. Gotong royong jadi science experiment pulak. Team girls pulak at the same time menyinsing lengan membersihkan bahagian dalam tadika. Memang bersih, meja-meja pun berkilat digilapnya. Thanks girls..next time kita bagi girls kat luar pulak insya-allah, teacher tahu ramai yg jealous sebab somebody whisper to me "teacher kenapa girls tak boleh buat kat luar...kat luar seronok"

Walaupun boys yang akan membersihkan kawasan luar semua dah dipesan supaya bawa topi, Alhamdulillah, cuaca sangat baik hari ni...redup sahaja, gotong royong dihentikan sewaktu jam menunjukkan 9:45 pagi. The kids were so excited sampai tak nak berhenti, tapi masa tu hujan turun renyai-renyai so kena tunda ke masa lain.

So I consider the operation a success. After solat dhuha berjamaah I told my anak-anak al-Fatih.."Thank you very much children...please send my salam to your parents, all of you have been very wonderful, Allah sahaja yang akan membalas usaha anak-anak hari ini. "

Saturday, July 19, 2008

Debat ,semangkuk yong tau foo dan jamak qasar...

Selepas 4 hari berlansungnya debat isu kenaikan harga minyak Anwar -Shabery, aku masih mencari-cari rasional, resolusi dan kesannya ke atas kehidupan warga Malaysia. Menilai dari perspektif seorang rakyat biasa yang sedang merasai kesan lansung kenaikan mendadak harga minyak, menyaksikan Shabery sibuk menyerang peribadi Anwar cukup membosankan.

Di saat majoriti rakyat Malaysia sedang 'tertekan' 'kepanasan' dan 'kegelisahan' menghadapi suasana ekonomi ketika ini, menyaksikan Anwar berdebat mempertahankan nasib rakyat seolah-olah memberi sedikit harapan baru.

Anyway, aku tidak berniat untuk membincangkan isu ini dalam konteks negara atau masyarakat global, tapi lebih melihat kesannya kepada ekonomi domestik. Yang pasti sekarang ni aku jadi 'takut' untuk ke stesen minyak, 'takut' untuk ke pasaraya dan yang stress tu 'takut' untuk ke kedai makan. last two weeks aku dan suami ke Cosway, Alamanda, Putrajaya. Bukan saja-saja pun, perlu pergi untuk membeli stock supplement yang dah lama habis. Bila harga barang berlumba-lumba naik, kena tukar ke produk yang boleh offer quality at a lower price. Cosway pun bijak ambil kesempatan, saja je letak produk fuel enhancer kat rak paling depan..:-)

Sampai Alamanda dah maghrib so nak tak nak kenalah dinner sekali. Terkezzuut...harga semangkuk yong tau foo RM 12.10. Rasanya baru je bulan lepas pergi dan makan benda yang sama cuma dalam RM 8++. Terus bila suami tanya nak minum apa, jawab tak payah minumlah ..budget dinner dah habis. Terbayang kalau yang bawa keluarga ramai makan di sini, berapa agaknya yang mereka kena spend ?

Bila sembang-sembang dengan Ajun yang kerja di Putrajaya, dia pun akui takut nak ke Alamanda. Nasib baik anak sedaraku yang bujang ni pandai kawal ekonomi, maklumlah baru kerja, nak kena simpan duit nak kahwin. Lunch, Ajun biasanya 'tumpang' makan kat Pejabat yang anjur seminar atau kursus. Malam kalau dia tak lapar sangat dia puasa je...:-)

Anak sedara yang di KUiS dulu pernah buat lawak "maksu, Ann ni makan biasanya Jamak je...". Aku tanya balik"Jamak ?" Terkedu dengarjawapan Ann : "Kadang-kadang Jamak Takdim..makan lunch je, dinner tak payah, kadang-kadang Jamak Takhir..makan dinner je, lunch tak payah..." Hmmm...kesian anak sedaraku, betul kata Prof. diraja Ungku Aziz camnalah anak melayu nak pandai, tak cukup nutrient..tu belum cerita yang makan Jamak Qasar lagi...??

Friday, July 18, 2008

Motor Skill Development ..Kampung vs Bandar.

Hari ni rasa nak menulis tentang motor skill development pada anak-anak tadika. Sebelum menjadi guru tadika aku pun tak aware bahawa motor skill ni boleh dibentuk dan perlu dilatih, and I believe many parents out there juga tidak mempunyai pendidikan formal tentang motor skill development. Tentu ramai yang mempunyai persepsi bahawa kemahiran ini akan datang sendiri as children grows.

As kindy teacher, kami pun lebih kerap ditanya " Adakah anak saya pandai membaca" berbanding "Adakah anak saya pandai melompat, menulis atau menggunting". Motor Skill termasuk kemahiran gross dan fine motorskill. Tahukah anda.. bagi anak-anak berumur 4-6 tahun menulis, melukis atau mewarna adalah satu tugasan yang amat menyeksakan, menjemukan and to certain extent traumatic...

Masa balik kampung minggu lepas, aku observe bagaimana anak-anak saudaraku begitu bebas bermain dan explore things in natural ways. Very, very interesting, how every games turn out to be a good training to prepare the children for pre school. Walaupun secara logiknya mungkin kita tidak nampak kebaikan bila anak-anak bermain pasir, sebenarnya sand play memang telah diiktiraf as one of the best method untuk fine motor skill development. Bezanya di kampung, pasir free, kat bandar kami kena export pasir dan itupun terhad, dapat beli one pool sahaja. So parents, kalau tak nak beli pasir kat rumah, rajin-rajinlah bawa anak anda ke pantai.


One of the most important skill to develop in pre school children is coordination between hand-eyes. Again, aku seronok tengok anak-anak saudaraku yang masih kecil-kecil pun dah mula bermain lastik. Lastik is again very good for hand-eyes coordination. Lastik yang merupakan salah satu warisan tradisi Malaysia ini selain mencungkil kreativiti kerana mostly diperbuat dari bahan terpakai juga sangat mesra alam. So parents (Especially Ayah- ajaklah anak lelaki buat lastik..). Di bandar la ni jarang yang main lastik, so koordinasi tangan-mata kita boleh try cara lain seperti hockey..

Kanak-kanak berumur 4-6 tahun memang sangat aktif secara fizikal. Kalau tak physically and mentally fit, eloklah jangan jadi guru tadika...:-) Semua objek boleh menjadi permainan yang sangat menyeronokkan bagi mereka. As adult, kita selalu melihat sesuatu dari perspektif kita, contohnya last week anak-anak al-fatih main dengan buku library sampai bersepah dan ada yang koyak. kalau ikutkan panas hati memang rasa nak punish sebab memang dah jelas salah, tapi as teacher kena cool down dulu dan tanya ...rupanya mereka ni tengah buat dramatic play....mereka imitate teacher and students role. So adalah yg jadi teacher, ada yg jadi students. Kononnya tengah belajar membaca but being kids, ter'overdo' lah tu...

Soalan Ujian : Kalau mak bapak nampak anak-anak main bola durian macam adik kat bawah tu, lepas tu terluka kaki, menangis...agaknya apa reaksi pertama ibu bapa ? Marah anak atau marah durian atau marah ayahnya sebab tak jaga anak elok-elok ?


So morale of the story : Tugas orang dewasa adalah mendidik dan membimbing pada setiap waktu. Let the kids exlore and enjoy their childhood...Just make sure you are there to love them, to assist them and educate them in a correct manner. Walllahualam.

Wednesday, July 16, 2008

Menjejaki Salasilah As-Sulaiman

Tentu ramai yang setuju bila aku katakan dunia kini bergerak terlalu pantas. 24 jam 10 tahun dulu terasa lebih lambat putarannya berbanding 24 jam kini. Lantas manusia menjadi lebih sibuk dan lebih terkejar-kejar membereskan urusan dunia yang menghambat kehidupan setiap waktu.

Suka atau tidak, sengaja atau tanpa nawaitu, institusi kekeluargaan turut menerima kesannya. Aku merasakan hubungan kekeluargaan yang satu waktu dulu cukup ampuh mula merapuh di telan waktu yang beredar. Tidak menyalahkan keadaan atau masa, aku sering muhasabah diri adakah ini kerana kealpaanku. Lantas sewaktu menerima undangan ke walimah Zul dan Eja, perkara pertama yang terlintas difikiran ialah inilah peluang terbaik untuk bertemu saudara mara.

Perjalanan sejauh 300km terasa dekat kerana hati merasa teruja untuk bertemu saudara mara yang mungkin hanya dapat bertemu setahun sekali waktu menyambut Syawal. Alhamdulillah, dengan izin Allah jua, dapatlah aku melaksanakan misi menjejaki salasilah keluarga As-Sulaiman yang dah sampai ke generasi ke-4. Untuk yang tak dapat memenuhi undangan , muga gambar-gambar yang disertakan mampu mengubat rindu kalian.

Kak Sarah - bersama anak-anak & menantu (Tom, Mad, Nong dan Mini)
Bang Man & Kak Mis- bersama anak-anak dan menantu (Hamedi, Johari dan Rohaida)

Abang Saat - bersama anak-anak (Khazrul, Khairil, Raihana dan Fakri)

Abang Rahim & Kak Zie - ramai yg jealous tengok keduanya ke sana sini berkepit macam pengantin baru ..rupanya sebab kak Zie baru 2 minggu PID operation...:-)

Abang Roslin & Kak Kam - juga datang berdua

Tuesday, July 15, 2008

Nostalgia Musim Durian

Sewaktu balik kampung di Kulai, johor untuk meraikan walimah Zul dan Eja sabtu lepas kebetulan musim durian gugur. Aku dan adik beradik yang lain memang bertuah sebab dibesarkan dalam dusun durian. Terima kasih pada mak dan bapak yang telah bersusah payah meneroka dusun buah-buahan dan kami anak beranak yang menikmati hasilnya.

Rumah pusaka kami di Kampung Seri Paya memang menghijau dikelilingi pohon buah-buahan. Durian, rambutan , manggis, cempedak, sukon dan dukong. Dulu masa mak masih tinggal di kampung, setiap kali musim buah memang meriah anak-anak balik nak menjamah buah-buahan. Durian kampung memang marvellous, apatah lagi kalau makan beramai-ramai. Yang teruk tukang kopek lah, belum sempat menjamah, tangan-tangan liar dah menerpa nak berebutkan kucing tidur.

Dulu waktu aku masih tinggal dengan mak, bila musim durian sebelum azan subuh mak akan kejutkan aku untuk menemaninya cari durian. Dengan berbekalkan lampu picit 4 bateri kami mengharung sejuknya embun pagi dan rumput yang masih basah mencari durian untuk dikumpulkan sebelum diambil peraih. Pernah sekali waktu sedang membongkok mengutip durian, sebiji durian menghempap belakang badanku..fuhh ...berpinar dan bisa duri durian masih terasa setiapkali terkenang peristiwa itu.

Alhamdulillah, aku berkesempatan mengulangi detik-detik nostalgia itu ahad lepas. Bersama anak saudara ku Ilham Irshad, kami keluar mencari durian ketika matahari dah mula naik. Walaupun durian memang banyak dijual di merata tempat di Malaysia ni dengan berbagai spesis dan nama, tapi tak sama durian yang dikutip sendiri dan dibuka terus di bawah pokok. Makan durian dengan dikelilingi nyamuk-nyamuk yang mencari mangsa memang kenangan manis yang sehingga kini amat indah dan menyenangkan untuk diingati.

Abang-abang ku tentunya menyimpan kenangan tersendiri bila sebut nostalgia musim durian. yang aku ingat mereka ni amat nakal sewaktu sedang meningkat remaja. Kalau buah durian yang sedap, mereka akan 'mark' sebelum buah tu gugur. Abang-abangku akan memanjat pokok durian tersebut dan mengikat buah durian pada dahan. So everyday diaorang akan panjat dan check samada dah gugur ke belum sebab kalau jatuh nanti tak boleh guarantee depa yang dapat. Sekarang ni semua abang-abangku dah berkeluarga dan yang ironiknya anak-anak mereka tak ikut jejak ayah..anak lelaki sekarang panjat pokok pun tak berani...

Abang Saat (baju merah) dan Abang Rahim - dua hero panjat dan ikat durian kini tenang menimati saat pencennya...

Maybe durian di dusun rumah pusaka kami tidak sehebat D24 atau Musang King yang harganya mencecah RM 26 -RM 30 sekilo...:-) Tapi kami amat menghargai setiap titik keringat mak dan bapak yang tumpah untuk memberikan kami kenangan manis membesar di dalam dusun Raja Segala Buah. Honestly, sehingga umurku mencicah lebih 40 tahun aku tidak pernah membeli durian. Rasanya tak sama durian yang dibeli dengan durian dari kebun sendiri.

Monday, July 14, 2008

Selamat Menerima Menantu..

Sewaktu berlansungnya kenduri perkahwinan tentunya orang yang paling gembira campur berdebar-debar ialah mak dan bapa pengantin. Persiapan diatur berbulan sebelum majlis bermula dan berlarutan sehinggalah majlis selesai dan pengantin dah pergi berbulan madu meninggalkan periuk belanga dan pinggan mangkuk yang perlu dikemas.

Kenduri walimah kali ni adalah kali ketiga abang sulungku (Abang Sanip) dan isteri (Kak Nem) menerima menantu perempuan. Kali ini keluarga Abang Sanip memilih tema ''pink' dan 'green'. Senang nak cari tuan rumah, dari jauh dah nampak baju yang menyerlah warnanya. Dengarnya sampai ke malam terakhir masih ada yang bersengkang mata menjahit manik pada baju...anyway, maksu bagi Ayu markah tertinggi untuk baju paling cantik hari tu...:-)


Tentunya saat artikel ini ditulis, ada yang sedang mengurut kaki keletihan sebab teruk rewang hari tu, maklumlah sekarang ni semangat gotong royong sewaktu kenduri kendara dah tak berapa diamalkan. So ahli keluarga memang kena kerja lebih. Takpelah esok giliran korang, bolehlah 'dera' abang Ajun dengan Kak Eja pulak. Terima kasih untuk tuan rumah, Abang Sanip, Kak Nem, Along dan Kak Ton, Arai, Uda, Alis, Ayu, Ika dan Nurul. Thanks untuk home made telur pindang yang sedap tu, sampai hari ni masih ada lagi dalam peti ais, simpan stok...susah nak cari sekarang ni.

A journey starts ....Zul & Eja

"Wahai manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang menjadikan kamu dari diri yang satu, lalu dijadikan daripadanya pasangan (suami isteri) lalu diperkembang-biakkan daripda keduanya lelaki dan wanita yang banyak (QS An-Nisa':1)

Ikan dilaut asam di darat, dalam belanga bertemu jua. Tahniah dan Selamat Pengantin Baru untuk anak saudaraku Zul dan isteri tercinta Eja yang telah diraikan dalam majlis yang penuh kemeriahan di rumah ayahandanya di Taman Manis, Kulai, Johor pada 12hb Julai 2008.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran keluarga Eja yang datang dari Rawang, Selangor. Selamat bertamu ke Johor Dato' Adnan dan isteri. Semuga ikatan yang terbina atas asas yang mulia ini akan melebarkan ukhuwwah dan silaturrahim antara dua keluarga. Untuk Zul dan Eja, paksu dan maksu mendoakan kebahgiaan dunia dan akhirat untuk kalian berdua dan zuriat yang akan lahir Insya-Allah. Carilah keberkatan illahi kerana hanya keberkatan yang akan menjamin kebahgiaan. Ameen Ya Rab'l Alamen.

Thursday, July 10, 2008

Seri Muka dan muka yang berseri..

Allah menjanjikan kepada hamba-hambaNya yang berpuasa dua kegembiraan iaitu kegembiraan apabila berbuka dan kegembiraan apabila bertemu dengan Allah. Tentu ramai blogger yang dah memulakan persiapan ramadhan dengan mula berpuasa sunat isnin khamis, berpuasa Nabi Daud dan bagi kaum hawa mula mencongak-congak puasa yang perlu diganti...

Kegembiraan seorang isteri tentunya dengan menyediakan hidangan yang boleh mengembirakan seorang suami. Apa yang lebih menggembirakan selain dari melihat juadah yang disediakan dengan susah payah dijamah dengan berselera oleh sang suami

Kegembiraan bagi seorang suami pula tentunya jika dapat menikmati hasil air tangan seorang isteri. Definisi lazat bagi seorang suami adalah sangat subjektif. Ia berkait rapat dengan emosi dan nostalgia. Jika cinta masih dihati, walaupun hidangan yang disediakan hanya sepiring cucoq pisang dan secawan tea-o nipis, maka ia boleh sahaja menjadi hidangan yang paling lazat di dunia. Alhamdulilah setakat ini cucoq pisangku masih lagi diminati suami..:-))
Rasulullah s.a.w adalah contoh suami mithali dan tauladan seluruh ummah. baginda Rasul amat sederhana dalam soal makan. Amat banyak sunnah yang ditinggalkan untuk umat yang dikasihi. Baginda makan sebelum lapar dan berhenti sebelum kenyang, Ar-Rasul tidak pernah mencaci makanan jika tidak menyukainya. Diberitahukan oleh Aisyah r.a bahawa Baginda akan makan jika suka dan meninggalkan makanan itu jika Ar-Rasul tidak menggemarinya, Jika isteri-isteri Rasul memberitahu tiada makanan di rumah maka Rasulullah s.aw akan berpuasa.

Baginda juga amat berhikmah dalam menegur isteri-isteri tentang masakan. Ketika Aisyah masak dan makanan itu terlalu masin, Rasulullah tidak terus marah atau meludahkannya sebaliknya mempelawa dan menyuapkan Aisyah lauk tersebut sehingga Aisyah sendiri menyedari masinnya lauk tersebut.

Alhamdulillah, Allah memakbulkan doaku kerana memberikan suami yang amat sederhana dalam soal pemakananan.Thank you suamiku kerana banyak mengingatkanku tentang sunnah Rasul, I have to admit I'm a bit cerewet tentang makan.:-) Justeru kesederhanaanmu itu sering membuat aku merasa ingin menyediakan yang terbaik untukmu. The best part is taste suami dan aku banyak persamaan; lebih kepada kuih muih yang ada nostalgia.. Last tuesday, I prepare kuih seri muka untuk suami yang berpuasa, melihat seri mukanya menikmati seri muka really boleh membuat muka isteri jadi berseri...