Sunday, August 3, 2008

Naga sari

Almarhum bapak dan kebun memang sangat sinonim, sehinggalah di akhir akhir hayatnya, bapak masih rajin menghabiskan masa dengan berbudi pada tanah, ketika kederat bapak dah tak seberapa, bapak hanya mampu menanam pisang di keliling rumah. Mungkin kerana keikhlasan dan cinta yg mendalam pada tanah, pisang yg ditanam selalu menjadi, bukan sahaja dapat makan sendiri tapi sampai berjual.

Aku ingat lagi dulu ada peraih yg datang ambil pisang di rumah, namanya Maliki. Almarhum Maliki meninggal beberapa tahun dulu kerana sakit batuk kering. Maliki ni peniaga pisang goreng di depan kampung kami. Pisang gorengnya memang popular sebab masa tu pisang goreng Maliki paling rangup dan sedap, kalau kami anak beranak yg datang beli memang dapat lebih, orang lain beli seringgit dapat 10 keping, kami punya sure lebih sampai 15 keping..:-)

Sebab bapak 'tokey pisang' maka mak pun selalulah menyediakan resepi-resepi yang berasaskan pisang seperti lempeng pisang, jemput- jemput pisang, lepat pisang, pengat pisang, apam pisang, pisang rebus cicah kelapa, pisang goreng, and tentunya my favourite kuih, naga sari. Akhir-akhir ni tak tahu kenapa aku ni jadi a bit nostalgik, almost semua benda yg dipandang mengingatkan pada kenangan dulu.

Dulu masa aku masih sekolah every time mak buat naga sari, abang aku akan jadi mangsa untuk melayur daun pisang dan aku akan menyibuk sebab seronok betul dapat ikut membungkus kuih naga sari. Rupanya pelajaran pertama buat kuih itu masih melekat di otak kiri ku hingga kini. Semalam bila nampak pisang masak di kedai, terus teringat nak buat naga sari.

Kuih naga sari ni mak selalu buat dulu sebab selain nak meraikan pisang masak yang aku adik beradik dah tak terdaya nak habiskan ia juga kudapan yang mengenyangkan, kalau bulan Ramadan, bapak akan bawak kuih ni ke surau sebagai jamuan moreh lepas tarawih. Yang seninya kuih naga sari ni dahlah intinya pisang, bungkus pun guna daun pisang. Kalau dapat pisang lilin lagi marvellous, sebab pisang lilin masak rasanya harum dan tersangat manis.

Walaupun 'sifu' ada kat rumah, tapi aku try and error sendiri je, sebab terasa masih jelas cara-cara membuatnya macam ada dvd tengah play dalam otak, subhana-Allah, Maha Suci Allah yang mengizinkan semuanya berlaku. Sebab bancuhan tepung berasnya dah dimasak sedikit jadi sekejap aje kukus dah masak. Alhamdulillah, mak suka dan dia lah yang menghabiskan kuih tu, as for my hubby, I guess being brought up in a different environment and 'kenangan' tak berapa gi dgn kuih naga sari..Don't worry dear, lepas ni teman buatkan kuih Perak pulak ya...:-)

1 comment:

isyq billah said...
This comment has been removed by the author.