Tuesday, August 5, 2008

Tamu dari Parit Lapis Mahang, Senggarang.

Bila mak tahu anak sulungnya kak sarah nak datang ke rumah kami, tak senang duduk mak dibuatnya, asyik menjenguk keluar pintu menunggu tetamu sampai. Kak Sarah datang menemankan anak bongsunya Salina yg nak attend interview di KL. Maghrib Ahad tu baru kak sarah sampai bersama sal dan intan.

Kak Sarah, anak sulung dalam keluarga dan memang tinggal di kampung sejak lahir macam arkib keluarga, malam tu aku belajar banyak betul tentang susur galur keluarga kami. Memang jelas betul penerangannya. Kak Sarah boleh sebut nama satu persatu, kahwin dgn siapa, dapat anak berapa ramai, siapa nama anak...Rupanya ramai lagi sanak saudraku di luar sana, kalau berlanggar bahu di KL ni tak kenal pun, silap-silap dah bertegang leher baru tahu sepupu.

Pagi isnin tu aku hantarkan sal dan intan ke komuter station untuk ke KL, since both of them tak biasa drive di KL so better naik komuter je. Mak dan kakak kat rumah sure seronok sembang macam-macam topik. Mulanya kak sarah plan nak balik ptg isnin tapi sebab anak dara dua orang tu balik lewat, habis interview diaorang pergi shopping kat Jalan TAR so ditunda tarikh balik ke pagi selasa. Alhamdulillah dapat bonus nak bersembang dgn kak sarah semalam lagi. Sembang dengan kak sarah ni best sebab mencabar kemahiran linguistik..kak sarah cakap Jawa paling terror antara adik beradik, maklumlah dia duduk di kampung. So dia akan cakap Jawa dan kita akan terkebil-kebil antara cuba memahami bahasa dan jalan ceritanya. Akhirnya kak sarah akan menterjemah pulak kat kami mana-mana terminologi yang sedikit teknikal..:-)
Selain seronok menerima tetamu alhamdulillah rezeki kami mewah betul, Kak Sarah datang bawak rambutan gading dan se'container' besar durian yg dah dikopek. Dapatlah buat sri muka durian. Makan berjamaah ni memang sedap dan menyelerakan. Sambil makan sambil sembang tak terasa nasi yang kat pinggan dah licin. Sayur pucuk ubi tu memang pesan kak sarah bawa, dinner malam semalam pucuk ubi masak lemak, ikan masin goreng dan sambal belacan. semua pakat makan lauk kampung, tak menoleh pun kat lauk gulai ayam dengan nangka muda yang aku masak...:-)

Pagi tadi pukul 9:30 kak sarah bertolak balik ke Parit Lapis Mahang , terima kasih kakak sudi mampir neng ngomah ku...mudah-mudahan jumpa lagi ya kak. Bangga sangat kami menerima kehadiran kakak. Muga Allah suburkan ikatan silaturrahim kita.

3 comments:

Unknown said...

Salam...
Semoga segala layanan yg diberikan kpd tetamu yg datang akan diganjari oleh Allah yg pahala yg berlipat ganda..Ameen..

Unknown said...

Errata...
...oleh Allah yg pahala ... = ...oleh Allah dgn pahala ...

Unknown said...

assalamualaikum..di kg parit lapis mahang, adakaha masih terdapat ramai masyarakat jawa? saya amat memerlukan info ini untuk membuat kajian sejarah mengenai masyarakat jawa di pt lapis mahang..