Sunday, July 27, 2008

Tetamu dari Pulau Indah..

Petang tadi sedang lepak-lepak sambil sembang dengan mak kononnya melepas lelah sebab dah dua hari ada aje program kena attend, dapat call dari anak saudara yang bekerja di Pulau Indah yang dia dah on the way dari rumah mak langnya di Rawang nak ke rumah kami...bingkas bangun selongkar peti ais kot kot ada bahan yang boleh dimasak. Jumpa ikan kerisi dua ekor yang dah keras kejung...hmmm...bilalah beli tu ya ..:-)

Diam tak diam rupanya dah almost setahun Anis Hamimi kerja sebagai penolong penguasa kastam di Pulau Indah. Bila sembang-sembang dgn Mimi tadi baru realize rupanya dah dekat setahun since september last year when mimi and family yg tinggal di Johor tidur rumah kami sebelum report for duty keesokkan harinya.

Anak saudaraku ini nampak lebih matang berbanding last aku jumpa, rasa dah lama betul tak jumpa mimi ..baru ingat rupanya sebab syawal lepas mimi baru sangat kerja so tak dapat cuti, maka berayalah mimi sebagai musafir di aidilfitri di pelabuhan pulau indah. Sure dengar lagu Dendang Perantau syahdu kan mimi ? Interesting juga dengar cerita mimi ttg Pulau Indah walaupun according to her nothing happening kat sana, yang ada hanya perkampungan yang masih konservatif. Rasa teringin sungguh nak ke sana, nantilah maksu cari masa nak tengok kehidupan mimi di sana..

Lagi rancak berbual dgn mimi lagi ligat tangan mengisar cili nak masak lomak cili api, mimi ni half Melaka half Johorean so masaklah lemak cili api meraikan tetamu, goreng kobis dgn udang, goreng ikan masih sbb mimi kata kat Pulau Indah tak jumpa ikan masin kapak. Sekejap aje dah siap, pukul 6:30 kami dah dinner sebab mimi nak balik lepas maghrib, esok dia kerja.

Masa makan tu aku tengok mimi tak sentuh pun ikan cuma ambil kuah saja, bila tanya rupanya dia kata dia memang tak makan ikan. I was thinking to myself, when you think that you know someone then you realize rupanya you know so little about her. itu baru bab makan, teringat hadith Rasulullah bahawa kamu belum kenal seseorang selagi kamu belum tidur bersamanya atau bermusafir dengannya.

Tak kenal maka tak cinta, lepas ni maksu kena usaha lebih untuk really kenal siapa mimi yang sebenarnya ..yang pasti maksu janji insya-Allah lagi sekali mimi datang, kita masak semua dishes yang ayam based okay ? maksu akan masak ayam masak lemak cili api juga. Maybe tak se'power' masakan Umi tapi bolehlah buat hilang rindu anak perantauan macam kita ni...

1 comment:

Ir AF Kassim said...

Camne boleh masak ikang sdgkan tamu tak makang ikang nie? Ini bahaya nye ASSUME kan??