
Walaupun sudah banyak kali aku menghadiri program berkaitan Palestin namun kerana isu ini begitu berkait rapat dengan akidah, maka pagi tadi aku berjihad melawan nafsu yang mengajak berehat-rehat hujung minggu untuk menghadiri program Nakbah Palestin (btw nakba bermaksud - The 1948 Palestinian exodus (Arabic: الهجرة الفلسطينية, al-Hijra al-Filasteeniya), better known to by most People in the world, Palestinians and Arabs as the Nakba (Arabic: النكبة), meaning the "disaster", "catastrophe", or "cataclysm,"[1][2][3] refers to the creation of the Palestinian refugee problem during and after the 1948 Palestine war.)
Nakbah Palestin di Surau An Najah, Taman Universiti, Sg Tangkas disampaikan oleh Puan Noorazian Anidin. Alhamdulillah, kehadiran kaum ibu Taman U menunjukkan mereka juga terpanggil dan ingin mendalami isu ummah sejagat ini.

Israel tidak berhak walau seinci pun ke atas bumi Palestin, ini bumi para anbiya' yang diwariskan kepada umat Islam, ini kiblat pertama umat Islam. Mendidihnya darah bila tengok video anak-anak dan wanita Palestin ditembak dari jarak dekat. Meluap-luap kemarahan melihat rumah dirobohkan sesuka hati, dan betapa biadapnya mereka membina tembok di atas runtuhan rumah rakyat Palestin . Naik bulu roma melihat semangat jihad anak-anak muda bersenjatakan batu berhadapan kereta kebal dan muncung senapang askar Israel yang berhati syaitan...dan akhirnya semua yang hadir tidak dapat menyembunyikan esak tangis bila Puan Azian sendiri dengan sebak membacakan kenyataan wakil Palestin yang menanyakan di mana saudara Islam mereka bilamana mereka berjuang membebaskan Masjidil Aqsa dan bumi anbiya'.

Astaghfirullah, di mana kita, di mana aku ? Untuk berjihad membaling batu aku tidak mampu, namun paling kurang aku/kita boleh membantu dengan mendoakan mereka. Mahal sangatkah harga Doa ku/kita ? Ramadhan ini banyakkan Doa untuk mereka dan tindakan lain yang boleh kita buat ialah boikot barangan Israel atau sekutunya, for list of Israeli products, you may refer here . Paling tidak pun Ramadhan ni kita banyak berjimat sebab makan pun dah kurang, so bolehlah infaq ke Tabung Palestin.
Alhamdulillah, thank you Allah menggerakkan iman ku untuk bersama saudaraku dalam program ini. Thank you Yan yang setia menemaniku ke mana jua. Thank You hubby yang tanpa izinnya tak mungkin aku ke sini. Semuga kita semua tidak termasuk golongan yang dituntut di hari pembalasan kerana tidak berbuat apa-apa. Wallahualam.


No comments:
Post a Comment